dupavisitometer
UMNO: Sentiasa Ketandusan Tenaga Muda Islami
Salam.
Sejak kemasukan Ust. Firdaus (bekas Calon permatang Pauh, tewas kepada Wan Azizah 2004) ke dalam UMNO, aku sukar untuk menamakan susuk peribadi yang terserlah Keilmuan Islamnya dalam UMNO.
Yang ada sebelum itu hanya liberal dan kelihatannya 'kurang warak. Senang cerita tak sama macam yang PAS ada.
Apa dan dimanakah silapnya? Mungkin kita bertemu jawapannya di sini:
Yusoff Noor, UMNO Dan Tauliah
3 Kerat: Ujian, Korban Dan Keuntungan
Salam.
TGNA sekarang ada di IJN. Hanya 2 km sahaja jaraknya dari tempat aku berada sekarang. Sedang TGNA disitu, PAS kembali menghiasi dada-dada akhabr perdana. Hari ini, pasal Bai'ah. Sejak-sejak MAZA kena tahan, banyaklah cekadak akan kefahaman syari'at dan akidah dibincangkan kepada umum. Eloklah begitu, moga-moga yang dah memang nak sesat bertambah sesat.
Sunnah-Wal-Jamaah dan Mazhab Syafiee pun banyak yang tak khatam lagi, kini diperbesar-besarkan akan wahabi. Diharapkan Syiah jangan muncul kala ini. Apa khabar JAIS? JAIS jangan lepas tangan. JAIS kena bertanggung jawab.
Ahmad Jais boleh terus dengan Selamat Tinggal Bungaku.
Aziz Bari kata Hassan Ali kena jadi korban 'pemutihan PAS'. Itulah sahaja caranya untuk merungkai persoalan. Dan, Aziz Bari dengan berani dan jujur kata TGHH adalah 'Pak Lah' versi PAS.
UMNO kata (Alwi Che Muda: dia ada di final Piala M'sia malam ini?) Hassan Ali kena jadi korban dek kerana dosanya berusaha untuk menyatupadukan umat Melayu. Itulah sebab dia dikenakan tindakan. Sebab PAS memang tidak mahu kepada perpaduan. Islam apa yang PAS perjuangkan? pandai dia. Kalau faham, kita akan tahu UMNO ini memang licik macam belut mengaut keuntungan atas pergolakan orang, dan mengaut keuntungan atas pergolakan sendiri.
Orang kerajaan selepas bajet juga yang tidak untung-untung. Dalam bajet PM membisu seribu bahasa pasal bonus. harap-harap kakitangan kerajaan jangan jatuh produktiviti dan motivasi sebab tiada bonus. sebab, prestasi sekarang pun dibawah paras purata.(below Average). Kalau lagi jatuh, alahai. Fanomena sejadah berdiri pun ada orang pertikai sejadah tu ada wuduk ke tidak?
Meet The Natives
Salam.
Discovery Channel ada rancangan 'Meet The Natives'.
Chief Tanna, seorang ketua puak tana di kepulauan Tanna dibawa mengembara bersama 3 orang pengikutnya ke England. Misinya cuma satu, bertemu Putera Philippe dan mengajaknya pulang, kerana mengikut kepercayaan mereka Putera Phillipe adalah 'anak tuhan mereka yang diutus ke England untuk memperbaiki kehidupan masyarakat England. Kepulangan Putera Philip akan membawa kemakmuran kepada puak Tanna.
Satu kepercayaan ekstrem untuk diterima oleh masyarakat England.
Chief Tanna selalu menyampaikan pesan, selalunya selepas mempersembahkan tarian hormat puak Tanna kepada tetamu. Dia selalu berpesan, bahawa masyarakat tanna adalah masyarakat yang paling gembira dalam dunia ini.
Katanya, duit kami mungkin kurang daripada duit kamu wahai penduduk England, namun kami boleh lihat kami menghargai kehidupan kami lebih daripada kamu menghargai kehidupan kamu sendiri.
Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)