dupavisitometer

Sempena Laporan Indeks Rasuah Oleh Transparency-International Malaysia (TI-M)

Salam.
Malaysia ini, secara asasnya adalah bermasyarakat majmuk. Walaupun Bangsa Melayu(BM) adalah penduduk peribuminya, namun kesan dek dijajah dan permuafakatan untuk kemerdekaan, Bangsa Cina (BC) dan Bangsa India (BI) diterima sebagai warganegara, disamping hak-hak keistimewaan BM terjamin, di tanah tumpah darahnya, walaupun majoriti BM ini tidak tahu-menahu langsung apakah dia hak-hak istimewa ini. Sama tidak tahunya BM ini kepada saham-saham bumiputera yang kononnya diperuntukkan kepada mereka.
Hak-hak keistimewaan ini dilindungi oleh sebuah jemaah manusia yang menggelarkan diri mereka UMNO. Dan, lihatlah cara mereka berpolitik untuk 15 tahun yang lalu. Mereka bukan sahaja tidak bertambah menjadi terhormat, namun terus-terusan menjadi jembalang hitam menakut-nakut, merompak, dan menzalimi hak-hak BM-BM yang lain, yang menindas, yang berat sebelah, yang menjual segala-mala hak-hak keistimewaan, tanah-tanah, projek-projek, kedai-kedai, syarikat-syarikat, dan saham-saham untuk mengeyangkan bukan sahaja perut mereka, namun termasuk juga perut saudara-mara, anak beranak, dan juak-juak mereka.
Inilah punca kenapa orang melayu punya krisis kepimpinan, identiti, akhlak, moral, agama dan ekonomi yang serius. Apabila jiwa kenegaraan ditumpaskan oleh jiwa keperibadian yang bersifat kesyaitanan, inilah yang terjadi. UMNO memomokkan majoriti BM yang lain bahawasanya BC dan BI sentiasa sahaja prejudis dan senantiasa bersikap opportunis atas apa sahaja 'kedaulatan' dan 'keistimewaan' BM, seperti kek ekonomi, pemilikan tanah, rumah-rumah, dan peluang-peluang perniagaan. Kalaulah benar sekalipun momokkan ini, percayalah, kita punya peluang yang lebih baik untuk menguruskan nasib kita sendiri daripada kita serahkan kepada UMNO.Kita telah berikan tanggungjawab ini 50 tahun yang lalu, UMNO hanya berjaya 25 tahun pertama sahaja. 25 tahun yang terbelakang ini, hanya dikumpulkan oleh UMNO untuk meneguhkan penguasaan poltical-governance-nya sahaja. Syukur masih tidak terlambat untuk kita mengubahnya.
P/s: Jangan ada sesiapa nak pertahankan yang UMNO itu tidak rasuah. Jangan rendahkan tahap intelektual saudara ke tahap itu.

2 comments:

besi said...

sebenarnya bukan parti terbesar melayu sahaja rasuah tetapi rakan2nya yg mewakili kelompok masing2 pun sama naik.....itulah org panggil BN...

tapi parti multiracial seperti PKR masih kurang menyakinkan....dlm bab rasuah nie...

nasib baik la...parti melayu kedua terbesar tidak terjebak dlm hal2 rasuah nie....tapi knp org tak nak sokong parti number 2 ni? sbb tak bagi rasuah kot?......

Unknown said...

Kalau kita boleh tutup bangkai gajah ni, kita cuba tutup dulu.

agaknya beginilah cara mereka berfikir sekarang, ataupun mata hati mereka telah dibutakan.

itulah kita kena selalu doa, biar dunia ni kat tangan kita sajer, tak melekat dalam hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...