dupavisitometer

KENAIKAN HARGA RUMAH, APA YANG MAMPU AKU LAKUKAN?

ok, aku tak tau apa material benchmark orang lain. jadi aku tak punya persepsi salah pada orang lain. ada yang bench pada kereta. pada patung barbie. koleksi pedang setiawan. pakai motor besar. makan rasuah. pakai tuoreg. naik LRT. tipu MC.
 
Sumpah aku tak kisah apa jenis bentuk benchmark orang tentang mengukur kejayan material mereka sendiri.
 
macam aku, aku cuma nak memiliki rumah sendiri yang aku mampu milik. untuk aku berteduh. untuk isteri aku berteduh. untuk anak-anak aku berehat dan bermain, dan membesar. tempat untuk aku beristirehat dan melepaskan lelah sehari-hari. aku memang nak beli rumah sendiri. kecik besar, jauh dekat dari tempat kerja, pada aku itu masalah nombor dua.
 
masalah nombor satunya ialah, aku mampu untuk memiliki rumah.
 
dan, pengalaman menmburu rumah yang AKU MAMPU, setakat ini banyak pedih dan peritnya. pedih dan perit bab nak kira komitmen dan lepas tak lepas nak bayar komitmen loan rumah bulan-bulan. memang sedih, kadang-kadang merintih aku dalam diam, kenapalah harga rumah ni mahal sangat kat tanahair sendiri. kalau kat tanah besar china yang pendududknya 1 billiun lebih, dan singapore yang sekangkang kera tu aku boleh faham lagi, tapi kalau benda ni terjadi kat aku sendiri, aku tak faham.
 
mungkin aku miss out something. tapi, apa yang aku miss out kalau nak beli harta kat tanahair sendiri pun payah benar. maka benarkah tanah yang aku duduk sekarang ni dah jadi milik orang lain?
 
60 kilometer radius, harga rumah kawasan lembah klang dan sekitar dah nak dekat setengah juta. point harga suku juta dah lama lenyap dalam pasaran hartanah.
 
dan, rasanya bukan aku je yang mengeluh pasal ni. macam hari ini, dah berbunyi dah pemaju nak naikkan harga rumah sebab minyak dah naik. Straits time dalam bulan puasa dulu dah buat wekkly review pasal harga rumah area lembah kelang. dan ramai jugak yang 'merintih' pada kerajaan supaya kawal harga rumah.
 
orang johor pun dah berbunyi. penang rasanya lagui worst, tapi sebab penang bawah DAP, akhbar mainstream kurang kot nak highlight. tapi, boleh check siapa yang beli property  area lembah kelang, penang dan johor. kalau tak singaporean, china mainland, taiwanese, indonesian, maka tipulah aku. property agent yang khianat yang tolong belikan untuk foreigner ni pun sama naik jugak. yang tertekan, agaknya orang-orang macam aku lah kot. ini teori aku je, kalau nak pueh hati lagi, buatlah pembacaan dan research sendiri.
 
tapi, syukurlah negara masih aman sejahtera. disebabkan negara masih sejahtera, apa lagi yang mampu aku lakukan, melainkan terus cari rumah. jangan sampai aku terbeli reban ayam sudah lah.

BAGAIMANAKAH MEREKA BERTEMU DENGAN CHIN PENG

ok, aku tau sekarang kita dalam mode merdeka. bebas dan bermaruah. sekalung penghargaan buat pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air, baik yang kanan, yang kiri, yang bertegas sampai angkat senjata, tak kira dari zaman mat kilau ke atas, atau melalui rundingan dan tolak ansur.
 
tak kira apapun metodinya, niat untuk merdeka itu kita sanjung.
 
masalah perjuangan siapa yang lebih 'power' dari siapa, aku berkecuali. kalau aku duduk zaman pra-kemerdekaan itu, aku tak tau apa patut aku buat. maklumlah, dengan keadaan sekarang ni, tertinggal handfon kat rumah pun aku rasa dunia dah gelap. inilah dia masalah first world country untuk warga 3rd world country yang perasan macam aku.
 
jadi keyboard warrior pun tak layak.
 
