dupavisitometer

KALAU KAU SIBUK KAPAN KAU SEMPAT

“Ini puisi persoalan. Asakannya keras, jitu dan maujud. Sekali aku baca, susah aku nak lepaskan diri dari kebenarannya. Apa yang selama ini aku terlepas pandang, puisi ini jelmakan semula dalam bentuk yang terang. Malang sekali pada rangkap pertama aku sudah terpukul. Ini puisi adil, sebab aku yakin baris yang terakhir itu ditujukan khas oleh Mustofa Bisri pada dirinya sendiri, secara jujur”. - ras raka - Kalau Kau Sibuk Kapan Kau Sempat mustofa bisri Ditulis oleh AdministratorFriday, 24 February 2006 Kalau kau sibuk berteori saja Kapan kau sempat menikmati mempraktekan teori? Kalau kau sibuk menikmati praktek teori saja Kapan kau memanfaatkannya? Kalau kau sibuk mencari penghidupan saja Kapan kau sempat menikmati hidup? Kalau kau sibuk menikmati hidup saja Kapan kau hidup? Kalau kau sibuk dengan kursimu saja Kapan kau sempat memikirkan pantatmu? Kalau kau sibuk memikirkan pantatmu saja Kapan kau menyadari joroknya? Kalau kau sibuk membodohi orang saja Kapan kau sempat memanfaatkan kepandaianmu? Kalau kau sibuk memanfaatkan kepandaianmu saja Kapan orang lain memanfaatkannya Kalau kau pamer kepintaran saja Kapan kau sempat membuktikan kepintaranmu? Kalau kau sibuk membuktikan kepintaranmu saja Kapan kau pintar? Kalau kau sibuk mencela orang lain saja Kapan kau sempat membuktikan cela-celanya? Kalau kau sibuk membuktikan cela orang lain saja Kapan kau menyadari celamu sendiri kalau kau sibuk bertikai saja Kapan kau sempat merenungi sebab pertikaian? Kalau kau sibuk merenungi sebab pertikaian saja Kapan Kau akan menyadari sia-sianya Kalau kau sibuk bermain cinta saja Kapan kau sempat merenungi arti cinta? Kalau kau sibuk merenungi arti cinta saja Kapan kau bercinta Kalau kau sibuk berkhutbah saja Kapan kau menyadari kebijakan khutbah? Kalau kau sibuk dengan kebijakan khutbah saja Kapan kau akan mengamalkannya? Kalau kau sibuk berdzikir saja Kapan kau sempat menyadari keagungan yang kau dzikir? Kalau kau sibuk dengan keagungan yang dzikiri saja Kapan kau mengenalnya? Kalau kau sibuk berbicara saja Kapan kau sempat memikirkan bicaramu? Kalau kau sibuk memikirkan bicaramu saja Kapan kau mengerti arti bicara? Kalau kau sibuk mendendangkan puisi saja Kapan kau sempat berpuisi? Kalau kau sibuk berpuisi saja Kapan kau memuisi? Kalau kau sibuk dengan kulit saja Kapan kau sempat menyentuh isinya? Kalau kau sibuk menyentuh isinya saja Kapan kau sampai intinya? Kalau kau sibuk dengan intinya saja Kapan kau memakrifati nya-nya? Kalau sibuk memakrifatinya nya-nya saja Kapan kau bersatu dengan Nya? Kalau kau sibuk bertanya saja Kapan kau mendengarkan jawaban

MASYARAKAT HIBURAN


Kini sudah banyak hiburan. Budaya hedonisma tahap tertinggi. Sia-sia dan tiada perlu. Kualiti artisnya tidak seberapa, dambaan peminat separuh gila. Buat ini demi peminat. Buat itu demi peminat. Tanpa peminat siapalah artis. Tanpa artis siapa pula peminat hendak puja-puja dan puji-puji ?

Malaysia ada kurang lebih 27 juta orang. Jumlah yang muncul dalam media sebab berlakon/bernyanyi/mengacara kurang dari 40'000 orang. Sikit sangat. Jadi, 27 juta orang ini dikatakan sangat dahaga pada hiburan. Berdasarkan kepercayaan ini, sebarang perbuatan amal, promosi, malahan kempen ditampal dengan hiburan walaupun secebis. Strateginya serampang dua mata, matlamat penganjur dipelihara disamping memberi peluang kepada golongan artis menyuburkan populariti.

Kelihatannya, kita sudah tiada medium lain. Hiburan sudah seperti barangan perlu, bukan lagi barangan penggenap mahupun pengganti. Peminatnya dilaung-laung sudah mencapai ke darjah fanatik, dan artisnya pula sudah sampai ke darjah Diva dan Lagenda. Realitinya, Diva hanya beberapa kerat dan Lagenda pun adalah juga beberapa kerat. Moral artis kita, boleh dipertikaikan. Tidak semua, tetapi rekod ada menunjukkan ada yang kena tangkap/hukum sebab mabuk, dadah, khalwat dan bermulut celupar. Ini semua rekod bagi yang tertangkap, yang belum tertangkap, hanya dirinya dan tuhan sahaja yang tahu.

