dupavisitometer

Speaker: Bagi Sebuah Konsert, Ianya Amat 'Crucial'

  1. Speaker, untuk sebuah pertunjukan konsert, amatlah 'crucial'. Makna 'crucial' disini adalah amat penting. lagi penting dari penting. semua keindahan dan magik persembahan dan bunyi-bunyian jadi bisu. ianya juga adalah strategik. ketiadaan speaker adalah kesalahan yang 'vital'. Apakah bentuk kesalahan 'vital' ini? ianya digambarkan dalam pepatah-pepitih inggeris yang berbunyi 'One punch under the belt' atau dalam terjemahannya satu pukulan maut ke kote.
  2. Dalam kerajaan Raja Berpelembagaan seperti negara kita yang bertuah ini, yang paling tinggi adalah perlembagaan, sebab perlembagaan itu hitam di atas putih dan putih di atas hitam. Berdokumen dan di dokumentasikan. Kemudiannya Raja yang masih juga termaktub kepada perlembagaan. Di bawah Raja ada tiga badan, iaitu eksekutif pentadbiran (Perdana Menteri), Eksekutif Kehakiman (Hakim Negara) dan Eksekutif Perundangan (Dewan Rakyat). Ketiga-tiga Eksekutif ini adalah seperation of power yang diamalkan.
  3. Jadi, siapakah Eksekutif Perundangan ini? Pastilah dia orang yang kita gelarkan 'Speaker'. Dengan arahan speaker dewan, perdana menteri pun boleh kena gantung tugas kalau tidak kena gaya dan melanggar undang-undang dewan.Sama juga kaedah di dalam konsert tadi, tiada Speaker, tiada 'berbunyilah' dewan rakyat itu.
  4. Disebabkan speaker ini adalah berdasarkan semangat 'seperation of power', siapakah yang boleh menggugah kedudukannya dari kerusi speaker? untuk jadi masalah lebih berat, speaker ini dilantik oleh kerajaan yang punya kuasa majoriti, jika sesebuah kerajaan itu sudah hilang majoriti bagaimanakah kaedahnya untuk melucutkan speaker yang sedia ada jika tiada pemilihan semula?
  5. Disinilah terletaknya kuasa seorang raja, agaknya. Dengan peruntukan-peruntukan khas yang dikhaskan kepadanya.
  6. Untuk menyelesaikan kemelut speaker pakatan dan Speaker kerajaan ini, satu sessi penerangan perlu dilakukan. Jika tidak, Rakyat terbanyak, yang bisu, yang pekak, yang jumud, yang PAS, yang UMNO, Yang MIC, yang makkal Skahti, Yang MCA dan yang DAP akan terus keliru dan resah dengan apa yang mereka sendiri tidak faham dan tahu awal-punca.
  7. Ini perlu dijelaskan secara telus oleh pemerintah, pakar-pakar perundangan, tokoh sejarawan dan tokoh peradaban dan budaya negara secara telus dan tidak berat-sebelah untuk mewujudkan masyarakat yang sihat berpolitik, sihat berhujah dan progresif, yang aku kira penting untuk mewujudkan satu Malaysia. (Kebangsaan Malaysia itu perlu satu, kontrak sosial dalam perlembagaan itu pun perlu dijaga kelangsungannya. Yang melayu itu jatuh nomber dua, yang penting kedudukan agama Islam.

3 comments:

besi said...

speaker pakatan mana ada power...
speaker barisan baru ada power...

kerajaan pakatan buat dikatakan khianat bangsa dan agama...
kerajaan barisan buat dikatakan adil dan harmoni utk negara....

macam itu la..........pemikiran org-org kat bawah sana tu........

tak tau la kalau aku salah tafsir...

Anonymous said...

wahai pejuang bangsa ... 30% ekuiti melayu dah di robek najib .. ape cerit ?????? hahahahahaha .. hidup melayu

- aku tulih nie ..

Ras Raka said...

Kalau kita fikir dengan bersungguh-sungguh, penuh rasional dan walaupun dengan emosi sekalipun, kita pasti jumpa jawapan

SIAPA YANG SEBENARNYA JUAL HAK-HAK ORANG MELAYU.

Kalau tak jumpa jawapan jugak, munafik sejarahlah namanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...