Semalam, Zabidi (bukan nama sebenar) tengok berita TV, ada cerita pasal subsidi. lepas tengok, zabidi ambil masa untuk berfikir. habis 2 batang rokok berfikir, zabidi fikirannya menerawang jauh. Zabidi, rasa sebagai seorang rakyat biasa atau bahasa politiknya marhaen, rasa bersalah. rasa bersalah sebab banyak benar subsidi kerajaan yang zabidi telan.
Zabidi berfikir, layakkah dia mendapat subsidi? atau dia termasuk dalam golongan yang sepatutnya tak dapat subsidi tapi telan subsidi atau dia dalam golongan yang patut dapat subsidi tetapi sepatutnya boleh menolak subsidi kerajaan itu? Zabidi pening. Zabidi mana fasih pasal ekonomi domestik. dan juga ekonomi dunia.
Yang zabidi dengar, Malaysia ada risiko jadi greece. greece itu negaranya dimana pun Zabidi kurang pasti. Yang pasti, Greece pernah menang Euro sebab guna taktik bertahan. Dan, Zabidi tahu, orang-orang greece overpaid dan hidup dengan gaya hidup lavish. binatang apa lavish itu pun Zabidi tak tahu. belanja dengan berlebihan agaknya.
greece juga menolak pelan suntikan modal oleh german, sebab dirasakan terlalu sikit. apa punya tak bersyukur greece ini, orang dah nak tolong pun banyak songeh lagi. Aku ni ha, kerajaan nak potong subsidi ke tidak, aku yang kena fikir, gumam zabidi. esok zabidi nak pergi masuk internet, nak luah pendapat kat blog atau facebook PM atau mana-mana ahli politik dalam Malaysia. Tapi zabidi akaun facebook pun tak ada. tinggal komen kat blog pun ok kot, fikirnya lagi.
20 tahun dulu, cerita subsidi ini tak pernah timbul. 20 tahun dulu, zabidi rasa Malaysia ini makmur. short supply sikit-sikit time raya atau raya cina itu biasalah. orang meniaga mesti mau untung. meniaga nak rugi jadi NGO sahajalah. NGO Aids pun bising-bising dulu bila dana dah nak kurang 2 juta.
tetapi kenapa sekarang baru timbul cerita subsidi? itu zabidi tak faham. Barang-barang dunia dah mahal ke? kalau dah mahal, kenapa? Selain dari pelan kecemasan subsidi ini, kerajaan tak da pelan lain ke? Minyak nak naik, gula nak naik, minyak masak nak naik.
Gaji, apa cerita? bila nak naik?
Zabidi rakyat marhaen. dia masuk dalam golongan mana? yang patut dapat subsidi tapi patut tolak, atau golongan yang guna subsidi tapi sebenarnya tak patut dapat?
zabidi hidup biasa-biasa sahaja. dia bukan ahli politik. dia bukan kroni yang dalam list dapat projek. ahli politik paling layak dapat subsidi. Pada zabidi, ada driver tu kira subsidilah tu. kalau tak subsidi, kereta bawak sendirilah.
tapi tak mengapalah, zabidi patut sokong kerajaan. Esok, Zabidi nak cakap dia setuju pengurangan subsidi. sebab zabidi percaya dalam semangat 1 malaysia ini, semua tulisannya diambil kira.
sama macam dulu-dulu. semua keputusan kerajaan memang zabidi yang tentukan.
No comments:
Post a Comment