Jika ada yang lalu di jalan lama shah alam - sg.buloh, sepanjang jalan kg. melayu subang, akan terperasan sebuah stesen minyak petronas disebelah kanan menghala ke sg.buloh. disitulah aku bertemu dengan 3 orang makcik separuh umur, yang berhenti mengisi minyak van mereka sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja, pada hari orang lain sudah mula bercuti raya cina 2010.
Disitu ada ATM, dan di ruang ATM itulah aku menegur sapa kerana perasaan hatiku telah diselubungi simpati yang teramat sangat. Seperti biasa, aku memulakan perbualan tanpa pengenalan, hanya menghulurkan bantuan, dek kerana makcik yang ku kira hampir baya dengan ibuku, kesulitan menggunakan ATM.
Dalam perempuan separuh baya dan berpakaian kusam itu terkebil-kebil, aku membantu. Pendek cerita, dia dapat mengeluarkan wang belanjanya hari ini, kemudian dipanggilnya 2 orang lagi kawannya yang mempunyai masalah yang sama. Dan aku membantu.
Mereka hampir sebaya, kalau berbeza pun hanya 3-4 tahun sahaja. mereka ibu tunggal yang punya tanggungan. Yang pertama 4 orang, yang kedua 6 orang, dan yang ketiga 5 orang. Suami mereka semuanya sudah meninggal dunia, dan meninggalkan mereka dengan permasalahan dunia.
Sebelum ini, semua urusan diuruskan suami-suami mereka, dan mereka hanya fokus kepada urusan rumahtangga. itulah layaknya isteri solehah. dunia mereka hanylah tertumpu dirumah, dan urusan-urusan luar hanya dilayan oleh suami. apabila suami mereka meninggal dunia, urusan itu terbeban dibahu mereka tanpa pilihan. Mereka berkerja cleaner, mencari rezeki lebih sempena cuti panjang.
sepanjang cerita mereka itu, demi ALLAH aku mebayangkan ibuku dikalangan mereka. mengenangkan itu, sedihlah hati tidak tertahan lagi. tidak dapat ku bayangkan ibuku merunduk malang yang sebegitu.
Dan aku jadi bersyukur dengan rezeki dan kemudahan yang ku peroleh kini. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment