dupavisitometer
MINGGU-MINGGU YANG MENYENANGKAN
Minggu ini, dan minggu depan, adalah minggu yang menyenangkan, lagi membahagiakan. Yang beribu,berbapa, berkeluarga, inilah mingu-minggunya. Mana yang dirindukan, mana yang didambakan, semuanya akan kembali dan menyeri. Dengan Keizinan-Nya.
Bagi anak rantau, kembalinya ke kampung halamannya kali ini, tidakkan sama dengan kembalinya yang selalu. Kali ini lain, kembalinya kini ada kemaafan dihujungnya.
Namun, merindukan orang yang pasti tidakkan kembali, yang telah kembali ke-sisi Ya-Rabbi yang Maha Mengetahui letak duduk hamba-Nya...adalah yang paling sukar untuk digambarkan dengan rasa dan tidakkan dapat dilukis dengan kata-kata.
Dan demi kasih rindu dan dendam...
Allahyarham Hj.Mohd Desa B. Ngah Isa
Allahyarham Muhd. Zulhelmi B. Zainuddin
Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin Bt. Jazimin
(Manakan aku dapat membayangkan kezaliman keatasmu)
Al-Fatihah...
PELAYARAN
Laut luas misterius. Laut-laut sepanjang perairan pantai timur, timur sabah lagi misteri. Disana, ada laut luas, open sea.
Ombak menghempas, begitulah iramanya berjuta-juta tahun dulu, sejak laut tercipta yang entah bila, kita pun tiada tahu.
Dengan laut kita kenal Adidas, kita kenal minyak petrol, naik haji, terjajah dan merdeka kembali.
Laut ini misteri, disebabkan kemisteriannya itulah, laut sering di"metafora"kan dengan perkara-perkara hiperbola, kedalaman cinta contohnya.
Dan demi laut, aku abadikan potretnya.
Ombak menghempas, begitulah iramanya berjuta-juta tahun dulu, sejak laut tercipta yang entah bila, kita pun tiada tahu.
Dengan laut kita kenal Adidas, kita kenal minyak petrol, naik haji, terjajah dan merdeka kembali.
Laut ini misteri, disebabkan kemisteriannya itulah, laut sering di"metafora"kan dengan perkara-perkara hiperbola, kedalaman cinta contohnya.
Dan demi laut, aku abadikan potretnya.
HIKAYAT CAKERAWALA PURBAKALA
Kesultanan melayu, dengan sejarahnya yang panjang adalah warisan poltik-sosio kita mana yang mengaku Melayu.
Kesultanan dan pensultanan adalah cara hidup. Didalamnya ada kata pemutus. Perintah dan tindak. Kalau dalam gelung budaya, ia tertinggi sekali letaknya kerana Kesultanan pada waktu itu adalah pusat pemikiran dan informasi rakyat.
Semuanya terletak diatas batu jemala patik, ampun, beribu-ribu ampun Tuanku.
Dalam sejarahnya yang panjang, sejarah kesultanan Melayu ini ia telah menyaksikan semuanya, untuk kita ambil iktibar, ambil peduli dan ambil tahu.
kegemilangan, pembunuhan, perang, perbalahan, pilih bulu, favortisme, konspiran, dugaan, kekalahan, dugaan, dengki, perebutan kuasa, rasuah seks, dendam, iri hati, keraian, kebaikan hati, pesta, majlis ilmu, ilmu kebatinan, ilmu hitam, kekejaman, dan semua-muanyalah yang pernah terfikir dek pikiran kita.
Cuma, untuk kesan-akibat perbuatan yang lalu itu, kita masih juga mengulang kesilapan yang sama, entahlah kenapa? Mungkin sebab kita ini manusia lupa ataupun kita hanya menganggap sejarah itu sesuatu yang mati dan sejuk, yang tiada apa-apa padanya dan tiada untung pula kepada kita.
