dupavisitometer

dunia hari ini dan kita...

tengok berita channel 'dubai one' beberapa minit sebelom berbuka puasa tadi, rupa-rupanya seperti biasa, meninggalkan banyak persoalan dalam kepala aku. sekumpulan NGO dubai amal jariah gabungan setengah kerajaan setengah persendirian inisiatif dubai melancarkan gerakan sumbangan iftar setiap hari di bulan ramadhan di sekitar 6 masjid terbesar dubai dengan sasaran untuk membelanjakan sekitar 2 billion US. selain 6 masjid terbesar di dubai, usaha amal jariah NGO ini juga dipanjangkan sekitar India, Pakistan, Indonesia, filipina dan beberapa negari di afrika utara (termasuk somalia). yang menarik, Malaysia tiada dalam senarai. 

iyalah, kalu aku jadi panel pemilih pun aku tak pilih malaysia kalau nengokkan saiz dan nafsu berbelanja masharakatnya, terutama di bazar-bazar ramadhan. hahaha. tapi, walau tak masuk senarai, bersyukurlah kita hendaknya dengan nikmat yang dimakmurkan oleh Allah itu (dalam bab keamanan dan senang cari makan, ye tak?)

selain berita psychotic remaja amerika yang rampage di colorado, kebersamaan german dan peranchis untuk men'daulat'kan kembali euro dan memberi talian hayat kepada espana, dan pelancaran olimpik 2012, dunia juga terganggu dengan berita kejatuhan nilai eksport dagangan China yang semakin turun dan turun untuk tempoh 2 tahun kebelakang. persoalan samada kekuatan ekonomikal domestik china semakin mengecil yang mampu menggugah keupayaan tukaran dagangan Asia-Eropa-Amerika tidak dipandang enteng. hampir setiap hari mereka (para ekonomis / pemodal-pemodal) membicarakan ini. dan, tekanan veto oleh russia dan china terhadap nato 'intervention' syria juga menarik, tatkala tentera pembebasan syria telah berjaya mengebom damascus dan semakin dekat menjatuhkan assad.

dunia hari ini sebenarnya semakin keliru arah tujunya. jika 20 tahun lepas (1990 - 2010) keupayaan ekonomi sejagat tertumpu untuk 'menggemukkan' china, namun selepas china sudah terlebih gemuk (dari segi pegangan modalnya), malang sekali ianya hilang disedut 'sinking-sand' yang entah bagaimana rupanya. berapakah nilai yang cukup untuk memberi makan seramai 1.4 billion orang? tiada siapa yang boleh mengagak.

jaguh-jaguh perang juga kembali menarik selimut. tiada lagi provokasi iran-saudi. hugo chavez tidur lena. obama sibuk dan 'occupied' untuk election november. mitt romney datang dengan idea dan kumpulan dana kapitalis yang mantap. obamaa care untuk rakyat. mitt romney mempertahankan pensharikatan insurans. kadang-kadang bengong jugak baca pasal perbalahan obama care ini dengan syarikat insurans. amerika hancur dari dalam. mak micheal jackson pun boleh masuk dalam list orang hilang...aduhai.

dan bagaimana pula kita? sekadar pandangan jauh, kita tiba-tiba jadi masharakat yang details. sekarang tiada blok neutral di tanah air. yang ada hanya blok kerajaan & blok pembangkang. kritikal pada pembangkang, sah kamu barua kerajaan. kritikal pada kerajaan, sah kamu pengkhianat, masuk dalam kandang orang-orang yang tak bersyukur. kerajaan pusat buat apapun salah. kerajaan selangor dan penang buat apapun salah. buat ini salah, buat itu salah,makanya ramai-ramailah kita duduk di reban ayam. tunggu masa kena sembelih.

terlalu details, sampai hal make up dan bertudung pun boleh jadi isu. sikit lagi timbullah hal bonus hari raya. dia bagi setengah. aku bagi dua bulan. siapa bagus? untuk rakyat berkira-kira sangatlah. samalah blok manapun. kerajaan pening nak bagi berapa. yang pembangkang pening nak 'counter' berapa. bonus hak pekerja pun jadi alat politik dan propaganda? aku nak sangat tengok 'level' kebangsatan ni boleh turun had mana. 

how low can we go, oh my dear leader?

