seminggu yang lalu, aku dipanggil untuk join 'outside' meeting dengan biggest customer kompeni yang aku kerja ni. kuwaiti foods company. kuwaiti foods company ni besar tak besar, adalah penama dan frachisor utama untuk rangkaian jenama americana, ayam kentaki, pondok pizza (hut) dan thank god it is friday (tgi le tu) untuk seluruh negara-negra GCC (gulf co-operation council). jenama americana itu sahaja dah ada 1,800 brand name yang strongly survive dalam GCC market. mungkin banyak lagi business line kompeni ni, tapi yang aku terlibat secara langsung, itu sahajalah.
ini direct marketing meeting ketiga untuk aku, selepas meeting dengan pepsi co. dan cargill brasil LLC tempohari. meeting pepsi dulu aku ketar lutut jugaklah sikit, tapi anak jantan apa ada takut, apa yang kena kadap, kadap le, ye tak? lepas tu, dengan ilmu dan kekuatan yang Allah izinkan, Alhamdulillah...next meeting dengan cargill brasil tu lancar je aku menggoreng apa yang patut, heh..so, sebelom meeting yang ketiga ni aku juga berharap akan dapat aku tangani dengan tenang gitu...
ok, serba ringkas, masalah utama yang menyebabkan kena ada meeting ini adalah disebabkan wujudnya doubt & trust crisis diantara supplier dengan buyer. dalam hal spesifiknya, sales team aku sekaranglah yang jadi punca dan jadi bahan. namun ianya bukanlah disengajakan.
semuanya bermula dengan disebabkan officer yang bertanggungjawab bernama Assad yang sudah berkhidmat selama 5 tahun lebih, telah menghantar surat notis resign 30 hari tanpa alasan kukuh. aku syak dia dapat better offer. yang pelik, assad yang berasal dari pakistan (kashmeer) ini baru sahaja berkahwin, dan dia hantar surat resign ketika dia masih lagi dalam cuti honeymoon. pelik jugak kalau baru kawin ni terus berhenti kerja. sebab itu aku syak dia dapat better offer. tapi entahlah, assad pun kawan biasa-biasa jer dengan aku, sebab kebanyakkan masa dia bekerja sibuk je memanjang.
jadi, untuk mengisi job Assad ini, diamanahkan pulak pada seorang officer yang tidak kurang cekap, Majad Saed (India). Majad ni pendiam, tangkas dan reliable. Majad juga mempunyai people skill yang mantap dan sangat organize, dan salah seorang sahabat baik aku kat sini. selalu tanya khabar aku dan family dan tiap-tiap pagi berkelapangan minum teh dan breakfast dengan aku. tapi, tanpa disangka-sangka Majad bagitau aku dia pun nak blah. dan sebabnya dia tak bagitau dan bagi aku kekal misteri sampai hari ini. ada rumers kata dia taknak beban kerja lebih, sebab walaupun dia ambil tugas assad, dia kena maintain kerja dia sekarang jaga market africa. dan untuk seorang indian yang bukan gujerat untuk handle trade & market africa memanglah sedikit sukar. dan, aku pun kadang-kadang nampak majad struggle dengan marketing task dia yang kalau aku nak hurai, makan minggu jugak ni...
ringkas cerita sebelum aku upload entri baru, human capital shortage yang tiba-tiba melanda department aku ini menyebabkan urusan trade biasa dengan kuwaiti foods dah tak jalan lurus, sebaliknya jalan lurus dah jadi berbonggol-bonggol. di saat dan ketika inilah wujudnya doubt & crisis yang sangat-sangat merisaukan kuwaiti foods. kuwaiti foods rasa dah takde credible officer secekap Assad di department aku untuk response dan take care business diorang. dan untuk saiz busness ratus-ratus juta sebulan yang maintain macam ni, memang patut pun diorang rasa macam tu.
dan department aku pun tak ada cara lain, selain organise satu meeting dan bersetuju menghantar satu assemble team macam 'the avengers' yang bertindak sebagai 'response team' untuk menangani doubt & trust crisis yang telah wujud.
dan aku tiba-tiba diserap terus untuk join assemble team ni, walaupun aku pada mulanya ragu-ragu adakah aku ini seorang calon yang tepat? dan bagaimanakah aku & the team nak handle Mr. Zulfikar Jewahi, bos kuwaiti foods yang terkenal dikalangan peniaga-peniaga di sini sebagai egyptian yang suka disanjung-sanjung macam firaun dan seorang egois kental?
(setakat itu dulu, nanti aku upload lain.)
p/s: nama watak aku tukar atas sebab-sebab tertentu, tapi maksud dan actual event memang berlaku.
No comments:
Post a Comment