dupavisitometer

District 9: Terasing Di Bumi Sendiri


Dalam banyak-banyak negara, alien memilih Johannesburg (JoBerg) untuk landing. kenapa afrika selatan, negara yang serba kekurangan dipilih, masih aku persoalkan sampai kini.
penceritaan hubungan citizen of the world dengan alien yang serupa unggas dinaratifkan dengan penuh gaya dan bijak. hubungan kompleks ini berlangsung selama 20 tahun.
district 9 mula berkembang apabila wikus, seorang anak kroni MNU yang menjaga hal-ehwal kebajikan hubungan manusia - alien selama 20 tahun ini diangkat sebagai wakil tertinggi MNU untuk memindahkan komuniti alien ke penempatan baru.
segala-galanya bermula apabila wikus yang lurus bendul secara tidak sengaja terasing dari masyarakat MNU itu sendiri dan diburu dek kerana sesuatu yang lebih bernilai kepada MNU. Wikus telah menjalani DNA Bio re-engineering dan terperangkap diantara dunia manusia alien.
cerita ini mengangkat pemisahan kelas sosial yang disebabkan oleh matlamat busuk penguasa. kerana itulah Joberg dipilih, supaya isu penting dalam district 9 dapat dinilaikan.
cerita ini saling tak tumpah macam avatar, cuma sedikit berat dan anti-hero.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...