dupavisitometer

"those who die, must die"

vijay mallya - king of good times
itulah response rahul bajaj, antara salah seorang billionaire india terhadap usaha 'bail out' kingfisher airlines  yang dimiliki oleh vijay mallya, a.k.a richard bronson india'.

vijay mallya mewarisi family businessnya, iaitu syarikat alkohol terbesar india iaitu united breweries utd, di mana jenama 'kingfisher' merupakan branding beernya yang terlaris. atas inspirasi ini, vijal mallya telah menubuhkan 'kingfisher airlines' pada 2003 dan sepanjang tempoh 2003-2010, ia telah berjaya merubah lanskap industri penerbangan dan servies penerbangan india umumnya. kingfisher airlines adalah antara 7 airlines utama yang menerima penarafan 5 bintang oleh skytrax, sebaris dengan cathay pacific, qatar airways, asiana airlines, malaysia airlines, sinagpore airlines dan hainan airlines.

walaupun ia dianugerahkan "India's best airliner of the year 2011" oleh skytrax, kingfisher airlines sekarang menghadapi krisis hutang petroleum yang amat meruncing dan berhadapan dengan risiko bankrap sekiranya tidak mendapat bail out daripada kerajaan india.

hutang yang ditanggung oleh kigfisher airlines begitu meruncing, sehinggakan bekalan petroleum untuk operasi hariannya disekat oleh hindustan petroleum corporation limited (hpcl). ia juga pernah disaman oleh bharat petroleum dengan jumlah hutang sebanyak $49 juta. pada julai 2011, kingfisher dilaporkan tidak berkeupayaan membayar gaji sejumlah 6,000 kakitangannya dan kini telah mengubah tarikh bayaran gaji daripada 31hb tiap-tiap bulan kepada 1hb. malahan, united breweries dan kingfisher finvest (syarikat utama vijay mallya) telah melepaskan pegangan saham utama mereka di dalam kingfisher airlines semata-mata untuk diberikan kepada pemiutang-pemiutang kingfisher airlines.

apa yang menjadi persoalan dan kejengkelan orang ramai dan pemerhati-pemerhati industri ialah, walaupun syarikat-syarikat utamanya berhadapan dengan masalah hutang yang kronik, namun vijay mallya tetap dengan gaya hidup mewah dan bermegah-megahnya, di saat orang ramai mengharapkan para biliunaire menunjukkan sikap hormat dan berjimat-cermat pada ketika menghadapi masalah kewangan global yang meruncing.

vijay masih terus dengan aktiviti pembazirannya seperti menganjurkan parti-parti mewah yang dikelilingi supermodel dan artis-artis bollywood, disamping bermewah-mewah dengan kediaman yang menelan kos sebanyak $ 1 billiun dollar dan yatch yang mempunyai kos sebanyak $ 89 juta dollar, disamping beratus-ratus kereta mewah yang terbiar digarajnya.
 
 
seharusnya vijay mallya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan pertengahan dan bawahan india, bukannya menjadikan pembaziran sebagai sebuah amalan hidup. dengan sebab itulah usaha untuk medapatkan 'bail out' daripada kerajaan mendapat tentangan keras daripada wakil-wakil rakyat yang lain, terutamanya rahul bajaj yang secara sarkastik mengatakan "those who die, must die" dan menolak mentah-mentah idea untuk 'bail out' tersebut.

sumber: 'king of good times' mallya slips off throne - yahoo news

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...