tuan tulis risalah ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya AidilAdha 2011 kepada pengunjung yang singgah dan membaca 'risalah muroza'.
ucapan selamat khas kepada bonda tercinta, puan halila bt md desa, ayahanda imam hj. abdullah tuda, bonda mariam bt. jabal, nenda, hjh. majidah husin, 12 adik beradikku dunia akhirat, isteri tersayang ummi kalsum abdullah, anakanda buah hati jantung babah, ahmad adel al-kalbaani, seluruh kaum keluarga sanak dan saudara, sahabat taulan yang sudi bersama susah dan senang, antaranya duan walid, ude kerol, saharul nazri, iwan hizady, pojie ludin serta ramai lagi yang lain.
ahmad adel buah hati babah, babah minta maaf kerana ditakdirkan babah tak dapat beraya dengan adel untuk AidilAdha Adel yang pertama tahun ini. namun begitu, ingatan babah sentiasa dalam dan tak kunjung padam terhadap adel dan bila babah balik nanti, tiap-tiap hari kita 'raya', insha'allah.
buat bonda tercinta, pn. halila bt md desa, anakanda menyusun jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap yang anakanda sedar dan anakanda tak sedar, yang barangkali melukakan hati bonda. tanpa kemaafan dan restu bonda, kemana lagi anakanda hendak pergi dan apa lagi yang dapat anakanda lakukan, walau anakanda merentas dunia dari hujung ke hujung.
buat isteri tersayang, sedang lidah lagi tergigit, inikan pula dalam berumahtangga. ketahuilah, sekiranya ada salah dan silap sayang pada abang, telah lama abang maafkan dan tiada sedikit habuk pun yang terbuku di dalam hati. abang pun di kesempatan ini ingin sama-sama memohon kemaafan atas segala salah silap abang, yang sedar dan yang tak sedar sepanjang kita sama-sama menjalani hidup berumah tangga ini. terima kasih juga sebab tak jemu-jemu melayan kerenah abang dan adel selama ini.
Insha'allah, sama-samalah kita berdoa agar apa yang ditentukan oleh Allah SWT ini adalah yang terbaik untuk keluarga kecil kita.
salam rindu, kasih dan sayang. moga berjumpa lagi. forever in time.
muhamad rosli zainuddin (muroza)
sharjah, emirates.
No comments:
Post a Comment