dupavisitometer

menongkah arus

benar. pantang dalam politik menongkah arus. kena ikut flow. work with the flow. kalau ke hilir, kehilirlah kita. kalau bercabang, bercabanglah kita. namun, hanya pemberani dan dilahirkan dengan besi berani sahaja yang mampu menongkah arus.
dalam politik kepartian dan bersumberkan kewangan, tukang riuh rendah memang ramai. tapi hanya yang berani sahaja yang akan tinggal berdiri menyatakan yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
yang benar tetap benar walau tiada orang yang praktik itu kebenaran. dan, yang salah tetap salah walau semua orang buat itu kesalahan. majoriti bukan ukuran benar atau salah.
sekarang, zaman generasi x sudah hampir matang. generasi xy tunggu masa untuk isi tempat generasi x apabila mereka sudah matang nanti. jika, mereka ini sama-sama menongkah arus, maka berhati-hatilah, kerana mereka ini sudah berani. berani untuk apa?
berani untuk bertanyakan kenapa? the why question?

Subsidi Dan Zabidi (Bukan Nama Sebenar)

Semalam, Zabidi (bukan nama sebenar) tengok berita TV, ada cerita pasal subsidi. lepas tengok, zabidi ambil masa untuk berfikir. habis 2 batang rokok berfikir, zabidi fikirannya menerawang jauh. Zabidi, rasa sebagai seorang rakyat biasa atau bahasa politiknya marhaen, rasa bersalah. rasa bersalah sebab banyak benar subsidi kerajaan yang zabidi telan.
Zabidi berfikir, layakkah dia mendapat subsidi? atau dia termasuk dalam golongan yang sepatutnya tak dapat subsidi tapi telan subsidi atau dia dalam golongan yang patut dapat subsidi tetapi sepatutnya boleh menolak subsidi kerajaan itu? Zabidi pening. Zabidi mana fasih pasal ekonomi domestik. dan juga ekonomi dunia.
Yang zabidi dengar, Malaysia ada risiko jadi greece. greece itu negaranya dimana pun Zabidi kurang pasti. Yang pasti, Greece pernah menang Euro sebab guna taktik bertahan. Dan, Zabidi tahu, orang-orang greece overpaid dan hidup dengan gaya hidup lavish. binatang apa lavish itu pun Zabidi tak tahu. belanja dengan berlebihan agaknya.
greece juga menolak pelan suntikan modal oleh german, sebab dirasakan terlalu sikit. apa punya tak bersyukur greece ini, orang dah nak tolong pun banyak songeh lagi. Aku ni ha, kerajaan nak potong subsidi ke tidak, aku yang kena fikir, gumam zabidi. esok zabidi nak pergi masuk internet, nak luah pendapat kat blog atau facebook PM atau mana-mana ahli politik dalam Malaysia. Tapi zabidi akaun facebook pun tak ada. tinggal komen kat blog pun ok kot, fikirnya lagi.
20 tahun dulu, cerita subsidi ini tak pernah timbul. 20 tahun dulu, zabidi rasa Malaysia ini makmur. short supply sikit-sikit time raya atau raya cina itu biasalah. orang meniaga mesti mau untung. meniaga nak rugi jadi NGO sahajalah. NGO Aids pun bising-bising dulu bila dana dah nak kurang 2 juta.
tetapi kenapa sekarang baru timbul cerita subsidi? itu zabidi tak faham. Barang-barang dunia dah mahal ke? kalau dah mahal, kenapa? Selain dari pelan kecemasan subsidi ini, kerajaan tak da pelan lain ke? Minyak nak naik, gula nak naik, minyak masak nak naik.
Gaji, apa cerita? bila nak naik?
Zabidi rakyat marhaen. dia masuk dalam golongan mana? yang patut dapat subsidi tapi patut tolak, atau golongan yang guna subsidi tapi sebenarnya tak patut dapat?
zabidi hidup biasa-biasa sahaja. dia bukan ahli politik. dia bukan kroni yang dalam list dapat projek. ahli politik paling layak dapat subsidi. Pada zabidi, ada driver tu kira subsidilah tu. kalau tak subsidi, kereta bawak sendirilah.
tapi tak mengapalah, zabidi patut sokong kerajaan. Esok, Zabidi nak cakap dia setuju pengurangan subsidi. sebab zabidi percaya dalam semangat 1 malaysia ini, semua tulisannya diambil kira.
sama macam dulu-dulu. semua keputusan kerajaan memang zabidi yang tentukan.

Keutuhan Ringgit; Adakah Ekonomi Kita Benar-Benar Solid?

