|
bankruptcy / muflis |
sejak dua tiga menjak meneliti
shock doctrine (naomi klein), buat aku fikir adakah doktrine ini telah digunapakai di malaysia? macam terkejut tersentuh cerek panas. disebabkan terkejut, kita akan mengabaikan 'cerek' tersebut sampai kita rasa ianya 'sejuk' balik. cuma, sementara kita nak tunggu cerek tu sejuk balik, golongan-golongan jembalang akan melakukan apa yang terdaya untuk menjayakan muslihat mereka (sudah pasti dengan mass media murderer, terutamanya kementerian penerangan, kumpulan media prima dan kumpulan utusan) .
rasa-rasanya ada, sebab bila aku tengok balik 5 tahun lepas, aku masih mengingatkan pernyataan-pernyataan yang mengejutkan oleh pihak kerajaan seperti yang dibawah ini:-
(hasil petroliam negara akan habis)
ingatkah kita kembali, sekitar 07-08, jembalang mulut merah menghamburkan jampi serapah, kata kita, rakyat dan pemimpin kena biasakan diri dan bersedia untuk ubah cara hidup, disebabkan mungkin 2011-2012 nanti;
hasil dari kejutan yang dilakukan, kerajaan akhirnya):
(negara akan muflis)
dan, sekitar 2009-2008, seekor jembalang lagi, dengan technic 'driving committee + lab xperiment' mengejutkan tanahair dengan dua pernyataan berikut;-
kerajaan wajib melaksanakan revolusi mengurangkan / merasionalisasi belanja subsidinya.
sekiranya tidak, negara akan MUFLIS.
hasil dari kejutan yang dilakukan, kerajaan akhirnya):
rasionalize / tarik balik subsidi barangan terpilih secara pengasingan pintar.
petrol dipecah pada ron97 dan ron95.
(ron97 kini mencecah rm3 per litre, lagi tinggi dari 07-08)
subsidi gula dikurangkan (sekaligus menjadikan harga syiling lagi tinggi).
kenaikan harga gula secara di atur berperingkat-peringkat, agar tidak mendadak.
berlakunya trannsformasi polisi-polisi ekonomi makro dan mikro secara besar-besaran.
baru-baru ini, dihebohkan program tranformasi ini telah mencapai nkra-nya dan telah berjalan dengan baik.
mesti ada yang istimewa dengan hasil program ini, sebab hingga ke hari ini, semua orang masih tertanya-tanya, siapa yang mendapat manfaat berikutan kejayaan program-program ini.
melihat pada period 5 tahun kebelakang ini, terutamanya pasca 'capitalsime demolition' 2008, kita mungkin boleh memaafkan polisi-polisi perbelanjaan dan tataurus negara pada ketika itu. ada juga pakej-pakej ransangan ekonomi yang diluluskan oleh kerajaan. dan, membuat keputusan, berdasarkan maklumat yang ada pada masa ia dilakukan, tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi kemudiannya, memanglah sukar. eropa dan amerika sendiri kerap menemui jalan buntu untuk menyelesaikan konflik hutang dan tadbir urus ekonominya.
walaupun begitu, selaku pengeksport dua komoditi utama dunia (Sawit+petrol), seharusnya kerajaan bermanfa'at juga dengan kestabilan harga kedua-dua komoditi ini di pasaran dunia. sawit menutup harga purata tahunan dalam range RM 2,800 - RM 3,000 setan (2008-2011). dan petrol terus mengukuh dengan purata USD 80-USD 120 setong (2009 -2012), berikutan ketidakstabilan politik rantau arab (mesir,libya) dan gemuruh angin perang terhadap Iran. juga dengan pengukuhan ringgit diantara 3.6 turun ke 3.0 (2010-2011).
cuma, apa yang sangat menghairankan, rakyat terus-terusan dikejutkan dengan khabar-khabar angin dan kadang-kadang tuduhan berdokumen yang mencabar kredibility kerajaan dan pembesar-pembesarnya, yang nampaknya banyak berdiam diri, dan juga mengeluarkan komen atau pandangan yang entah apa-apa, yang akhirnya bukan menambahbaik, sebaliknya makin mendedahkan situasi kerajaan selaku personafikasi saekor jembalang yang sangat fragile, vulnerable dan pondan. antaranya:-
komen menganjurkan cara hidup wasatiyyah, sedangkan sesetengah pembesar dan isteri berbelanja macam ada mesin cetak duit dalam rumah.
keputusan meluluskan projek ratusan juta yang memang sengaja mengundang kontorversi siap dengan persepsi rasuah, seperti NFC, Hiway baru, lynas dan vale telok rubiah.
federal berperangai lagi teruk dari along dengan menyalurkan bantuan terpilih hanya kepada kerajaan-kerajaan negeri tertentu, padahal peruntukan itu memang wajib untuk kerajaan negeri yang diperuntukkan untuk dinikmati rakyatnya. dalam hal ini, kongsi gelap along lebih baik lagi mindanya, sebab tidak memilih kepada siapa dia harus memberi pinjam.
Hebahan laporan audit nasional juga cukup mengejutkan, dengan analisis hemah belanja kerajaan BN yang sangat lemah dan huru-hara jika hendak dibandingkan dengan kerajaan negeri dibawah PR.
dan, keputusan ini tidak disambut BN sebagai lawan yang gentleman, sebaliknya penuh dengan sumpah seranah dan anjingan. kalau kalah on paper, lawanlah balik dengan on paper, yang pegi lawan dengan sumpah seranah tu buat apa?
jadi, kalu itu keadaannya, rakyat terbanyak melihat apakah salah kalau ada gabungan lain yang merasakan mereka lebih layak untuk memerentah putrajaya?
mungkin ada banyak lagi kejutan-kejutan lain yang hanya menunggu masa untuk meletop. sehingga itu, tidak pasti kita telah menjalani shock doctrine atau tidak.
namun yang pasti, dengan kelebihan tarikh PRU13 di tangan PM mulut merah, BN terpaksa memanfa'atkan segala ruang dan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan masa lalu dan menonjolkan sifat amanah yang sebenar-benarnya dalam diri mereka agar ianya memancar dan menghilangkan awan hitam prasangka jahat terhadap diri mereka sendiri.
hanya mereka mampu mengubahnya. not you, not you, and you or you....