Allah jualah yang maha sempurna kerana menganugerahkan Ramadhan sebagai bulan menyucikan jiwa. Subhanallah.

ramadhan 5

hari ni masuk ramadhan ke-5. malam ni terawih dan insha'allah bersahur untuk yang ke hari yg ke - 6. Alhamdulillah. moga-moga dapat kita merebut segala hadiah dan anugerah Allah pada Ramadhan yang penuh barakah ini, Insha'allah.

ok, gomen sini kerja setengah hari. swasta aku tak pasti, tapi tempat aku keje balik pukul 4 petang. masuk pagi macam biasa, 9 pagi. takde kecoh dengan flexi hour. sini takde bazaar ramadhan. tapi setakat ni, tiap-tiap hari aku pegi supermarket (carefour terutamanya) meduyun pak arab, mak arab, mek-mek arab dan pak-pak pakistan beli barang nak iftar. yang palistani ni beli aku agak dia nak sedekah berbuka puasa kat masjid kot. borong kurma bukan main banyak. dan kurma (date) sini dari tunisia dan persempadanan morocco & algeria (gurun sahara) aku rasa yang terbaik. tebal, lembut, bertangkai dan ada pilihan less sweet. nak sahur rendam soya campur ais, perghhh...tak boleh bayang nikmat Allah yang satu ni. 

seperti biasa, solat sunat terawih memang pengalaman baru. Isyak masuk dalam 840. 815 paling lambat aku gerak pegi masjid. lambat dari tu, masjid penuh la jawabnya. kenalah solat kat luar. boleh la jugak nak solat, tapi panas de. membahang. tapi itulah pengalaman yang bila aku fikir balik best jugak sebenarnya. tapi, tiap-tiap hari tak mampu, sebab tak biasa. baru habis solat isyak peluh menitik-nitik, tak best jugak. 

bila dapat solat kat dalam, 30 minit tu ambik masa baca Al-Quran. ada jugak naskhah Al-Quran terjemahan melayu. hamba Allah manalah yang sedekah, aku doakan banyaklah pahala Allah bagi pada hamba Allah ni. 2-3 hari awal aku tengok pak arab dan jemaah datang bawak air mineral. letak tepi. aku pelik jugak mulanya, sebab kat malaysia tak pernah tengok. rupanya, interchange terawih tu, diorang minum lepas dahaga. 

kat sini imam memang buat 8 rakaat dengan bacaan satu juzuk. lepas 4 rakaat imam rileks kejap dalam 2 minit. bacaan tip top. kadang-kadang dia main lagu mishari. dekat-dekat nak habis, dia main lagu sheikh sudais. dan qunut nazilah imam Abdullah Al-yamani memang berakhir dengan esak tangis, terutamanya bab doa kesejahteraan umat Islam, terutamanya yang dihimpit kekejaman, syiria dan palestine. tersentuh sangat hati aku ni, dan suara meng-amin-kan doa qunut nazilah ini sangat-sangatlah menggentarkan jiwa.

minggu depan aku nak try surau dekat apartment aku pulak. bukan apa, nak pergi masjid Al-Qasba ni aku kena naik teksi. sekali jalan 10 dirham. pegi balik dah 20 dirham. sementara nak gaji, trylah arena surau pulak. nak kutip pengalaman. surau pakistan yang dibangunkan oleh komuniti pakistan dekat sini. surau ni tak berapa jauh, jalan kaki dalam 200 meter. bolehlah. 

memang berbeza menjalani ibadah puasa kat sini kalau nak banding dengan Malaysia. Tapi Allah itu maha sempurna dan Maha berkuasa. sejauh mana pun hambanya di dunia ini, Allah tetap dekat dengan hambanya, lebih dekat kalau dibandingkan dengan urat leher hambanya sendiri. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

menyambut ramadhan di rantau orang (sharjah, uae)

Alhamdulillah, Ramadhan Al- Mubarak datang lagi, dan bersyukurlah orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk mengerjakan ibadah di dalam bulan puasa. ikut ceramah ustaz haslin, para sahabat nabi dulu 6 bulan menjelang ramadhan sudah pun bersedia gear lima untuk merebut peluang bulan ramadhan. begitulah serius dan fokusnya golongan terpilih. moga-moga, kesempatan ramadhan kali ini berjaya direbut oleh kita semua. Insha'Allah.

