dupavisitometer

Risalah Karachi, Pakistan

Karachi adalah pusat commercial Pakistan. pusat pentadbirannya, Islamabad. Macam K.L dan putrajaya, mcam New York dan Washington D.C. Pakistan, adalah sebuah negara republik islam, sama macam Iran. tiada raja, hanya presiden.
Pakistan, atau Karachi khususnya, punya masalah menejmen berat. orang-orang yang berkelulusan BBA nampaknya kurang. untuk kata klise, Karachi masih sebuah kota yang menarik. briyaninya nomor satu. cakap nak briyani apa? semuanya ada. orang-orang Pakistan siang malam makan briyani. tak macam kita yang pagi makan nasi lemak, malam makan buah.
di sini, masjid syiah dan sunnah selang seli. syiah selalu aku nampak pegi masjid sunni, tapi sunni jarang-jarang aku nampak pegi masjid syiah. tak kisahlah, yang penting syiah dan sunnah okey sahaja nampaknya duduk bersama. cuma, ketegangan selalu muncul tatkala hari asyura. selalu ada perarakan. bila berarak, tak kiralah syiah sunni, mesti kena provoke.
masjid, kalau muat 40 orang, terus je semanyang juma'at. kalau penuh, nanti group satu lagi tunggu. habis salam, group satu lagi mula balik semayang juma'at. ini sesuatu yang baru. masjid takde pulak aku nampak jawatankuasanya. sesiapa sahaja buleh jadi Imam, BIlal dan Siak. selalunya yang jadi imam tu aku tengok memang layaklah.
oklah, sudah mau boarding. nanti update lagi.
Karachi International Airport - 15 oct @ 1055 malam waktu tempatan.

PMR, UPSR Dan Perkasa

Akhirnya, selepas berbulan-bulan melakukan kaji selidik terhadap orang ramai, kerajaan, melalui TPM Muhyiddin Yassin (Juga bekas cikgu) mengumumkan UPSR dikekalkan dan PMR dimansuhkan, atau ditambahbaikkan, sesuai dengan kehendak semasa sukatan pelajaran Malaysia.
Kasihan.
Itu satu perkara, satu perkara lagi, boleh juga kita fikirkan siapakah dia pihak yang diambil pandangan ini dan apakah jawapan mereka terhadap soalan perlu atau tidak PMR dimansuhkan? barangkali jawapan kaji selidik itu berbunyi begini:-
Pelajar: tak perlu PMR, tertekan untuk buat persediaan.
Cikgu: tak perlu PMR, kurang beban kerja.
Ibu bapa: tak perlu, kami dan anak kurang stress dan jimat belanja tuisyen.
pusat tuisyen: perlu terus, sesuai dan baik untuk bisnes.
pembuat soalan ujian: elok benar tiada ujian, boleh hasilkan soalan berkualiti untuk SPM.
buat keputusan popular memang senang, tapi implikasi masa panjang apa jadahnya pula?
Macamana nak kenal si cerdik dan bodoh di masa hadapan? suruh budak-budak ni bersaing untuk dan dengan apa? nak jadi angkasawan? lepas SPM nak hantar mana? Amerika ke Iran?
Perkasa ini lagi satu. dengar pangkat wira ada, hulubalang ada. geli tekak dengar. sibuk nak perjuang melayu. yang jual tanah rizab melayu kuala lumpur melayu. yang batal biasiswa, ubah jadi pinjaman melayu. yang gadai saham-saham orang-orang melayu yang kononya ada untuk orang melayu itu yakin sangat melayu. siapa yang ada akses untuk bolot harta orang melayu kalau tidak orang melayu sendiri.
kejatuhan pulau pinang dan perak zaman british dulu, bukan sebab orang putih beria-ia sangat nak tawan orang melayu, pembesar melayu sendiri yang terhegeh-hegeh nak minta bantuan orang putih, cagar tanahair untuk menang perang saudara dan jadi penguasa. sedarlah sikit perkasa, sibuk nak perjuang hak orang melayu.
kalau nak berjuang sangat, berjuanglah untuk menjamin semua orang melayu dikampung dan di bandar ni boleh beli rumah murah dan berpatutan harga, baru terjamin hak bumiputera. kalau tidak, tak payahlah nak menyalak bukit.
Nak pertahan budaya konon, makan pun pakai sudu. tengok jugak TV, kalau iya sangat nak pertahan hak kedaulatan orang melayu, tengoklah wayang kulit, dengar tok selampit malam-malam. jangan buat kerja bodoh pengaruh orang jadi sama ekstrem.
Gula naik, minyak masak naik, perkasa duk kat mana? nak berjuang konon. geli tekak la...

