Chief Tanna, seorang ketua puak tana di kepulauan Tanna dibawa mengembara bersama 3 orang pengikutnya ke England. Misinya cuma satu, bertemu Putera Philippe dan mengajaknya pulang, kerana mengikut kepercayaan mereka Putera Phillipe adalah 'anak tuhan mereka yang diutus ke England untuk memperbaiki kehidupan masyarakat England. Kepulangan Putera Philip akan membawa kemakmuran kepada puak Tanna.
Satu kepercayaan ekstrem untuk diterima oleh masyarakat England.
Chief Tanna selalu menyampaikan pesan, selalunya selepas mempersembahkan tarian hormat puak Tanna kepada tetamu. Dia selalu berpesan, bahawa masyarakat tanna adalah masyarakat yang paling gembira dalam dunia ini.
Katanya, duit kami mungkin kurang daripada duit kamu wahai penduduk England, namun kami boleh lihat kami menghargai kehidupan kami lebih daripada kamu menghargai kehidupan kamu sendiri.
Salam.
No comments:
Post a Comment