berbalik kepada perjuangan siapa yang betul dan salah pra-kemerdekaan, rasanya UKM ada terbitkan siri memoir pejuang-pejuang haluan kiri, seperti hamad boestamam, shasiah fakeh, rashid maidin abdullah cd dan lain-lain, termasuklah seorang hamba Allah yang settle down di ipoh yang aku lupa namanya. dalam memoirnya, hamba Allah ini ada sebut, kalau kita berbahasa sedikit melayu, sedikit english, itu namanya kutu pekan. lebih kurang gitulah. semua buku buku memoir mereka ni rasanya aku dah baca.
 
yang aku tak baca lagi buku pasal chin peng.
 
yang menarik, dalam semua memoir yang aku baca ini, disebut titik pertemuan antara mereka. contohnya shamsiah fakeh dengan abdullah cd, abdullah cd dengan ahmad boestamam. ahmad boestamam dengan rashid maidin dalam situasi dan occasion yang berbeza. dan pertemuan ini disebut secara khusus dan terperinci, macam kes ahmad boestamam jumpa rashid maidin dalam penjara.
 
cuma, yang aku ingat semua memoir ini tak sebut macamana dan bagaimana mereka semua berjumpa dengan chin peng, dan apa pengaruh chin peng kepada mereka. cuma yang aku ingat, disebut chin peng ada pesan kat sapa entah, 'kita dalam perjuangan agung'.
 
ada seorang lagi watak yang muncul persis chin peng, iaitu mokhtaruddin lasso.
 
mungkin nanti ada yang boleh jelaskan.

aidilfitri 2013

lagi 4 hari, insha'allah kita akan raya. alhamdulillah.

dengan ini, aku mohon maaf sekiranya ada salah kata dan perbuatan kepada pengunjung blog marhaen aku ni.

terima kasih.

ramadhan 2013 dan kebimbangan baru

sambutan ramadhan
 
ramadhan sudah masuk ke garisan akhir. tahun lepas aku ramadhan di dubai. tahun ini, Alhamdulillah aku diizinkan untuk menyambut ramadhan bersama kaum keluarga dan sanak saudara. esok malam, aku akan meredah hiway plus untuk pulang, sahur dan insha'allah berbuka di rambai 7.
 
ramadhan kali ini meriah dengan kerenah adel. time berbuka dia yang paling sebuk. sampai susah bondanya nak makan. si adel memang jarang kacau aku kalau bab makan, sebab dia suka sangat kacau bondanya. kesian, kadang - kadang sampai susah bondanya nak makan dan jamah juadah berbuka.
 
nikmat berbuka bersama keluarga, memang luar biasa rasanya.
 
sengketa politik
 
sambil menjalani ibadah puasa ramadhan kali ini, nampaknya suhu 'persengketaan' politik parti parti agung tanah air nampaknya sejuk sedikit. cuma ada letusan letusan nakal dalam bab pemilihan agung umno 2013, di bicarakan orang.
 
PAS juga tidak terkecuali, tiba-tiba ada entri liar dan angkuh berupa serangan peribadi kepada ketua dewan pemuda PAS dan nik abduh. sebelum itu, ada jugak aku baca 'seruan' sms dari kepimpinan tertinggi PAS pahang pasal jangan undi sekian-sekian calon sebab mereka liberalis yang mendepani isu isu masharakat, antara yang naik nama adalah YB khalid samad dan mujahid rawa.
 
apa nak jadi dengan PAS kali ini, seharusnya kalah dalam pru itu biasa bagi PAS, tapi kekalahan kali ini nampaknya sangat sangat luar biasa untuk PAS terima dengan hati yang terbuka.
 
insiden assasination ala ala bangkok dangerous cetus kebimbangan baru
 
cuma, dua tiga minggu ini, apabila para pemimpin kita nampaknya leka berbuka puasa dan pening kepala nak settle masalah ayam dan harga barangan yang naik, di seluruh negara gegar kerana insiden assasination yang semakin menjadi-jadi.
 
dalam kereta, tengah naik motor, kat traffic light, depan sekolah, tempat parking kereta semuanya tidak selamat lagi untuk sesetengah orang. dari orang biasa hinggalah yang ke high profile, semuanya tumbang dan tewas dihujung pistol pembunuh upahan ala ala filem bangkok dangerous.
 
ini semua adalah sangat mengerikan, dan semakin mengerikan kalau semua pihak berwajib, yang pung pang pung pang berkempen dulu masih mengamalkan amalan bangun, makan, berak, ketawa dan tidur.
 
polis sudah melancarkan perang besar besaran, diharapkan tindakan proaktif polis kali ini akan membuahkan hasil. begitulah juga harapannya rakyat di rambai 7.
 
