- Satu-satunya perkara yang kita boleh bersetuju dengan apa yang berlaku di Perak adalah ianya satu kekecohan yang menuntut begitu banyak masa, tenaga dan buah fikiran untuk satu tujuan, iaitu tujuan yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Biarlah di pihak mana pun kita, dan apapun perspektif kita terhadapnya, percayalah, ianya satu yang sia-sia.
- Begitu banyak persoalan, jawapan, debat dan bahas yang dilakukan oleh mana-mana stesen tv, seminar, majlis penerangan, ceramah-ceramah semi -politik hanyalah untuk tujuan yang sia-sia. kesungguhan dan ketajaman daya fikir panelist-panelist juga adalah untuk sesuatu yang sia-sia.
dupavisitometer
Pergolakan Politik Yang Banyak Membuang Masa, Tenaga Dan Buah Fikiran
Kalau Mencari Tempat Mandi Dan Kalau Mencari Pemimpin Sejati
Kalau mencari tempat mandi
pertama teluk, kedua pantai
Kalau mencari pemimpin sejati
Pertama elok, kedua pandai
- Di atas itu satu pantun lama, panduan orang Melayu terdahulu kepada generasi akan datang. Berdasarkan isi dan susunan pantan itu, terbukti sudah masalah mencari pemimpin ini memang menjadi satu masalah yang besar kepada orang Melayu. Maka, orang-orang Melayu lama, (mungkin zaman kesultanan Melaka) sepakat untuk meninggalkan pesan kepada anak-cucu mereka dimasa depan, faktor-faktor utama yang diperlukan untuk memilih pemimpin secara amnya agar dapat melindung dan menyelamatkan agama, harta benda, tanah-tanah dan maruah orang Melayu.
- Elok itu, pastilah elok serba serbi. Namun, bagi aku, pemimpin itu tak perlulah pandai serba-serbi. Kalau pandai serba-serbi pun tak jadi apa, kalau buduh serba-serbi pun tak jadi apa. Yang penting, elok serba-serbi. Fikirannya elok, Perasaan dan belasnya elok, jiwanya besar, mendahulukan orang lain dari anak-beranak sendiri (dalam hal-hal meluluskan kontraklah.)
- Bagi yang bergelut di Perak itu, ada baiknya dikenang-kenang pantun di atas. Kalau dikenang-kenang, lama-lama muncul juga rasa bersalah kamu itu. Muncul juga rasa haram-jadah kamu itu. Lama-lama, muncul juga rasa ralat yang teramat sangat.
- Cukup-cukuplah mendera dan memperbuduhkan orang melayu. kelangsungan politik bukan lagi terletak ditangan ibu-bapa, tetapi terletak ditangan anak-anak mereka. Adakah kamu tengok statistik pecahan umur rakyat Malaysia yang baru? Bagian umur 21-40 tahun adalah yang terbesar sekali. Bagian ini ada pusingannya, dan tetaplah pusingan itu begitu. Dalam setiap 50 tahun, sekali datang pusingannya. Kamu perlu fikir balik, dalam tempoh 10 tahun belakang ini, kamu itu silapnya dimana. Bukannya mencari silap orang itu dimana.
- Cara mehnah berpolitik kamu ini sekarang amat berbahaya kepada diri kamu sendiri.
- Kembalilah kepada yang haq. Yang batil dan Haq itu terpisah dengan garisan kebenaran yang jelas. Disebabkan itulah ianya tidak tercampur. Jika tercampur sekalipun, yang batil pasti musnah. Aku takut kamu sendiri terlupa dan jauh dari sedar bahawasanya yang kamu itu adalah di pihak yang batil.
- Tinggalkanlah yang batil, kembalikanlah yang Haq.
Kong-Kali-Kong: Mengapa Perlu Dipanjangkan Kacau Celaru Ini Tuan?