Luar Kawalan

Hitler, dalam perang dunia ke-2, tersalah baca akan faktor cuaca sejuk melampau, yang akhirnya menjadi satu faktor penting yang menentukan menang-kalah tenteranya untuk menguasai eropa. adakah hitler, benar-benar tersalah baca, atau mengambil mudah akan faktor cuaca sejuk melampau itu?
barangkali dia tahu, dan barangkali dia terus berdegil. jika ia berdegil, maka sifat degilnya itu telah dibayarkannya dengan hambatan kekalahan perang dunia ke-2 dan jerman itu sendiri akhirnya dipecah-pecahkan dalam sejarah moden dunia. dan, hitler kekal sebagai bangsat.
dan, pengajaran kekuatan faktor luar kawal ini seharusnya menjadi peringatan.
jangan tenggelam dengan sokongan, jangan tenggelam dengan kekuatan, dan jangan tenggelam dengan egoisme.
terutamanya dalam sistem sokongan demokrasi, yang jelas dimuka lain, ditangan lain. jangan sampai yang diseronokkan itu adalah sokongan yang berbentuk bermuka-muka.
dalam mood pilihanraya kecil dan besar yang akan datang, masih lagi punya waktu untuk memberikan yang terbaik. bukan menyerang dengan tidak ketentuan hala, bingitkan benda yang entah apa-apa.
jangan sampai tersalah baca kemeluatan orang terbanyak sebagai sokongan. merempat jawabnya nanti.

Bayangan Persis Macam Yang Itu

salam.
Hari minggu lepas cabang buat pemilihan. keputusannya, kecoh tak tentu hala. cuma tiada baling kerusi. cabar keputusan masih ada. kejutan kalah ada. kesangsian ada.
banyak calon heavyweight sudah masuk gelanggang.
untuk sebuah parti yang terbuka dan kononnya menjunjung perjuangan demokrasi taraf tinggi, adalah diyakini politikingnya tidaklah sekecoh ini, walaupun mengambilkira usia penubuhan PKR.
Status, perjalanan, jatuh, bangun dan cabaran yang telah dihadapi dan diuji ke atas PKR seharusnya mematangkan mereka awal, dan seharusnya menampakkan mereka bijak ber-demokrasi, bukan hanya berdemonstrasi dan ber-reformasi.
namun, keadaan terkini, saling tak tumpah dari parti serpihan, malahan makin kecoh. mungkin ada permainan media kiri dan kanan, namun petikan-petikan siaran akhbar calon pucuk pimpinan yang bertanding agak mengecewakan.
debu-debu 50 tahun nampaknya masih terlekat dan semakin pekat.

Peguam Dan Jenayah

aku punya perancangan lain untukmu micheal, ujar vito. mungkin seorang senator, senator micheal corleone. paling tidak pun, sebagai seorang peguam. jika rompakan itu dilakukan oleh 4 orang yang bersenjatakan pistol, dan seorang peguam bersenjatakan briefcasenya, nescaya, si peguam itu akan lebih banyak hasil rompakannya.
itu pendapat vito corleone, seorang godfather, ketua keluarga mafia dalam filem godfather tentang peguam dan jenayah. karya mario puzo ini, selaku penulis asal filem ini, memberikan gambaran tepat akan sangkut-paut peguam dan jenayah.
seorang peguam lazimnya arif akan permainan undang-undang. seorang peguam bukan seperti seorang judge dred, yang mendakwa sekaligus menghukum. kadang-kadang seorang peguam dipihak defendan, kadang-kadang dipihak plainitif.
banyak orang jahat dalam dunia ini, tetapi yang paling jahat adalah orang yang menggunakan akses kuasa dan kepandaian untuk melangkah melepasi batas yang sepatutnya, atas sebab terlalu mementingkan kehendak isi perut sendiri.
biarlah ini menjadi siri akhir peguam dan jenayah, dan terakhir sekali dalam rentetan jenayah kejam negara. kita wajib merasa selamat di atas tanah tumpah darah sendiri.