-end-

TUDUHAN, PERSPESI DAN KEBENARAN

buat masa ini, parti yang bertanding dalam pru13 yang lalu telah menyerahkan petisyen masing - masing, dengan tujuan untuk mencabar keputusan rasmi pru13 bulan sudah. apakah makna semua ini? adakah kita sudah berada dalam zaman sudah tidak ada yang kalah, dan yang ada hanya yang menang sahaja?
 
untuk rekod, alternatif petisyen didahului dengan siri-siri perhimpunan protes.
 
terima semua, tolak semua
 
siapa yang menang dan siapa yang kalah? PR menang 3 negeri dan menambah kerusi parlimen. jika kerusi yang tidak dimenangi itu penuh dengan tipu daya, bagaimana pula dengan kerusi yang dimenangi? untuk berlaku adil, penolakan keputusan perlulah secara besar-besaran dan keseluruhan, bukan sekadar yang menang itu betul adil dan telus, dan yang mana yang kalah itu penuh tipu daya dan helah politik. kalau itu bukan tuduhan terpilih, terma apa lagi yang lebih sesuai?
 
undi popular lawan undi majoriti mudah
 
konsep undi popular dan undi majoriti mudah. adakah sistem demokrasi berpelembagaan kita ditentukan oleh undi popular? atau undi yang ditentukan melalui majoriti mudah? apa rasionalnya mempercayai fakta undi popular itu sebenarnya adalah pihak yang menang? adakah sistem memilih pemerintah kita sudah jatuh ke taraf anugerah bintang popular berita harian?
 
malang nasib pengundi malaysia: undi mana-mana parti pun salah
 
adakah satu tindakan yang bijak untuk menyalahkan pengundi-pengundi yang telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan secara sah? tidakkah unsur - unsur overconfident dan syok sendiri itu telah ditelan bulat bulat sehingga ianya didaftarkan sebagai angka rasmi? 
 
tuduhan atau persepsi? persepsi atau kebenaran? kebenaran atau tuduhan?
 
kalau parti B menuduh bangla itu mengundi mengundi parti A, tiada salahnya parti A juga menuduh bangla yang sama mengundi parti B dan memenangkan parti B. adakah hikmah dan keterbukaan politik kita sudah masam dan busuk hingga ke tahap itu?
 
off-record, segala bentuk penipuan sekadar tuduhan. tidak lebih dari itu. kalau kita pun percaya dengan tuduhan, adakah beza lagi diantara tuduhan, persepsi dan kebenaran?

satu penggal lagi

pru 13 telah pun berlalu dengan pelbagai sudut pandangan. ada yang kata betul, ada yang kata salah. ada yang kata betul nak berapa betul, ada jugak yang kata salah tak berapa nak salah.
 
sebagai satu catatan ringkas, suasana pada malam sebelum pru 13 di kuala kangsar sangat sangat memberangsangkan. time mengundi pun sangat memberangsangkan dan tenang. akhirnya yang menang tetap menang, dan yang kalah mengikut sistem demokrasi berpelembagaan malaysiaku ini, tetaplah kalah.
 
yang mahu melawan, terus juga melawan. yang dipilih, tetap juga menjalankan tugas.
 
kemudian, tak berapa lama kemudian, senarai kabinet pun diumumkan oleh perdana menteri. diberi jolokan kabinet berimbang. ada juga yang kata kabinet bimbang. hahaha. apa boleh buat, haters will always be haters.
 
apapun, yang sudah, sudah lah. ini  semua ketentuan-NYA juga. biduk lalu, kiambang bertaut. jangan sampai yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.