Dalam tempoh berkempen sibu yang lalu, terdengar juga pengumuman yang pertumbuhan ekonomi kita tahun ini 10 percent lebih. satu lompatan galah untuk sebuah negara yang mempunyai unjuran bajet defisit. untuk 2010, ekonomi kita adalah defisit 5 persen dengan pertumbuhan awal jangka sebanyak 3%.
pakailah mana-mana data pun, pakailah mana-mana persen pun, terpulang kita menafsirkan.
Cuma, ringgit semenjak 3 minggu yang lalu mula diberikan perhatian, bukan kerana ia adalah matawang niaga yang paling stabil dibandingkan dengan kadar matawang asia yang lain, malahan juga kerana pasaran matawang ringgit sangat huru-hara (fluctuate) dengan margin pergerakan yang tinggi.
margin pergerakan tinggi mengundang kehadiran fund players dan spekulator pasaran. ketidaktentuan turun naik matawang ini mebimbangkan. ianya baik untuk import players, namun menekan export players.
Contohnya, dengar kadar ringgit sekarang, beg gucci, marc n jacobs atau parfume CK free yang fully imported seharusnya lebih murah, kerana ia datang dalam USD dan ditukarkan ke ringgit. jadi, margin keuntungan importer seharusnya lebih tinggi.
lain pula halnya dengan export, yang mana export iaitu menjual apa sahaja yang bakal mendatangkan pendapatan kepada negara. kita menjual/mengeksport hasil negara dengan harga yang lebih rendah ke pasaran-pasaran yang berorientasikan USD. berniaga ke mekah, menggunakan riyal tidak masuk buku.
Dengan kekuatan ringgit, barangan kita menjadi mahal. dengan kekuatan ringgit, ekonomi domestik dapat dirancakkan. Cuma dengan keutuhan ringgit kini ia lebih berpihak kepada siapa, si importer atau eksporter?

Teacher's Day: Front Of The Class (Brad Cohen Story)

Apakah penghalang diantara cita-cita menjadi seorang guru dan Brad Cohen sebagai individu? Turrets Syndrome (TS). TS, di zaman kecilnya, menyebabkan Brad terpencil dan sering dianggap 'freak' menyebabkan dia sering menyendiri. Malah, guru-gurunya juga melayan Brad sebagai 'freak of the nature'. Dan, sebagai pengidap TS, Brad menjadi apa yang sepatutnya penderita TS patut jadi, isolated, alone, depress, low-self esteem, dependent, dan negatif.
Sehinggalah ibunya datang menyedarkannya, bahwasanya kehidupan yang dijalani sekarang adalah surrender without resistance. You have let the turrets win over your life. Dan, melalui kata-kata ini, Brad mengubah cara dan perspektif hidupnya dengan memisahkan pengaruh TS dalam hidupnya.
Dan, turrets juga bukan penghalang kepadanya untuk mengejar cita sebagai seorang guru. yang menghalangnya hanya satu, masyarakat pendidikan georgia itu sendiri. masyarakat yang skeptikal kepada pengidap-pengidap TS.
Setelah hampir berpuluh-puluh interview, dan gagal dek kerana dia cuba berlagak normal, akhirnya Brad memutuskan untuk menerima turrets sebagai sebahagian dari dirinya dalam interview.
'I want to be a teacher that i never had'. 'I want to be a teacher who'd be able to tell my student its ok to be different, and never let any of your difficulties stops you'.
Dengan kesungguhan dan kepercayaannya yang mendalam, Brad Cohen akhirnya terpilih sebagai Georgia's First class Teacher Of the year.

Ip Man : Hong Kong


Ip Man (Sebut Yip Man), tok guru kung fu aliran Wing Chun, kembali mengegarkan sinema perak. Kali ini Hong Kong mengambil tempat. sambungan dari Ip Man awal yang berakhir dengan Ip Man menjadi pelarian buruan Jepun, yang akhirnya settledown di Hong Kong dan bermula menyusun hidupnya dan keluarganya dari bawah.
Ip Man, selaku tok guru wing chun yang low profile, yang akhirnya memilih untuk kembali meneruskan hidup dengan kung fu. dan bermula dengan itulah Ip Man 2: Hong Kong ini berkembang plotnya yang disusun dengan baik dan memberangsangkan.
Akhirnya, bukan menang kalah yang menjadi pertaruhan, sebaliknya ketinggian budi dan keupayaan untuk menghormati manusia lain ketika di puncak yang menjadi ukuran.
akhirnya, ternyata tidak silap memilih Ip Man daripada Ironman 2.
8 bintang dari 10 bintang. 10 bintang hanya milik sri mersing dan godfather.

The Election: United And Divide

Selepas Hulu Selangor, kini tiba giliran Sibu, Sarawak untuk masuk campur dalam senarai pilihanraya kecil pasca 2008, menjadikannya PRK yang ke - 11.
Jika berfikir baik-baik, dapatkah pilihanraya ini menyatukan kita, atau sekadar memecahbelahkan kita lagi.
Apabila kalah, kita sibuk sangat menyalahkan orang lain.
kepentingan siapa yang kita pertahankan, akhirnya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...