dupavisitometer
UMNO: Sentiasa Ketandusan Tenaga Muda Islami
Salam.
Sejak kemasukan Ust. Firdaus (bekas Calon permatang Pauh, tewas kepada Wan Azizah 2004) ke dalam UMNO, aku sukar untuk menamakan susuk peribadi yang terserlah Keilmuan Islamnya dalam UMNO.
Yang ada sebelum itu hanya liberal dan kelihatannya 'kurang warak. Senang cerita tak sama macam yang PAS ada.
Apa dan dimanakah silapnya? Mungkin kita bertemu jawapannya di sini:
Yusoff Noor, UMNO Dan Tauliah
3 Kerat: Ujian, Korban Dan Keuntungan
Salam.
TGNA sekarang ada di IJN. Hanya 2 km sahaja jaraknya dari tempat aku berada sekarang. Sedang TGNA disitu, PAS kembali menghiasi dada-dada akhabr perdana. Hari ini, pasal Bai'ah. Sejak-sejak MAZA kena tahan, banyaklah cekadak akan kefahaman syari'at dan akidah dibincangkan kepada umum. Eloklah begitu, moga-moga yang dah memang nak sesat bertambah sesat.
Sunnah-Wal-Jamaah dan Mazhab Syafiee pun banyak yang tak khatam lagi, kini diperbesar-besarkan akan wahabi. Diharapkan Syiah jangan muncul kala ini. Apa khabar JAIS? JAIS jangan lepas tangan. JAIS kena bertanggung jawab.
Ahmad Jais boleh terus dengan Selamat Tinggal Bungaku.
Aziz Bari kata Hassan Ali kena jadi korban 'pemutihan PAS'. Itulah sahaja caranya untuk merungkai persoalan. Dan, Aziz Bari dengan berani dan jujur kata TGHH adalah 'Pak Lah' versi PAS.
UMNO kata (Alwi Che Muda: dia ada di final Piala M'sia malam ini?) Hassan Ali kena jadi korban dek kerana dosanya berusaha untuk menyatupadukan umat Melayu. Itulah sebab dia dikenakan tindakan. Sebab PAS memang tidak mahu kepada perpaduan. Islam apa yang PAS perjuangkan? pandai dia. Kalau faham, kita akan tahu UMNO ini memang licik macam belut mengaut keuntungan atas pergolakan orang, dan mengaut keuntungan atas pergolakan sendiri.
Orang kerajaan selepas bajet juga yang tidak untung-untung. Dalam bajet PM membisu seribu bahasa pasal bonus. harap-harap kakitangan kerajaan jangan jatuh produktiviti dan motivasi sebab tiada bonus. sebab, prestasi sekarang pun dibawah paras purata.(below Average). Kalau lagi jatuh, alahai. Fanomena sejadah berdiri pun ada orang pertikai sejadah tu ada wuduk ke tidak?
Meet The Natives
Salam.
Discovery Channel ada rancangan 'Meet The Natives'.
Chief Tanna, seorang ketua puak tana di kepulauan Tanna dibawa mengembara bersama 3 orang pengikutnya ke England. Misinya cuma satu, bertemu Putera Philippe dan mengajaknya pulang, kerana mengikut kepercayaan mereka Putera Phillipe adalah 'anak tuhan mereka yang diutus ke England untuk memperbaiki kehidupan masyarakat England. Kepulangan Putera Philip akan membawa kemakmuran kepada puak Tanna.
Satu kepercayaan ekstrem untuk diterima oleh masyarakat England.
Chief Tanna selalu menyampaikan pesan, selalunya selepas mempersembahkan tarian hormat puak Tanna kepada tetamu. Dia selalu berpesan, bahawa masyarakat tanna adalah masyarakat yang paling gembira dalam dunia ini.
Katanya, duit kami mungkin kurang daripada duit kamu wahai penduduk England, namun kami boleh lihat kami menghargai kehidupan kami lebih daripada kamu menghargai kehidupan kamu sendiri.
Salam.
USA: Obama Lawan Orang Cerdik Pandainya Sendiri, Pembangkang, Akademia, Professional Dan Penyokong.
Bloomberg 30 Oct: Obama Bridge to Lasting Economic Expansion Risks Going Nowhere
Salam.