DAMIAN ANAK LEBAI YUSOFF

Sesiapa yang pernah menonton filem ABANG (1980-Rahim Razali), pasti kenal dengan watak Damian Lebai Yusoff. Damian adalah rakan sepermainan Fuad(Rahim Razali), yang kembali berdamping dan berkhidmat untuk Fuad sekembalinya Fuad ke Tanahair.Untuk apa? Damian bergandingan dengan Fuad, untuk menyelesaikan masalah-masalah lalu keluarga Fuad, dan cukup berahsia pula dengan mereka demi menjayakan master-plan Fuad.
Ketika Fuad menyelesaikan masalah Farid(Ahmad Tarmimi Sariegar), Damian ada disisinya, mendepaninya bersama.
Ketika Fuad menyelesaikan masalah dengan Faizal(Ahmad Yatim), Damian juga ada memasang telinga.
Ketika Fuad hampir menjayakan master-plannya, Damian ada juga disisi.
Bagaimana watak Damian ini diwujudkan dan diolah? memang rahsia pembuat filem-filem lama.
Dan barangkali ada benarnya, apabila kita menguruskan hal-hal keluarga yang rumit-rumit, ada eloknya kita bawakan orang luar yang kita percayai dan hormati sebab orang luar agaknya jelas dengan apa yang kita kabur.
BINATANG BABI BUAS
Takziah kepada keluarga arwah adik Nurin Jazlin. Semoga dengan Limpah dan kurnia yang Maha Esa, Adik Nurin Jazlin akan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang dirahmati.
Namun, majoriti rakyat negara ini, pasti merasakan marah dan emosional dengan apa yang telah dilakukan keatas arwah. Mengapa begitu kejam? Mengapa begitu sadis? Kalau pesalah ini mental, masalah mental apa yang teruk sangat, sampai tergamak jadi penzalim?
Benarlah, ini bukan manusia, tapi binatang babi buas!!!
HILMI DAN SEBUAH INTERMESO
Konserto Terakhir - Abdullah Hussain - bagaimana kisahnya?
Bagi sesiapa yang pernah dekat dengan kisah Hilmi dan konsert terakhirnya (dia tidak sempat jadi maestronya) pasti merasa pilu dengan liku-liku hidup Hilmi. Mula dengan tukang kebun, lari, belajar muzik, berguru muzik, akhirnya jadi meastro orkestra.
Konserto terakhirnya juga membuatkan kita mahu Hilmi dengan orang ini, mahu dia buat itu, buat ini, memangdangkan penderitaan yang pernah dialaminya. Tapi, babak akhir merobah semuanya. Buat hati jadi sejuk.
Darjat dan tidak putus asa,
MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK
Marhaban Ya-Ramadhan!
Marhaban Ya-Ramadhan!
Marhaban Ya-Ramadhan!
Waktu untuk berpuasa dan beribadah tiba sudah...
ERTI MERDEKA
Mana yang dulu? perayaan sebelum atau perayaan selepas. Fiesta merdeka ke 50, bila keraiannya? 30 hari sebelum 31 ogos atau 30 selepas 31 ogos? Aidilfitri mudah dijangka keraiannya, 30 hari selepas 1 syawal.
Samalah juga halnya, bila ditanya apakah yang paling penting, Merdeka..atau mengisi Merdeka?
Kata orang, mengisi dan mempertahankannya lebih susah dan mencabar. Jika begitu, apakah usaha menuntut merdeka itu lebih mudah? Apakah generasi yang mengisi merdeka lebih berani mati sebagaimana generasi datuk neneknya dulu? jika itu juga mencabar, maka apa gunanya membanding keduanya?
Program mencari Anak Gemilang Malaysia Astro adalah contoh nyata perbandingan yang tidak berguna ini. MAnakan kita boleh mengukur jasa orang. Jangan jadi bodoh, nak ukur dengan apa?
Subscribe to:
Posts (Atom)