bagi yang ketinggalan, PAS baru sahaja selesai sessi pemilihan pucuk pimpinan parti. Seperti biasa, keputusannya memuaskan hati semua pihak, sebab yang kalah & menang sebagaimana 'spectators' mintak, contohnya husam menang, mat sabu menang, dan nasha kalah.
sebab nasha kalah, orang luar yang berbunyi. dan kalau nasha menang, orang dalam pulak yang berbunyi. entahlah, semuanya gara-gara dikhabarkan tindakan nasha yang dikatakan setelah menyelinap ke kelambu musuh, mimpi nasha selalunya tidak sehaluan dengan hasrat akar-umbi PAS. entahlah, kata orang, aku ikutkan sahaja.
inilah barisan yang akan membawa PAS ke putrajaya, sekiranya PRU 13 itu telus dan bermaruah, ikut kata tok guru nik aziz. strategi PAS kali ini lain, strateginya modified slogan negara islam kepada negara berkebajikan. ikut kata Mat Sabu, slogan itu sesuai dengan fokus PAS untuk menjinakkah bukan islam kepada Islam, dan PAS.
Sebab, kalau Ameno betul-betul buat, PAS dah tak payahlah buat. kita ambil kira mudah macam tu lah. kalau ameno buat, apa susah-susah PAS nak jadi pembangkang atau yang sebelah sana.
kata Husam, dia di timur, mahfuz di utara, salehuddin di selatan, dan mat sabu di barat. macam ada pelan tindakan lengkap. ameno apa khabar? banyak lagi masalah dalaman dan dengki-dengki ketua cawangan yang belom selesai. standardlah parti melayu tegar, kalu takda dengki memang tak sah.
moga, ameno makin kurang kerusi dalam PRU13 ni, dan PAS makin banyak menang. bukan apa, tukar pada kedua terbesar pun apa salahnya? kalau kedua terbesar ni tak ok 5 tahun memerentah, kita tukarlah. kad pengenalan 4 ke 5 kali tukar boleh, inikan pula pemerentah politik.
lainlah kalu sistem demokrasi ni diperkenalkan hanya boleh mengundi sekali sahaja seumur hidup, itu cerita lain, tapi ini tidak, setiap 5 tahun boleh tukar maa. kalau teruk sangat pun, 5 tahun jer. better dari kena tipu / songlap sampai 50 tahun. ada faham ka bhai?
No comments:
Post a Comment