MUSTAFA ALI, UG DAN RILISAN VEDIO TERBARU

secara peribadi, aku berpendapat rilisan video mustafa ali adalah langkah fitnah yang sangat berisiko yang di ambil oleh barisan nasional. walaupun mustafa ali itu kononnya sumbu UG PAS yang masih menyala, yang kononnya juga sangat valid untuk PKR 'mematikannya'.
 
tetapi, setelah semuanya reda dan bertenang (PAS nampaknya terus fokus dan malas melayan rilisan terbaru ini), barisan nasional perlu melihat balik kebelakang, siapakah lagi calon pelaburannya untuk gagasan unity government (UG) selepas hassan ali, nasha dan mustafa ali?
 
tidakkah pelik dari segi percaturan politking mustafa ali, sekiranya idea UG ini kembali selepas keputusan 5 mei ini, dia juga yang kembali mengemudi idea- idea gagasan UG.
 
dan jika mustafa ali kembali menerima, sesungguhnya memang pisang yang mustafa ali tanam berbuah dua kali.
 
sekiranya mustafa ali berpatah arang dan mentalqinkan juzuk juzuk UG ini, maka rilisan terbaru ini adalah bukti dan peluang mustafa ali menjernihkan kembali perjuangannya dalam gerakan islam dan PAS.
 
dari segi ini, ternyata rilisan terbaru itu adalah penghapus fitnah UG mustafa ali yang lalu.

ULAMA', CALON ISLAM BERWIBAWA DAN PILIHANRAYA

setiap pru memerlukan modal. selain modal dalam bentuk wang ringgit, perlu juga modal yang berbentuk idea dan gagasan. antaranya:-
 
  1. dengan modal pembangunan,
  2. modal revolusi golongan marhaen,
  3. modal kedaulatan melayu,
  4. bermodalkan aspirasi anak muda,
  5. dan bermodalkan tuntutan tuntuan Agama Islam.
tulisan berikutnya aku fokus kepada perkara no.5, kempen pru13 dengan bermodalkan agama Islam.
 
kunjungan ke pusat tabligh, statement statement dari majlis muktamar ulama, persatuan ulama adalah salah satu jenis strategi yang bermodalkan agama. buat masa inilah. memang sekarang, pada ketika ketika macam sekarang, 'endorsement' dari golongan cerdik pandai agama memang kelihatannya sangat valid. dan aku bersetuju.
 
dulu pun, kalau kita ingat, ada seorang pemimpin dear leader kita kata, siapa yang nak jadi ulama, masuklah dalam persatuan ulama. cuma dear leader kita itu bercakap secara sinikal, bukan harfiah dan lateral.
 
nampaknya, statement dear leader itu tidak kekal menangani ujian zaman, dan golongan ulama terus kukuh dan mendapat perhatian golongan marhaen dan umara'. elok jugalah kalau masharakat kita terus istiqamah dengan SOP 'semua benda mesti dapat 'endorsment ulama' ni. Insha'allah jadilah kelak kita golongan masharakat yang makin celik agama dan mahu mendalami Islam dengan sedalam-dalamnya.
 
jika dipanjangkan isu modal agama ini, aku selalu jugak dengar dakyah yang 'barisan satu lagi tu' selalunya tak akan turunkan calon islam. kalau bukan islam barisan kita ini bertanding, 'barisan satu lagi tu' mesti letak calon bukan Islam jugak.
 
hasil dari tindakan ini akan mengurangkan suara dan wakil Islami dalam Parlimen dan DUN, begitu juga wakil melayu sebab wakil Islami ni selalunya melayu.
 
apa punya banganglah sangat ini hujah.
 
'KALAU BARISAN TU LETAK CALON BUKAN ISLAM KO NAK BISING, YANG KO PUN PEGI LETAK CALON BUKAN ISLAM TU TAK MENGAPALAH YE? KALAU IYA SANGAT, PATUTNYA SIFIR SIAPA TANDING SIAPA MACAM INILAH, BARU BETUL DENGAN DAKYAH TU:-
 
  1. najib razak vs. bukan islam pakatan
  2. nik aziz vs bukan islam barisan
  3. muhyiddin vs. bukan islam pakatan
  4. anwar ibrahim vs. bukan islam barisan
  5. lim kit siang vs. melayu islam dari barisan

bila tarikhnya?

samada kita mudik ke hulu, atau ke hilir, yang rancak dan panas diperkatakan adalah tarikh pru13. pru13, yang digembar gemburkan oleh pemerhati politik domestik dan antarabangsa sebagai yang paling sengit dalam sejarah demokrasi tanah melayu ini.

