dupavisitometer

INI CERITA TENTANG RASUAH

Ini cerita rasuah. Cerita ambil hak orang ramai. Cerita tamak dan haloba. Cerita tewas pada godaan dunia. Laporan dalam media perdana, mula – mula BPR. Kalau kelas-kelas rasuah yang terbesar itu seks, duit dan harta benda, tuduhan bekas pegawai kepada ketuanyanya sudah lengkap. Tiada unsur iri hati atau dendam. Ini soal prinsip, soal pegangan, soal kejujuran, begitulah ceritanya dari mulut penuduh. Yang tertuduh kata dia berani kerana benar, sedap bunyinya, macam pendekar. Tiada apa yang hendak disorokkan. Sudah melalui pemeringkatan dua kali, dan secara prosedurnya dia bersih dan suci dari noda rasuah. Tapi siasatan perlu menyeluruh sebab persepsi dan integriti yang menjadi taruhan, itu yang diarahkan. Ini perkara serius. Jauh lebih serius dari hal-hal baju Linda Onn dan hospital terbengkalai. Semalam, ada menteri kena tuduh. Dia pertahankan diri. Kelangsungan hidup itu maha penting. Apatah lagi kelangsungan politik. Imaginasi aku, barangkali sudah ada kawan yang menjauh diri, macam dia baru termakan tahi, dan ada musuh sudah mula merancang strategi, ini satu peluang yang tidakkan muncul lagi. Begitu? Harapnya tidak. Dalam politik itu aku percaya, masih ada kemurnian. Apapun keputusannya dan hasilnya, aku tetap kecewa. Bersalah atau tidak, itu cerita lain. Tapi soal persepsi. Imej, dan dinding amanah yang tercabul. Semuanya sudah lenyap jadi angin. Sama ada difikirkan secara lateral ataupun deduktif, lingkup amanah-percaya sudah terpecah. Sekurang-kurangnya untuk aku. Sekarang, cuba katakan bagaimana caranya untuk aku tidak: prejudis , sinis, kritis , defensif , dan realis , dengan pemerintahan yang ada sekarang? Angka – angka yang mengukur ketinggian ekonomi itu pada aku, sampai bila-bila pun jauh lebih rendah dari angka-angka yang mengukur ketinggian moral dan akhlak..

1 comment:

Anonymous said...

bro upadate bro.. jangan tak update..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...