dupavisitometer

Hari-Hari Tanpa Pergolakan Politik

Salam.
Sabtu & Ahad yang lepas amat menyenangkan. Nyaman. Sebab apa? sebab tiada berita politik. Ini di TV. Suratkhabar Utusan Melayu, sudah bertukar menjadi risalah parti, hanya layak untuk edaran dalaman. Apa punya tauke suratkhabar, terhutang budi apa yang sampai begitu sekali beritanya. Naik hijau mata. Namun tiada apa-apa untuk pembangunan agama, bangsa dan negara secara umum. Umum dengan maksud bukan hanya tersekat di kalangan orang UMNO, tetapi juga masyarakat Malaysia terbanyak.
Ada saudara-saudara dengar berita-berita yang bermanfaat untuk saudara minggu lepas?
Yang kencang, angin perubahan kononnya. Ini idea dalam tempurung. Katak semua dah keluar, tapi idea masih dalam tempurung. Sejak perpecahan Mahathir - Ku Li, UMNO secara dasarnya sentiasa dirundung badai perpecahan. Itu tandanya konsep perjuangan dan pegangan nilai dalam perjuangan sudah bercampur kepentingan peribadi. Dan, sedih untuk mengakuinya, dalam UMNO sekarang, kepentingan peribadi itulah matlamat. Rata-rata ahlinya tahu dan sedar, namun, mereka memilih untuk menjadi lalang.
Apa yang berlaku diluar sana, tidak diambil peduli langsung. Pada hari mereka bersidang, kadar pengangguran US menurun, dan ekonomi US masih merangkak naik. Jepun umum belum keluar dari kemelesatan. IMF kata, pembaikan ekonomi Eropa stabil, mungkin tempoh pulihnya lebih lama dari yang dijangkakan, iaitu pada lewat 2011. Palestine membentang pendakwaan jenayah perang di PBB, namun Israel laknatullah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan Israel terkena serang juga.Pada hari mereka bersidang juga, matawang US jatuh merudum, dan emas juga jatuh takuk demi takuk.
Bilamana ekonomi menjadi fokus majoriti kerajaan dalam dunia ini, namun kerajaan Malaysia lebih seronok bercakap-cakap perihal lawak jenaka dan mengembalikan maruah dan berubah. Kita dipandang tinggi di dunia ini bila kita punya harta banyak. Dalam agama bila kita bertaqwa.
Kita sekarang, tidak juara dalam kedua-duanya, dan lebih teruk tidak berusaha kearah itu. Salam.

2 comments:

besi said...

berusaha kearah itu...
ubatnya one malaysia...
bukan retorik katanya

Ras Raka said...

The last non-rethoric approach that Malaysia have been used was 'Wawasan 2020'.

Things come after that, if not a rubbish, is closed to rubbish.

Thnak god our forefathers do not live to see this coming.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...