untuk parti pemerintah ianya lebih berat lagi, sehingga ke tahap 'hidup dan mati'.

ada juga yang sudah mencongak - congak, berapa kerusi yang menang, dan berapa kerusi yang kalah. semuanya mengaku pemenang, jadi, kita tunggu sahajalah siapa yang kalah.

yang pasti, kehidupan sebilangan besar kita tidak akan berubah. selesai hari mengundi, pendapatan kita macam itu jugalah. bagi warga kota kuala lumpur, saban hari jugalah bangun pagi-pagi dan meredah kesesakan trafik menggila, semata mata jangan kedatangan hari itu 'merah' atau lewat.

selesai hari mengundi, installment kereta, insurans dan rumah kita macam itulah juga. harga gula macam itulah juga. harga minyak macam itulah juga (walau dijanjikan dengan harga minyak ron 95 akan turun, aku bukan insan yang mudah tertelan janji manis).

yang pasti, yang terkesan dengan keputusan pru13 nanti, hanyalah sebilangan kecil masharakat yang kita gelar pemimpin masharakat, dan para pelobi.
 
para pelobi ni jangan ceritalah, memang lalang hanyut gemalai di tiup angin kontrek dan projek. tukarlah parti gajah sekalipun, pelobi dan makhluk yang hidup dengan kontrek ni memang ada. pelobi projek cina dan melayu sama sahaja. yang melayu namanya direct nego. yang cina namanya open tender.
 
sedih jugak nak bagitau, kebanyakan FDI-FDI yang tergendala, dan ada juga yang berjaya tapi rakyat kena tanggung mahal ni kebanyakkannya disebabkan anjing anjing belaan pelobi pelobi ini masih tak cukup makan friskies.
 
*FDI: foreign direct investment

sakit gigi

betullah cakap si armand vokalis band indonesia gigi, band ini bersempenakan falsafah kita dengan gigi. gigi kalau tak sakit, memang tak dipedulikan. tapi, kalau sudah sakit berdenyut denyut, aduh...sangatlah siksa menanggungnya.
 
aku pun tak tau apa sakitnya ni. gusi membengkak ke, atau memang ada gigi yang nak kena tampal? atau paling teruk, yang nak kena cabut? aduh...aduh...aduh sakitnya
 
ok, himpunan kebangkitan rakyat berjalan dengan jayanya. tahniah pada polis, peserta dan juga perdana menteri. peserta kena berterima kasih jugak dengan kerajaan, sebab membenarkan perhimpunan aman macam ini. dan kerajaan kena berterima kasih jugak dekat peserta, sebab mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang proses perhimpunan berjalan.
 
sebab kita kena akui, upacara perarakan besar besaran macam ni memang boleh bertukar either way. senang kena provoke dan senang kena tiup khabar angin.
 
apapun, apa yang nak disuarakan dan yang nak di tunjuk, ruang dan peluangnya dah pun dapat.
 
cuma semalam, tiba tiba UUM meniti arus perdana dan kancah politik mainstream sekali lagi. semuanya dek kelaku bawani dan sharifah. entahlah, boleh nilai sendiri mana yang betul, mana yang salah.
 
cuma, kita pun tak tau apa masalah si sharifah ni sebenarnya. jadi, aku harap semua orang boleh maafkan si sharifah ni dan move on dengan hidup kita masing masing. tiap tiap hari kita ada benda yang lebih penting untuk kita hadap, selain dari berita berita sensasi ini.
 
perbicaraan kes bunuh sosilawati pun dah bersambung. bacalah. banyak fakta fakta ngeri dalam laporan akhbar berkaitan perbicaraan tersebut.
 
Al-fatihah untuk arwah sosilawati, pegawai banknya, pemandu dan peguamnya yang turut terbunuh pada hari itu. semoga bertambah ramai manusia yang baik, dan semakin kuranglah manusia jahat di kulit dunia ini.

ISU KALIMAH ALLAH: CONTRADICTING AND EXPLOITED - BY DR. AIRIL SAMETOK

Issue of kalimah Allah. Its not about hukumnya harus atau haram but more on what the issue manifests considering the timing and the condition of our country. Yes harus (boleh) because those in the middle east have been using it for ages but then why the Vatican is not using it hence the European, US? Why suddenly there is a need to use the kalimah by the Christian in Malaysia which don't even make up 10% of the whole population and why the remote practice of the Borneos must be extended to the greater radius to include Semanjung? Ain't other Christians (those not in Borneo) have been doing well just by using God all these while?.