- Wahai tuan yang budiman, apa perlu kita membuat kacau celaru sampai sebegini rupa? Banyak sangatkah tanah-tanah, projek-projek, tender-tender, komisen-komisen yang hendak direbut-rebut? Atau adakah kerana pentingnya maruah kepartian dari maruah perjuangan? Atau, kekuasaan dan keupayaan memerintah itu, memerintah ini, memang melampau manisnya, sampai berduka setiap ketika jika terlepaskannya?
- Wahai tuan-tuan yang budiman, yang dipilih, dipilih sudah. Yang belot, sudah pun membelot. Yang huru-hara, sudah pun huru hara. Yang diputuskan mahkamah, sudah tertulis sudah. Yang menyondol merayu itu buat apa? Mengapa cuba mengeruh dihulu sedang dihilir sudah mula menjernih? Kalau setakat mengukuhkan kuasa itu, tidak mengapa, tetapi jangan sampai melupakan hakikat.
- Haram tidak bercampur dengan halal. Kalau kepalanya haram, ekor halal, dikira haram seluruhnya. Kepala halal, ekor haram, dikira haram seluruhnya. Semalam dah tentu haram, hari ini halal, tetap dikira haram. Semudah itu, walaupun di'halal'kan oleh sumpah.
- Perlembagaan kata apa? MB asal yang sah. Istana kata apa? Istana kata MB baru yang sah. Rakyat kata apa? Kalau diikut keputusan PRU 12, rakyat kata MB asal yang sah. Nampak tak kat mana yang tak kena untuk krisis politik sekarang? Ya, tiadanya kata putus oleh rakyat. Oleh itu, jangan bertangguh lagi siapa yang bergelar jantan, sahutlah seruan rakyat, sebab rakyat memang sudah lama menunggu-nunggu hingga khabarnya sudah ada yang siang-malam mengigau nak memangkah.
- Jangan bertangguh-tangguh!
Nizar Dan Zambry: Sepatutnya Ada Lagu Khas Untuk Mereka Ini.
- Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.
- Ini yang dikatakan yang dikendong berciciran (ya, tercicir) dan yang dikejar tak dapat. Dan inilah juga yang dikatakan cencaru makan petang. Bila semuanya nampak sudah tinggal nak membasuh tangan, datang lagi satu hidangan yang tidak kurang enak dari sebelumnya. Mungkin tambah manis. Jadi dingatkan, jangan makan banyak sangat, nanti jadi gumuk dan terpaksa masuk 'The Biggest Loser', gila rancangan ni, dari segumuk-gumuk manusia jadi sekurus-kurus manusia.
- Sayembara politik Zambry-Nizar ini baiknya bila dilagu dan dipuisikan, selayakknya sayembara agung dunia yang lain. Siapa yang disisi gelap, dan siapa disisi putih, biarlah pendengar yang menilainya. kedua-duanya bukan strategis ulung, dan kedua-duanya pun bukan politikus ulung. Dalam papan catur, mereka ini hanya kuda yang boleh diperkudakan. tetapi, persoalannya oleh siapa?
- Kini, Perak pasti bergolak semula. Strategi pasti disusun. Naga Chini sudah terbangun tidur. Harimau Malaya sudah tercedera. Gajah berjuang sesama sendiri, pelanduk juga ditangkap ISA. Mohon perlindungan agar Negeriku dijauhkan musibah. Mohon perlindungan kemurnian akal dan kelembutan tatasusila masih mengakar dalam diri mereka.
- Sekarang, siapa tertindas, siapa menindas?
Cahaya Berbisik: Watak Susan Yang Keliru Lagi Mengelirukan.
- Hiburan. Ya, hiburan. Mari kita bercerita pasal hiburan. Sebelum itu, janganlah kita fikirkan kedalam sangat. Cukup sekadar dari segi Audio(dengar) dan visual(Lihat). Bi makna, layar perak dan bunyi-bunyian. Syaitan kata, pabila aku yang laknat ini diusir dari shorga, ketika aku turun ke bumi dan berjalan-jalan dalam kesepian, maka aku bersiul-siul untuk menghiburkan hati. Maka, sesiapa yang besiul-siul itu selamanya mempunyai tempat yang istimewa dihatiku. Mohon perlindunganlah kita.