28 Oct yang lalu, Obama mengisyhtiharkan yang GDP USA yang untuk suku ke-3 positif 3.5%. Yang terbaik dan positif sejak 2007. Obama yakin bahawa pakej stimulusnya sudah menunjikkan kesan dan dia dan pentadbirannya dalam laluan yang betul untuk pemulihan ekonomi yang kukuh.
Namun, berita diatas adalah pandangan dari professional ekonomi Obama sendiri, akademia, dan juga pembangkang dan penyokongnya. Kata mereka, mungkin Obama menganalisis dari segi ini, tetapi jika dilihat dari segi ini pula, ekonomi USA tidak kemana.
begitulah lumrah seorang pemimpin, setiap tindakan dan keputusannya pasti punya pertikaian.
Namun, kita perlu melihat ianya adalah satu proses yang sihat. Sekurang-kurangnya, semua orang yang berkepentingan (Baca:Rakyat), punya hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing. Dalam hal ini, dalam bloomberg.
Tetapi kita? Entah. Kalau komen, kena pandang serong pulak. Persoalan ekonomi menjangkau jauh dari hal-hal pembinaan jalan, bangunan, dan padang golf dan kadang-kadang jambatan.
Ekonomi adalah seni dan kepandaian mengagihkan sumber yang terhad kepada keperluan dan kehendak yang tidak terhad.
Agak-agaknya, sumber kekayaan dan hasil mahsyul negara kita ini diagih dengan seadil-adilnya ke tidak?
Yang pasti, sudah 9 tahun belanjawan kita defisit, negatif, kurangan. Rakyatlah yang berbelanja defisit, negatif dan kurang. pembesar macam itu juga.
Apa Sudah Jadi Dengan PKR?
Salam.
The Sun, 29/10: Selangor MB recommends to PKR Supreme Council that Port Klang Assemblyman, Badrul Hisham resign for non-performance. Via SMS.
Apa sudah jadi dengan PKR? semalam Sabah. Hari ini Selangor. Bahana Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu masih mengakibatkan pentadbiran negeri Perak huru-hara dan dah hampir kepada karut.
Apa sudah jadi? Sambil menepuk dahi.
Labels:
merdeka,
Politaik Tanahair,
tanahair
[1st Entry]
Khamis, Oktober 29, 2009
Kita Mungkin Berhadapan Dengan Krisis Bekalan Dan Kenaikan Harga Beras.
Salam.
Harga beras mungkin naik. Kita ada teori supply & Demand paling tua.
High demand + Short Supply = High price.
Oct. 28 (Bloomberg) -- Rice prices may return to record levels as bad weather curbs output in major growers and forces some nations to accelerate imports, a Philippine minister and the U.S. Rice Producers Association said.
“We are not very far from another rerun of 2008 prices,” Arthur Yap, the Philippines’ Agriculture Secretary, said at a conference in Cebu, central Philippines today. Higher oil prices may push up fertilizer costs, boosting prices further, he said.
Baca penuh disini
PAS Sekali Lagi Masuk Dalam Perangkap 1Parti UMNO.
Salam.
PAS sekali lagi masuk dalam perangkap UG (Unity Government) UMNO. Desakan EGM oleh TGNA benar-benar menguji perpaduan dan kesepakatan PAS. Manalah tahu, lepas-lepas UMNO 'kuat' dengan perubahan akhir-akhir ini, membangkitkan kembali kehangatan dan peluang segelintir pimpinan PAS yang merasakan mereka punya 'leverage' bila UG menjadi kenyataan.
EGM bukan sesuatu yang luarbiasa. Dan, tuntutan TGNA itu juga bukan sesuatu yang luar biasa. Dan, tidak salah 'membuang' pemimpin yang punya potensi untuk menjadi masalah dimasa hadapan.
Anwar dibuang. Ku Li. Mahathir. Semuanya pernah dibuang daripada dokongan parti.
Untuk UMNO, ini peluang baik. Inilah dia pucuk yang dicita-cita. Inilah juga ulam yang datang. Dan, sedikit pelik, terasa juga ini semuanya permainan halus UMNO. Dan PAS, seperti biasa diminta untuk berhati-hati.
PAS jangan lembap berpolitik dan membaca helah siasah-politik. Jangan sampai orang punya persepsi yang PAS adalah OKU dalam permainan politik 'mainstream' Malaysia.
Dan, ingat, dulu orang tidak pernah ingin untuk bersama-sama PAS, dan mengapa baru sekarang?
Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