Iklan Tak Bertamadun TV3

Salam.
dalam keghairahan semangat '1 malaysia' (yang kita rakyat Malaysia pun masih beku dan jumud akan idea ini) yang ingin ditonjoolkan, nampaknya TV3 telah mendahului stesen-stesen TV lain untuk menjadi bengong dan secara sengaja telah menyalahgunakan konsep 1Malaysia ini.
1 Malaysia tiada kena-mengena dengan idea nak jadikan malaysia ini 1 agama.
Islam adalah yang tertinggi. Ianya akan kekal begitu, sampai kiamat.
1malaysia hanya slogan cita-cita yang ingin menyuburkan perkumpulan akan semangat kekitaan rakyat malaysia yang bermsyarakat majmuk, supaya keharmonian kaum Melayu, Cina dan India itu satu atas dasar nasionalisma dan budaya yang boleh dikongsi bersama, yang kurang prasangka, dan saling bekerjasama.
idea 1malaysia ini idea berat, sehinggakan ada politkkus nasional sendiri yang masih keliru dengan idea 1malaysia ini. kalau mereka faham akan gagasan 1 malaysia ini, tidakkan ada komen-komen sensitif berkaitan keharmonian ini akan dilontarkan dengan secara membuta-tuli.
Alih-alih, dalam suasana menyambut Syawal 2010, datang pula iklan aidilfitri TV3 (kononnya) dalam bentuk interpretasi perayaan krismas, dan deepavali. sungguh kurang ajar. bagi yang tiada asas bagaimana kami menyambut Aidilfitri, sila ambil nota ini.
kami menyambut aidilfitri dengan takbir dan tahmid, tanda syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya.
miskin kaya menyambutnya dengan berpada-pada, sesuai dengan anjuran Islam. tanpa panjut, bunga api, lemang, dodol, baju raya, Aidilfitri disambut juga. kami menyambut syukur, bukan berlagak syukur. yang lain hanya pelengkap kemeriahan.
Hari besar kami ini adalah antara hari-hari besar Islam.
jangan cuba meletakkan Islam itu setaraf dengan apapun. ianya adalah idea kolot dan kotor, jika tujuan iklan ini untuk mengelirukan generasi islam tua dan muda malaysia.

Tycoon Dan F.F Coppola

The Sun melaporkan halangan MCA Ipoh Timur terhadap permintaan seorang jutawan untuk menduduki kerusi jawatankuasa Unitar (Unitar Council) dan menamakan sebuah 'asrama' unitar dengan nama beliau sempena sumbangan ikhlasnya yang berjumlah RM 30 juta untuk pembinaan 'asrama' di kampus utama Unitar di Kampar.
kata MCA Ipoh Timur "requests were not acceptable as they had “exceeded" the university’s jurisdiction and deemed an interference in the management of the university”.
macam-macam hal. miskin pun macam-macam hal, bila dah kaya pun macam-macam hal. ini cerita ada udang di sebalik mee rebus. senanglah kalau begini, bagi duit terus dapat jawatan. hasrat untuk menyumbang murni, tapi kelingking berkait macam ada benda yang tak kena. mengharapkan balasan untuk tambah prestige mungkin?
F.F Coppola, sah dicalonkan sebagai penerima darjah kehormat kesultanan perfileman hollywood amerika, iaitu Oscar, di atas sumbangan dan kecemerlangannya menempa nama sebagai pengarah baka ulung hollywood.
sekali lagi, badan pemantau standard industri perfileman multi-billion itu mengiktiraf F.F Coppola setelah beliau menerima darjah pertamanya untuk filem-filem klasik yang hebat, antara lain Godfather Trilogy, dan Apocalypse Now .
Berapa taksir kekayaan F.F Coppola ini?

Penghujung Ramadhan

salam.
suka atau tidak, Ramadhan sudah hampir benar sampai ke penghujung. Juma'at depan, insha'allah, kita akan menyambut Aidilfitri. Selagi ada masa, Ramadhan tidak pernah tidak tiba. yang mungkin tidak tiba adalah kita. Ramadhan akan datang dan pergi dengan segala pakej-pakej kebaikannya dan ganjarannya yang dijanjikan. Ini pasti.
Beruntunglah orang-orang yang mengambil peluang akan kebaikan-kebaikan ini.
apapun, manusia itu lemah, lupa dan lalai. mengharapkan semata-mata kasih sayang Allah, tuhan sekalian alam dan Maha Mengasihani.
untuk yang menjalani kehidupan baru, Ramadhan kali ini berbeza benar. yang terlihat hanyalah kesempurnaan dalam menjalani hidup, walaupun manis dan pahit itu berselang-seli.
datang pahit bersabarlah kita. datang manis bersyukurlah kita. datang dosa, mengelaklah kita. datang pahala, bersungguh-sungguhlah kita merebutnya.
Semoga aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...