- Janganlah kita melihat industri orang, cukup sekadar kita melihat industri hiburan kita sahaja. Sebab, industri hiburan orang lain, semuanya agama kristian dan kafirun, yang terpengaruh dengan syaitan yang sudah pasti menyesatkan kita walau apapun caranya, tak gitu?. Kalau yang islam pun, tema, jalan cerita, dan persoalan akidahnya tidak serupa kita. Kita lagi kacau dan rusuh. persis tidak beragama layaknya.
- Contohnya, dalam cerekarama TV3, dua minggu sudah 'cahaya berbisik'(Klik sini). Murni jalan ceritanya. Cuma masalahnya yang amat menggangu aku ialah watak susan. Watak Susan ini seorang kafir yang terbuka hatinya untuk menerima Islam. bagus, tiada cacat-cela. Cuma, watak Susan ini, dilakonkan oleh Julia Ziegler (baru-baru ini Julia kata dia nak bercuti luar negara), yang memang dah Islam.
- Apa ni? Boleh ke seorang Islam berlakon jadi bukan Islam kemudian berlakon masuk Islam balik? Maaf, bab ini aku keliru. Cahaya berbisik ini jalan ceritanya ada persoalan akidah. Dan dalam konteks cerita, simpati kepada watak Susan memang didatangkan selepas watak itu memeluk Islam, kerana sejak mula peluk Islam, dia digambarkan sering dirundung malang. Ini pun satu, kenapa dalam cerita Drama TV sekarang selalu sangat bila peluk Islam saja, ha..siap, malang la hidup engkau nanti. Apa mesej yang hendak diketengahkan ni?
- Aku taklah pandai sangat dalam bab hukum-hakam, tapi aku rasa aku boleh kesan mana yang semacam nak sesat. kalau tak pasti, nanti aku double-check la ngan kawan-kawan tok syeikh aku nanti. Tetapi, yang pasti, dalam Islam tiada pemisahan hal personal dengan hal professional. Raqib dan Atid tak pernah diperentahkan oleh Allah S.W.T catat yang personal sahaja, tinggalkan yang professional. Semuanya dicatat dan semuanya dihisab oleh yang Maha Arif dan Yang maha Adil waima sebesar zarah sekalipun.
- Aku tulis sebab aku benar-benar terganggu dengan perkara-perkara sebegini. Dan ini tidak juga menjadikan aku lebih baik dari kamu yang membaca. Cuma nak bawa isu, sama-sama kita fikir. kalau kamu terdetik, betul juga apa yang aku tulis ni, ha..makanya ada yang tak betul dengan cerita 'Cahaya berbisik'.
- Wallhua'lam Bis-sawab.
Speaker: Bagi Sebuah Konsert, Ianya Amat 'Crucial'
- Speaker, untuk sebuah pertunjukan konsert, amatlah 'crucial'. Makna 'crucial' disini adalah amat penting. lagi penting dari penting. semua keindahan dan magik persembahan dan bunyi-bunyian jadi bisu. ianya juga adalah strategik. ketiadaan speaker adalah kesalahan yang 'vital'. Apakah bentuk kesalahan 'vital' ini? ianya digambarkan dalam pepatah-pepitih inggeris yang berbunyi 'One punch under the belt' atau dalam terjemahannya satu pukulan maut ke kote.
- Dalam kerajaan Raja Berpelembagaan seperti negara kita yang bertuah ini, yang paling tinggi adalah perlembagaan, sebab perlembagaan itu hitam di atas putih dan putih di atas hitam. Berdokumen dan di dokumentasikan. Kemudiannya Raja yang masih juga termaktub kepada perlembagaan. Di bawah Raja ada tiga badan, iaitu eksekutif pentadbiran (Perdana Menteri), Eksekutif Kehakiman (Hakim Negara) dan Eksekutif Perundangan (Dewan Rakyat). Ketiga-tiga Eksekutif ini adalah seperation of power yang diamalkan.