All these questions then in turn, lead to other issues specially sensitivity. Why is it so difficult to keep thing as it is? If one side starts to make claims, other side will start too. But unjustly, when they raise their concerns, the world will celebrate them as the fighter of justice but when we try to defend what is ours (not even raising an issue), we are damned as racist, extremist.

And there is issue of contradiction. Hadi said, the kalimah can be used as long it is not abused? What does he mean by that? A statement like "Allah appears in three forms, father, son and the holy spirit", is this an abuse or not??? And also the issue of hypocrisy on how PAS has always been quick in meng'kafir'kan UMNO for something more trivial than this or justifiable (boleh diijtihadkan) as this.

So do you guys know why (kenapa DAP mainkan isu Kalimah Allah diwaktu PRU13 nak dekat sangat ni sedangkn isu ini tidak penting pun)? Sebabnya, diorang nak buktikan pada pengundi bukan melayu, terutamanya pengundi Cina, yang tiada apa yang perlu dirisaukan dengan PAS yang dilihat sangat extreme kerana DAP mampu meng'control'ny a (i.e PAS memang boleh dicucuk hidung). Usaha ini perlu kerana imej PAS yang ekstreme telah sekian lama menjadi igauan penyokong2 PR bukan melayu. Tetapi ini juga bermaksud:

1) Calculation DAP menunjukkan undian maksimum dari pengundi bukan-melayulah yg akan menentukan kemenangan PR diwaktu undi melayu telah pun stagnant .

2) DAP dah kenal sangat perangai penyokong PAS. Walaupun ramai dari mereka tidak bersetuju secara peribadi tentang isu kalimah ini tapi ketaksuban dn taklid buta mereka terhadap pemimpin PAS akan menyebabkn sokongan terhadap parti seterusnya PR tidak akan terjejas.

In a nutshell, the issue is more than whether the hukum is haram or harus, its about how the Melayu and the Muslims are so stupid, contradicting and exploited. Period.
 

anugerah juara lagu tv3

aku rasa hanya kat malaysia sahaja yang ada pertandingan lagu macam AJL ni. yang lain sangat mesra dengan format grammy awards, waima AIM. tapi, orang orang tanah melayu ni sangat asing dengan format grammys awards ni. nampaknya kita lebih naik hantu dengan format AJL.
 
disebabkan ramai yang menyokong penyanyi dan bukannya lagu, menyebabkan banyak keputusan keputusan AJL kebelakangan ini dipertikaikan. tapi apa boleh buat, yang dinilai lagu, bukan penyanyi. tapi untuk aku, tanpa penyanyi yang baik dan mantap, lagu yang hebat tak kemana jugak.
 
tahun ini, aku harap teman pengganti malique dan black menang. suara black pada aku memang makan dalam dan mengharukan. kekuatan lagu ini pada aku adalah liriknya. sedih sangat lirik teman pengganti ni, macam satu cerita yang sangat sedih.
 
kalau aku, aku membayangkan lirik ni ditulis masa orang ni terlantar diatas deathbed disebabkan sakit yang dah tahap terminal. dalam lirik ni malique ada sebut 'penjara hinggap' yang aku tafsirkan sebagai hospital.
 
aduii..memang sedih lirik teman pengganti ni. dan aku harap lagu ni menang.
 
aku bukan nak menyokong budaya hedonisme ke apa, cuma aku mengharapkan lebih banyak lirik dan alunan lagu yang menggambarkan perasaan yang real yang sangat dalam, macam lagu teman pengganti ni.
 
dan aku nak jugak malique menang, bukan sebab nak mengesahkan bakat dan kebolehan malique, sebab pada aku malique dah tak perlu membuktikan apa apa. kalau dia bersiul tepi longkang pun aku kata dia best jugak.
 
cuma, kalau karyawan semantap malique pun tak dapat deserving spot dalam industri hiburan kita, maka jangan sentap sangatlah kalau bollywood dan k-pop terus-terusan menjajah industri musik tanahair.