Ramadhan kali ini untuk aku agak istimewa. sebab aku duduk di sharjah. negeri pak arab. khabarnya, sepanjang bulan ramadhan ini, semua perniagaan berkaitan makan dan minum ditutup di waktu siang. tak kira muslim ke tidak, semuanya tertakluk dengan undang-undang yang sama. macam malaysia jugak, kebanyakkan perniagaan dan kompeni tutup awal. government tutup setengah hari. entah betul entah tidak, ahad nanti tau lah samada betoi atau tidak government tutup setengah hari ke tidak.

yang paling aku tunggu-tunggu macam biasa, sembahyang terawihlah apa lagi. dapatlah terawih sekali dengan pak arab nih. dulu aku selalu tunggu sembahyang terawih live dari makkah dan madinah, insha'allah tahun ni, sekarang boleh tengok full, sebab beza sharjah dengan time sembahyang makkah satu jam jer. 

dan, ramadhan kali ini pastinya agak mencabar. cuacanya panas membahang. subuhnya awal, seawal 430 pagi, dan maghrib lebih kurang malaysia, 715 malam. pukul 3 dah kena bangun sahur dah nampaknya. 

mengenangkan sambutan ramadhan di malaysia, terkenangkan wajah isteri dan anakku si adel. ramadhan kali ini, si adel dah boleh berbuka sama. di harapkan bondanya bersabarlah dengan kerenah si adel nanti.

aduh, sungguh rindunya aku pada malaysia. tapi bersabarlah dulu, sedikit masa lagi, fajar akan menyinsing dan cahayanya pasti menghangatkan hati kita semua. 

Marhaban Ya Ramadhan Al- Mubarak. Ya Allah, terima dan redholah dengan apa yang kami usahakan. 

Salam Ramadhan.



sofi jikan dan bohsia 2012




minit ke 40 hingga 45 durasi filem bohsia 2012 adalah terbaik dan klimaks. dek lakonan, bahasa tubuh dan riak muka yang mantap, sedetik aku percaya si keting bergegar hatinya...terima kasih pada lakonlayar dan arahan teliti dan 'lain macam' syamsol yusof.

memang sepanjang durasi filem ini, lakonan 'si keting' yang dipersembahkan oleh sofi jikan sangat 'hidup' dan di kembang dengan baik. dari kepada lawak, jahat, kurang hajar, kejam dan akhirnya ganas. maknanya, 'misteri' sifat antagonis keting ditimbulkan satu persatu, yang disesuaikan dengan sturktur awal wataknya  sebagai seorang rempit ranking top tang terlalu hot di penang yang kemudiannya terpaksa berhijrah ke KL. dan keting adalah 'ketua' pada racing yang beretika. aduiii...


disebabkan keting terlalu kuat di dalam tangan sofi jikan, watak lain yang boleh di kira 'hidup' juga. namun, watak-watak penting lain seperti nabila huda, zizan, salina saibi, harun salim bachik dan samsol sendiri dirasakan 'setakuk' bawah dan tak sama level dengan watak keting.

di sepanjang cerita samsol kekal mendatar sebagai hero, zizan mendatar juga sebagai side-kick hero. harun cuma supplement pada pasangan hero dan sidekick. pertaruhan watak hitam putih antara salina dan nabila juga tidak seimbang, walaupun untuk kali ini watak salina ada juga sekali dua menonjolkan kekuatan.

namun aku kira samsol telah menggarapkan bohsia 2012 jauh lebih baik dari bohsia edisi lalu dan seimbang dengan penceritaan dan mesej. dan scene pada minit 40-45 tayangan memang terbaik.

maestro tumbang

untuk edisi euro kali ini, menyaksikan sang meastro tunduk 4-0 kepada sang matador. thiago motta mungkin paling kecewa dek cedera selepas 6 minit di bawa masuk, meninggalkan 'silent leader' andrea pirlo yang sedia cungap berseorangan menghadapai daya kreativiti xavi dan Iniesta. tapi apa boleh buat, gol jaringan jordi alba adalah penutup segala-galanya dan gol torres dan juan mata adalah bonus.

berikutnya, peranchis 2016.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...