setiap pru memerlukan modal. selain modal dalam bentuk wang ringgit, perlu juga modal yang berbentuk idea dan gagasan. antaranya:-
- dengan modal pembangunan,
- modal revolusi golongan marhaen,
- modal kedaulatan melayu,
- bermodalkan aspirasi anak muda,
- dan bermodalkan tuntutan tuntuan Agama Islam.
tulisan berikutnya aku fokus kepada perkara no.5, kempen pru13 dengan bermodalkan agama Islam.
kunjungan ke pusat tabligh, statement statement dari majlis muktamar ulama, persatuan ulama adalah salah satu jenis strategi yang bermodalkan agama. buat masa inilah. memang sekarang, pada ketika ketika macam sekarang, 'endorsement' dari golongan cerdik pandai agama memang kelihatannya sangat valid. dan aku bersetuju.
dulu pun, kalau kita ingat, ada seorang pemimpin dear leader kita kata, siapa yang nak jadi ulama, masuklah dalam persatuan ulama. cuma dear leader kita itu bercakap secara sinikal, bukan harfiah dan lateral.
nampaknya, statement dear leader itu tidak kekal menangani ujian zaman, dan golongan ulama terus kukuh dan mendapat perhatian golongan marhaen dan umara'. elok jugalah kalau masharakat kita terus istiqamah dengan SOP 'semua benda mesti dapat 'endorsment ulama' ni. Insha'allah jadilah kelak kita golongan masharakat yang makin celik agama dan mahu mendalami Islam dengan sedalam-dalamnya.
jika dipanjangkan isu modal agama ini, aku selalu jugak dengar dakyah yang 'barisan satu lagi tu' selalunya tak akan turunkan calon islam. kalau bukan islam barisan kita ini bertanding, 'barisan satu lagi tu' mesti letak calon bukan Islam jugak.
hasil dari tindakan ini akan mengurangkan suara dan wakil Islami dalam Parlimen dan DUN, begitu juga wakil melayu sebab wakil Islami ni selalunya melayu.
apa punya banganglah sangat ini hujah.
'KALAU BARISAN TU LETAK CALON BUKAN ISLAM KO NAK BISING, YANG KO PUN PEGI LETAK CALON BUKAN ISLAM TU TAK MENGAPALAH YE? KALAU IYA SANGAT, PATUTNYA SIFIR SIAPA TANDING SIAPA MACAM INILAH, BARU BETUL DENGAN DAKYAH TU:-
- najib razak vs. bukan islam pakatan
- nik aziz vs bukan islam barisan
- muhyiddin vs. bukan islam pakatan
- anwar ibrahim vs. bukan islam barisan
- lim kit siang vs. melayu islam dari barisan
No comments:
Post a Comment