- Jadi, siapakah Eksekutif Perundangan ini? Pastilah dia orang yang kita gelarkan 'Speaker'. Dengan arahan speaker dewan, perdana menteri pun boleh kena gantung tugas kalau tidak kena gaya dan melanggar undang-undang dewan.Sama juga kaedah di dalam konsert tadi, tiada Speaker, tiada 'berbunyilah' dewan rakyat itu.
- Disebabkan speaker ini adalah berdasarkan semangat 'seperation of power', siapakah yang boleh menggugah kedudukannya dari kerusi speaker? untuk jadi masalah lebih berat, speaker ini dilantik oleh kerajaan yang punya kuasa majoriti, jika sesebuah kerajaan itu sudah hilang majoriti bagaimanakah kaedahnya untuk melucutkan speaker yang sedia ada jika tiada pemilihan semula?
- Disinilah terletaknya kuasa seorang raja, agaknya. Dengan peruntukan-peruntukan khas yang dikhaskan kepadanya.
- Untuk menyelesaikan kemelut speaker pakatan dan Speaker kerajaan ini, satu sessi penerangan perlu dilakukan. Jika tidak, Rakyat terbanyak, yang bisu, yang pekak, yang jumud, yang PAS, yang UMNO, Yang MIC, yang makkal Skahti, Yang MCA dan yang DAP akan terus keliru dan resah dengan apa yang mereka sendiri tidak faham dan tahu awal-punca.
- Ini perlu dijelaskan secara telus oleh pemerintah, pakar-pakar perundangan, tokoh sejarawan dan tokoh peradaban dan budaya negara secara telus dan tidak berat-sebelah untuk mewujudkan masyarakat yang sihat berpolitik, sihat berhujah dan progresif, yang aku kira penting untuk mewujudkan satu Malaysia. (Kebangsaan Malaysia itu perlu satu, kontrak sosial dalam perlembagaan itu pun perlu dijaga kelangsungannya. Yang melayu itu jatuh nomber dua, yang penting kedudukan agama Islam.
Kecoh Benar
- Kecoh benar bila diumumkan kabinet baru. Sampai ugut keluar barisan. kecoh dengan 1 Malaysia, satu konsep yang barangkali paling tidak dipersetujui oleh pahlawan terbilang melayu moden, Dato' Onn Jaafar. Konsep yang diperkenalka itu juga barangkali membawa mesej yang agak keras akan tahap kejituan masyarakat Malaysia. jangan sentuh lebih-lebih, ini isu sensitif kata Raheem Ma'arof.
- Kecoh benar bila dewan DUN mula nak bersidang. Ada yang kena dengar prosiding mahkamah dulu baru boleh bersidang. Kena betul-betul sah siapa yang lebih tinggi, speaker dewan ke ahli dewan. Ada yang boikot sidang, minta buat undi tak percaya. Kan dah cakap dulu, memang ada kaedah undi tak percaya ni bila nak menyingkirkan ketua kerajaan. Habis, yang dulu dok menggelabah tutup lobi dan gaduh-gaduh dulu apa cerita?
- Kecah benar bila nak hadhir (ke tak nak hadhir) sidang DUN kena ugut bunuh. Ish, geli la dengar, apa sangatlah dengan ugutan bunuh tu. Satu kem nak berbunuh-bunuh. Di tanah Melayu ini ada undang-undang dan Kamu sentiasa akan dilindungi polis, ini negara yang aman makmur. Bukan Palestine, bukan Iraq, jadi jangan cuba buat persepsi yang huru-hara amat mudah dinyalakan di tanah merdeka ni. Rata-rata penduduk tanah bertuah ini Orangnya baik-baik, yang menolak kezaliman dan panjang akalnya.