Selalu kita dengar, janganlah serius dalam berbincang soal hiburan, kerana ini soal yang ringan dan ianya sekadar hiburan. Baik, aku terima pernyataan ini.

Cuma, sekali-sekala aku terfikir, hiburan dan medium-medium hiburan dalam negeri kini, kalau pun bukan 100% tapi aku percaya lebih 80% adalah berkulitkan hiburan luar negeri. Medium ini, iaitu majalah, radio, filem, fesyen dan TV kita hemogen dan hampir sama dengan medium luar negeri.

Barat, kalau ia percaya ini sesuatu yang ringan, mengapa medium-medium ini dipelihara, dibentuk, diberi dana sebaik mungkin? Kalau medium ini ringan disisi masyarakatnya, mengapa ia diakui dunia sebagai senjata paling ampuh untuk menyebarkan propaganda, unsur pensamarataan, rasa kebergantungan dan penyertaan kita pada hiburan? Jadi, adakah ini sesuatu yang ‘ringan’?

Maka, aku fikir, barangsiapa yang masih lagi berpegang pada dogma hiburan adalah sesuatu yang ringan, jelaslah yang ringan bukan hiburan itu semata-mata, tetapi otaknya pun ringan juga. Barangkali, dengan taakulan yang cermat dan separuh berat, mereka akan sedar dan tahu, bahawa hiburan itu jauh lebih besar dari majlis – majlis anugerah, dan jauh lebih berat dari peperangan.

FIGURA PERSONA DUNIA

Berapa agak-agaknya umur Dunia? Dunia dianggarkan berumur 4.55 billion tahun, hanya lebih kurang 1/3 dari umur alam semesta yang dianggarkan boleh mencapai 13 billion tahun. Berapa banyak manusia dalam dunia sekarang? Populasi: 6,525,170,264 (July 2006 est.) Kadar penambahan penduduk dunia? 1.14% (2006 est.) Kadar Kelahiran? 20.05 births/1,000 population (2006 est.) Kadar Kematian? 8.67 deaths/1,000 population (2006 est.) Pecahan Agama yang dianuti? Christians 33.03% (of which Roman Catholics 17.33%, Protestants 5.8%, Orthodox 3.42%, Anglicans 1.23%), Muslims 20.12%, Hindus 13.34%, Buddhists 5.89%, Sikhs 0.39%, Jews 0.23%, other religions 12.61%, non-religious 12.03%, atheists 2.36% (2004 est.) Bahasa Yang dituturkan? Mandarin Chinese 13.69%, Spanish 5.05%, English 4.84%, Hindi 2.82%, Portuguese 2.77%, Bengali 2.68%, Russian 2.27%, Japanese 1.99%, Standard German 1.49%, Wu Chinese 1.21% (2004 est.) nota: Sumber dari https://www.cia.gov/worldfactbook Ini antara fakta dan figura perihal dunia yang kita duduk sekarang. Fakta ini membuka lebih banyak persoalan pada aku ; antaranya :- Pertamanya, Tahun 2050, Dunia dianggarkan 10.5 billion orang. Bagaimana dengan bekalan makanan, elektrik dan air pada masa itu, dengan pencemaran alam, tanah banyak guna industri berbanding tanam makanan. Malaysia pun berapa banyak import makanan, usahakan sendiri tak pernah pun nak berjaya. Ingat! Setakat masuk berita agro dan sisipan berita tani dalam suratkhabar tak bermakna itu sudah berjaya. Ada 6 billion mulut yang lapar. Kedua, Agama yang terbesar adalah kristian. Jadi sesiapa yang berangan kata Islam mempunyai penganut yang terbesar di dunia ini, makanya kamu salah. Itu hanya pada namanya Islam. Praktisnya lagi haru biru. Tengok kat Malaysia sahaja dah cukup. Itu belum kira usaha-usaha memurtadkan mana yang Islam. Itu pasal mubaligh-mubaligh Kristian ini sangat tersusun gerakannya, sebab sumber manusia dan sumber kewangannya memang besar. Ketiga dan yang aku paling suka, sudah dibuktikan, Bahasa Inggeris (BI) bukan bahasa utama dunia. Sebaliknya Cina dan Sepanyol. Siapa punya idea kata BI bahasa utama dunia. Sebagai bahasa kedua mungkin betul. Tidak sebagai bahasa utama. Jadi, sayang-sayangkanlah bahasa kita sebab memang jelas yang bahasa ini, jiwa bangsa. Bahasa kedua boleh dikuasai, tetapi bahasa utama jangan dianaktiri. Kalau bertutur bahasa kelas pertama, jiwanya jadi kelas pertama, jika bertutur bahasa kelas kedua, jiwanya masuk kelas dua. Maknanya, sesiapa yang mengagung-agungkan Bahasa kelas dua ini, masuk dalam golongan orang-orang kelas dua. Orang-orang yang memilih untuk jadi orang kelas dua ini, di sesetengah negara, bila berjalan terpaksa menundukkan muka sebab layak dipandang hina. (Ish! Bangga pulak aku fasih Bahasa melayu) Fakta dipetik dari laman web CIA. Jaga-jaga, anda mungkin diperhati. World Background: Globally, the 20th century was marked by: (a) two devastating world wars; (b) the Great Depression of the 1930s; (c) the end of vast colonial empires; (d) rapid advances in science and technology, from the first airplane flight at Kitty Hawk, North Carolina (US) to the landing on the moon; (e) the Cold War between the Western alliance and the Warsaw Pact nations; (f) a sharp rise in living standards in North America, Europe, and Japan; (g) increased concerns about the environment, including loss of forests, shortages of energy and water, the decline in biological diversity, and air pollution; (h) the onset of the AIDS epidemic; and (i) the ultimate emergence of the US as the only world superpower. The planet's population continues to explode: from 1 billion in 1820, to 2 billion in 1930, 3 billion in 1960, 4 billion in 1974, 5 billion in 1988, and 6 billion in 2000. For the 21st century, the continued exponential growth in science and technology raises both hopes (e.g., advances in medicine) and fears (e.g., development of even more lethal weapons of war).

