dupavisitometer

3 Kerat: Ujian, Korban Dan Keuntungan

Salam.
TGNA sekarang ada di IJN. Hanya 2 km sahaja jaraknya dari tempat aku berada sekarang. Sedang TGNA disitu, PAS kembali menghiasi dada-dada akhabr perdana. Hari ini, pasal Bai'ah. Sejak-sejak MAZA kena tahan, banyaklah cekadak akan kefahaman syari'at dan akidah dibincangkan kepada umum. Eloklah begitu, moga-moga yang dah memang nak sesat bertambah sesat.
Sunnah-Wal-Jamaah dan Mazhab Syafiee pun banyak yang tak khatam lagi, kini diperbesar-besarkan akan wahabi. Diharapkan Syiah jangan muncul kala ini. Apa khabar JAIS? JAIS jangan lepas tangan. JAIS kena bertanggung jawab.
Ahmad Jais boleh terus dengan Selamat Tinggal Bungaku.
Aziz Bari kata Hassan Ali kena jadi korban 'pemutihan PAS'. Itulah sahaja caranya untuk merungkai persoalan. Dan, Aziz Bari dengan berani dan jujur kata TGHH adalah 'Pak Lah' versi PAS.
UMNO kata (Alwi Che Muda: dia ada di final Piala M'sia malam ini?) Hassan Ali kena jadi korban dek kerana dosanya berusaha untuk menyatupadukan umat Melayu. Itulah sebab dia dikenakan tindakan. Sebab PAS memang tidak mahu kepada perpaduan. Islam apa yang PAS perjuangkan? pandai dia. Kalau faham, kita akan tahu UMNO ini memang licik macam belut mengaut keuntungan atas pergolakan orang, dan mengaut keuntungan atas pergolakan sendiri.
Orang kerajaan selepas bajet juga yang tidak untung-untung. Dalam bajet PM membisu seribu bahasa pasal bonus. harap-harap kakitangan kerajaan jangan jatuh produktiviti dan motivasi sebab tiada bonus. sebab, prestasi sekarang pun dibawah paras purata.(below Average). Kalau lagi jatuh, alahai. Fanomena sejadah berdiri pun ada orang pertikai sejadah tu ada wuduk ke tidak?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...