- Kecoh benar bila lepas satu pilihanraya kecil, datang lagi satu. Dimana tu? Di Penanti, penang. Lama-lama kita semua ini tidak ada kerja lain. menadah telinga mendengar kata-kata munafik dan fitnah sepanjang berkempen. parti mana tu? parti yang jarang berdoa dan yang tak pernah berdoa langsung. Yang berdoa aku rasa jalannya lurus dan tidak bersimpang-siur. Sedang kita sepatutnya sibuk mengukuh atau menjaga ekonomi kita sebaik mungkin, ada pula ruang untuk menyuburkan rasuah politik. Apa khabar KJ, sudah menanti di Penantikah dia?
Komoditi Getah: Sinar Cahaya Untuk Penoreh getah Di Kg. Rambai 7
18:03 14Apr09 RTRS-Malaysia says plans to boost rubber productivity
KUALA LUMPUR, April 14 (Reuters) - Malaysia plans to boost the rubber productivity by 28.5 percent to 1.8 tonnes per hectare from the current 1.4 tonnes per hectare, the country's new plantations and commodities minister said on Tuesday.
Malaysia's plans came after data on Monday forecast that global natural rubber output is set fall by 2.2 percent in 2009, its biggest drop in 16 years, to 8.9 million tonnes, according to the Association of Natural Rubber Producing Countries
"With the limited acreage, we want to see whether we can boost production capacity so that the 1.24 million hectares of planted land can produce more than what it is at the moment," state news agency Bernama quoted Bernard Dompok as saying. Dompok did not give a timeframe or say how the productivity would be achieved in Malaysia, which is the third largest rubber producer in the world after Thailand and Indonesia.
Malaysia's output is forecast at 1.023 million tonnes this year, down from 1.072 million tonnes last year.
Thailand, Indonesia and Malaysia agreed in December to take 915,000 tonnes of rubber out of the market in 2009, or a sixth of their 2007 combined exports of 5.5 million tonnes to support prices as a global economic downturn cut demand for tyres.
- Ini mungkin khabar yang terbaik untuk industri getah Malaysia, sekaligus para penoreh-penoreh getah tanahair. kekurangan stok semasa akan melonjakkan harga getah, mungkin sampai ke paras Rm4, seperti yang dinikmati untuk tempoh 2007-2008.
- Antara faktor-faktor kenaikan yang boleh difikirkan antaranya, getah asli sebagai barang pengganti yang jauh lebih murah dari getah sintetik untuk industri permotoran, terutamnya bahan mentah tayar.
- krisis ekonomi global dan pengecutan kemudahan kredit global, yang memberikan kesan dan tekanan kepada gergasi permotoran dunia seperti Toyota dan Honda, untuk mengurangkan kos dan meningkatkan tahap effisiensi masing-masing. pasaran komoditi getah tertumpu di tokyo, Jepun.
- mengambil laporan diatas, kini berlakunya kesusutan stok getah asli yang terendah dalam tempoh 16 tahun, iaitu 8.9 juta tan. pengeluar utama getah semasa mengikut turutan adalah sThailand, Indonesia dan Malaysia.
- Untuk membolehkan kenaikan ini dirasai oleh rakyat bawahan yang pagi-pagi keluar menoreh untuk mendapatkan susu yang banyak, maka jaringan pemborong-peraih mesti dikurangkan. Mungkin Felcra, Risda sudah boleh memikirkan cara yang terbaik.
- kepada mat-mat fit yang suka ambil jalan mudah curi getah buku orang lain, bawa-bawalah bertaubat. Yang kamu ambil itu titik peluh orang yang mencari rezeki halal dan sedarlilah mereka kalau sudah namanya penoreh, bukanlah orang yang kaya. Mereka juga kais pagi makan pagi, kais petang makan malam belum tentu.
- Secara perbandingan per hektar, komoditi getah adalah menguntungkan berbanding kelapa sawit. getah Rm 1,500 per hektar, sawit RM 800 per hektar.
Subscribe to:
Posts (Atom)