dupavisitometer

Cahaya Berbisik: Watak Susan Yang Keliru Lagi Mengelirukan.

  1. Hiburan. Ya, hiburan. Mari kita bercerita pasal hiburan. Sebelum itu, janganlah kita fikirkan kedalam sangat. Cukup sekadar dari segi Audio(dengar) dan visual(Lihat). Bi makna, layar perak dan bunyi-bunyian. Syaitan kata, pabila aku yang laknat ini diusir dari shorga, ketika aku turun ke bumi dan berjalan-jalan dalam kesepian, maka aku bersiul-siul untuk menghiburkan hati. Maka, sesiapa yang besiul-siul itu selamanya mempunyai tempat yang istimewa dihatiku. Mohon perlindunganlah kita.
  2. Janganlah kita melihat industri orang, cukup sekadar kita melihat industri hiburan kita sahaja. Sebab, industri hiburan orang lain, semuanya agama kristian dan kafirun, yang terpengaruh dengan syaitan yang sudah pasti menyesatkan kita walau apapun caranya, tak gitu?. Kalau yang islam pun, tema, jalan cerita, dan persoalan akidahnya tidak serupa kita. Kita lagi kacau dan rusuh. persis tidak beragama layaknya.
  3. Contohnya, dalam cerekarama TV3, dua minggu sudah 'cahaya berbisik'(Klik sini). Murni jalan ceritanya. Cuma masalahnya yang amat menggangu aku ialah watak susan. Watak Susan ini seorang kafir yang terbuka hatinya untuk menerima Islam. bagus, tiada cacat-cela. Cuma, watak Susan ini, dilakonkan oleh Julia Ziegler (baru-baru ini Julia kata dia nak bercuti luar negara), yang memang dah Islam.
  4. Apa ni? Boleh ke seorang Islam berlakon jadi bukan Islam kemudian berlakon masuk Islam balik? Maaf, bab ini aku keliru. Cahaya berbisik ini jalan ceritanya ada persoalan akidah. Dan dalam konteks cerita, simpati kepada watak Susan memang didatangkan selepas watak itu memeluk Islam, kerana sejak mula peluk Islam, dia digambarkan sering dirundung malang. Ini pun satu, kenapa dalam cerita Drama TV sekarang selalu sangat bila peluk Islam saja, ha..siap, malang la hidup engkau nanti. Apa mesej yang hendak diketengahkan ni?
  5. Aku taklah pandai sangat dalam bab hukum-hakam, tapi aku rasa aku boleh kesan mana yang semacam nak sesat. kalau tak pasti, nanti aku double-check la ngan kawan-kawan tok syeikh aku nanti. Tetapi, yang pasti, dalam Islam tiada pemisahan hal personal dengan hal professional. Raqib dan Atid tak pernah diperentahkan oleh Allah S.W.T catat yang personal sahaja, tinggalkan yang professional. Semuanya dicatat dan semuanya dihisab oleh yang Maha Arif dan Yang maha Adil waima sebesar zarah sekalipun.
  6. Aku tulis sebab aku benar-benar terganggu dengan perkara-perkara sebegini. Dan ini tidak juga menjadikan aku lebih baik dari kamu yang membaca. Cuma nak bawa isu, sama-sama kita fikir. kalau kamu terdetik, betul juga apa yang aku tulis ni, ha..makanya ada yang tak betul dengan cerita 'Cahaya berbisik'.
  7. Wallhua'lam Bis-sawab.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...