dupavisitometer

Crows Zero



(Dari kiri: Rinda-Man, Tokio, Serizawa, Bando, Izaki, Ken Katagiri dan Genji)
Ini cerita budak-budak sekolah rosak akhlak. Suzuran, satu sekolah yang 'legend'. Suzuran adalah 'training ground' ke puncak kuasa gangsterisme. Yang pelik, gangsterisme ini hanya disekolah. Luar dari sekolah masih dipegang oleh yakuza, dan entah sebab apa, yakuza dalam cerita ini sedikit 'soft' dan bangang.
Sinopsis awal, genji, anak Hideo Takiya, seorang ketua yakuza, berpindah ke Suzuran sebagai freshie tahun dua. Matlamatnya hanya satu, menjadi penguasa Suzuran mutlak. Ini sekaligus membuktikan kepada bapanya dia berkemampuan untuk mengambilalih tempat bapanya bila tiba masanya kelak. Suzuran sepanjang sejarahnya tidak pernah berketua, yang ada hanya paling berpengaruh dan ditakuti. 'Feared by numbers'.
Di Suzuran, samada dia tahun 1, 2 atau 3, jika merasakan sudah cukup kuat dan besar kepala dan berpengaruh, silakanlah untuk mencabar dan membalun sesiapa sahaja. Namun, jalan ke puncak kuasa rupa-rupanya bukan semudah melepaskan penumbuk atau penerajang ke muka lawan, walaupun 99% jalannya melalui penumbuk dan penerajang.
Jika dia benar-benar menjadi ketua Suzuran, pasti dia tidakkan mahu menggantikan aku, ujar Hideo Takiya apabila katagiri bertanya benarkah Takiya akan mewariskan tanggungjawab ketua Yakuza kepada jika Genji benar-benar jadi penguasa Suzuran.
Budak-budak Bukit Subang ini kata Crows datang dalam 3 siri. Siri ketiga yang paling gempak. aku masih dalam pencarian.
Cerita ini, mendewasakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...