dupavisitometer

ramadhan 5

hari ni masuk ramadhan ke-5. malam ni terawih dan insha'allah bersahur untuk yang ke hari yg ke - 6. Alhamdulillah. moga-moga dapat kita merebut segala hadiah dan anugerah Allah pada Ramadhan yang penuh barakah ini, Insha'allah.

ok, gomen sini kerja setengah hari. swasta aku tak pasti, tapi tempat aku keje balik pukul 4 petang. masuk pagi macam biasa, 9 pagi. takde kecoh dengan flexi hour. sini takde bazaar ramadhan. tapi setakat ni, tiap-tiap hari aku pegi supermarket (carefour terutamanya) meduyun pak arab, mak arab, mek-mek arab dan pak-pak pakistan beli barang nak iftar. yang palistani ni beli aku agak dia nak sedekah berbuka puasa kat masjid kot. borong kurma bukan main banyak. dan kurma (date) sini dari tunisia dan persempadanan morocco & algeria (gurun sahara) aku rasa yang terbaik. tebal, lembut, bertangkai dan ada pilihan less sweet. nak sahur rendam soya campur ais, perghhh...tak boleh bayang nikmat Allah yang satu ni. 

seperti biasa, solat sunat terawih memang pengalaman baru. Isyak masuk dalam 840. 815 paling lambat aku gerak pegi masjid. lambat dari tu, masjid penuh la jawabnya. kenalah solat kat luar. boleh la jugak nak solat, tapi panas de. membahang. tapi itulah pengalaman yang bila aku fikir balik best jugak sebenarnya. tapi, tiap-tiap hari tak mampu, sebab tak biasa. baru habis solat isyak peluh menitik-nitik, tak best jugak. 

bila dapat solat kat dalam, 30 minit tu ambik masa baca Al-Quran. ada jugak naskhah Al-Quran terjemahan melayu. hamba Allah manalah yang sedekah, aku doakan banyaklah pahala Allah bagi pada hamba Allah ni. 2-3 hari awal aku tengok pak arab dan jemaah datang bawak air mineral. letak tepi. aku pelik jugak mulanya, sebab kat malaysia tak pernah tengok. rupanya, interchange terawih tu, diorang minum lepas dahaga. 

kat sini imam memang buat 8 rakaat dengan bacaan satu juzuk. lepas 4 rakaat imam rileks kejap dalam 2 minit. bacaan tip top. kadang-kadang dia main lagu mishari. dekat-dekat nak habis, dia main lagu sheikh sudais. dan qunut nazilah imam Abdullah Al-yamani memang berakhir dengan esak tangis, terutamanya bab doa kesejahteraan umat Islam, terutamanya yang dihimpit kekejaman, syiria dan palestine. tersentuh sangat hati aku ni, dan suara meng-amin-kan doa qunut nazilah ini sangat-sangatlah menggentarkan jiwa.

minggu depan aku nak try surau dekat apartment aku pulak. bukan apa, nak pergi masjid Al-Qasba ni aku kena naik teksi. sekali jalan 10 dirham. pegi balik dah 20 dirham. sementara nak gaji, trylah arena surau pulak. nak kutip pengalaman. surau pakistan yang dibangunkan oleh komuniti pakistan dekat sini. surau ni tak berapa jauh, jalan kaki dalam 200 meter. bolehlah. 

memang berbeza menjalani ibadah puasa kat sini kalau nak banding dengan Malaysia. Tapi Allah itu maha sempurna dan Maha berkuasa. sejauh mana pun hambanya di dunia ini, Allah tetap dekat dengan hambanya, lebih dekat kalau dibandingkan dengan urat leher hambanya sendiri. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...