selamat hari lahir ke-2 ahmad adel al-kalbaani

yay...syukur alhamdulillah, umur adel hari ini genap 24 bulan a.k.a 2 tahun.
 
genaplah 2 tahun adel menjadi permata hati babah, penghibur duka lara, peniup semangat di kala babah down gila, penghilang segala duka nestapa, menjadi madu, sumber inspirasi dan motivasi babah dan bonda untuk menjadi ibubapa yang matang dan bertanggungjawab.
 
adellah penghilang penat babah tiap tiap hari bila balik kerja. semangat betul babah nak pergi kerja kalau pagi-pagi adel kejut babah macam yang adel buat tiap tiap hari. walaupun penampar adel tu tak sakit sangat sebab tangan adel kecik, tapi kalau dah sepuloh ke tiga puloh penampar memang sakit sikit jugaklah. hahahaha...tapi babah tak kisah.
 
sejuk hati babah bila babah bentang sejadah nak solat, adel dah mula angkat takbir. walaupun masa sujud adel duduk kat tengkuk babah, naik macam kuda, tapi tak apalah. babah berterima kasih sangat pada bonda, atuk, nenek, pakcik pakcik dan makcik makcik adel yang mengasihi dan mendidik adel masa babah merantau cari rezeki dulu.
 
adel jugak kena banyak banyak terima kasih dan taat pada bonda, yang boleh jadi dan buat semuanya untuk adel. banyak dah bonda berkorban untuk adel tau. tak cukup kalau babah nak list kan kat sini.
 
selamat hari lahir ke 2 wahai permata hati babah bonda, Ahmad Adel Al-Kalbaani. Babah sentiasa berdoa agar adel membesar dengan sihat dan bijak, serta sentiasa sedia untuk berbakti untuk babah dan bonda bila adel besar nanti.
 
sesungguhnya adel adalah amanah dan anugerah Allah kepada babah dan bonda, yang mana babah dan bonda akan pikul dan laksanakan dengan sebaik-baiknya.
 
selalu-selalulah bersyukur anakku, sebab Allah sahajalah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pertolongan. Alhamdulillah.
 
-03/01/2013-

2013

selamat datang 2013. selamat tinggal 2012.

seriously aku harap aku lebih kaya dan makin murah rezeki dari tahun lepas. aku nak tak banyak, asal lepas duit bayar tol ulang alik pergi kerja sudah. aku tak nak banyak banyak macam sebahagian besar pelobi-pelobi dan fixer fixer politician, yang tak puas dengan hanya memandu BMW X5.

dan aku harap aku dimurahkan rezeki sampai wife aku boleh jadi surirumah sepenuh masa. boleh dia luangkan masa mendidik dan mengasihi anak aku. sekarang ni hantar nurseri pun ok, cuma aku kesian sangat kat anak aku tu, hanya dapat bermesra dengan babah dan bondanya lepas office hour.

dan, kalau ada rezeki lebih, Allah makbulkanlah doa dan usaha aku nak beli rumah sendiri tahun ni. memang nak beli rumah kat kl ni payah, harga mengalahkan nak beli kapal angkasa. seriously aku tak faham apasal rumah mahal sangat. tapi, kalau pemaju sungguh sungguh sangat buat rumah kos sederhana 300k-700k, manalah pendapatan macam aku ni mampu nak beli rumah tu.

diorang ni tak faham ke, kalau BR1M tu dah diberi untuk pendapatan bawah RM 3,000, maknanya golongan yang sama takkan mampu lah nak beli rumah kos sederhana yang diorang buat tu. terutamanya sime darby. apahal rumah baru harga bukak sampai 700k?

aku tak mintak rumah besar sampai 2,000 sqft atau semewah one menerung bangsar tu, cuma cukup selesa untuk aku tidur dan beristirehat sudah. rumah yang mampu, kebanyakannya jauh dari tempat kerja. bila jauh dari tempat kerja, bayar tol pun lebih. bayar minyak pun lebih. sudahnya, increment untuk performance 2012 habis buat bayar bajet petrol dengan tol 2013.

wal hasil, balik asal dan aku masih lagi down dengan idea perubahan.

yang aku tau, bajet poket aku berubah jadi kecik tahun demi tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...