INI CERITA TENTANG RASUAH

Ini cerita rasuah. Cerita ambil hak orang ramai. Cerita tamak dan haloba. Cerita tewas pada godaan dunia. Laporan dalam media perdana, mula – mula BPR. Kalau kelas-kelas rasuah yang terbesar itu seks, duit dan harta benda, tuduhan bekas pegawai kepada ketuanyanya sudah lengkap. Tiada unsur iri hati atau dendam. Ini soal prinsip, soal pegangan, soal kejujuran, begitulah ceritanya dari mulut penuduh. Yang tertuduh kata dia berani kerana benar, sedap bunyinya, macam pendekar. Tiada apa yang hendak disorokkan. Sudah melalui pemeringkatan dua kali, dan secara prosedurnya dia bersih dan suci dari noda rasuah. Tapi siasatan perlu menyeluruh sebab persepsi dan integriti yang menjadi taruhan, itu yang diarahkan. Ini perkara serius. Jauh lebih serius dari hal-hal baju Linda Onn dan hospital terbengkalai. Semalam, ada menteri kena tuduh. Dia pertahankan diri. Kelangsungan hidup itu maha penting. Apatah lagi kelangsungan politik. Imaginasi aku, barangkali sudah ada kawan yang menjauh diri, macam dia baru termakan tahi, dan ada musuh sudah mula merancang strategi, ini satu peluang yang tidakkan muncul lagi. Begitu? Harapnya tidak. Dalam politik itu aku percaya, masih ada kemurnian. Apapun keputusannya dan hasilnya, aku tetap kecewa. Bersalah atau tidak, itu cerita lain. Tapi soal persepsi. Imej, dan dinding amanah yang tercabul. Semuanya sudah lenyap jadi angin. Sama ada difikirkan secara lateral ataupun deduktif, lingkup amanah-percaya sudah terpecah. Sekurang-kurangnya untuk aku. Sekarang, cuba katakan bagaimana caranya untuk aku tidak: prejudis , sinis, kritis , defensif , dan realis , dengan pemerintahan yang ada sekarang? Angka – angka yang mengukur ketinggian ekonomi itu pada aku, sampai bila-bila pun jauh lebih rendah dari angka-angka yang mengukur ketinggian moral dan akhlak..

KERENDAHAN HATI

Untuk insan-insan yang berada dipersimpangan dan gusar dengan pencapaian hidupnya setakat ini. Berjayakah aku? Gagalkah aku? Mungkin Pak Taufik bisa menenangkan jiwa-jiwa kalian. Bila hati jadi rendah, jasad akan mula sedar diri. Kita menerima segala kekurangan, bersyukur dengan kelebihan. Dan mungkin pula kita sedar, hidup yang kita jalani ini jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, maka itulah yang terbaik lagi mendamaikan. Taufik Ismail : Kerendahan Hati Ditulis oleh Administrator Friday, 24 February 2006 Kalau engkau tak mampu menjadi beringin yang tegak di puncak bukitJadilah belukar, tetapi belukar yang baik, yang tumbuh di tepi danau Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar, Jadilah saja rumput, tetapi rumput yang memperkuat tanggul pinggiran jalan Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya, Jadilah saja jalan kecil, Tetapi jalan setapak yang Membawa orang ke mata air Tidaklah semua menjadi kapten tentu harus ada awak kapalnya.... Bukan besar kecilnya tugas yang menjadikan tinggi rendahnya nilai dirimu Jadilah saja dirimu.... Sebaik-baiknya dari dirimu sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...