Bila parti paling muda dalam persada politik tanah air ini sedang berdepan tuduhan 'geli' liwat, tiba-tiba kita dikejutkan oleh aksi politik parti politik tua tanahair yang mengaku sudah bermuzakarah atas nama Islam dan perpaduan Melayu. Aku tidak terkejut, malahan dugaanku benar belaka.
Cakap-cakap penggabungan ini memang sudah meletop dimerata-rata negeri yang mana BN kalah, cuma bezanya pada waktu itu, ianya hanya tinggal cakap-cakap dan tiada pengesahan. Terutamanya untuk negeri-negeri yang polarisasi kaumnya seimbang dan tidak terlalu dominan, senang ceritanya, Negeri-negerinya adalah Perak dan Selangor. Penang, adalah negeri yang dominan, sama juga Kelantan dan Kedah.
Sekarang, cakap-cakap ini sudah jadi heboh dan benar, yang bisa meruntuhkan mana-mana pakatan dan keyakinan, dan bisa juga jadi penyelamat bagi yang terdesak dan kelam kabut.
Malangnya, PAS dan UMNO ini parti tua. Yang sudah masak dengan pencak silat dan senda gurau satu sama lain. Jika dulu, UMNO memandang PAS ini sebagai warga second class, apa bezanya PAS sekarang? Sama juga dengan PAS, adakah UMNO itu sudah baik dan sudah bertaubat? Adakah UMNO kini mengakui, selepas PRU 12, PAS semakin kuat dan ia semakin lemah? Atau hanya tinggal Melayu yang berbelah bagi, sedangkan orang lain sudah bersatu berkumpul di padang yang luas?
Aksi kedua-dua parti tua ini, seringkali menimbulkan perasaan musykil, selain keliru dan sangsi. Begitulah adanya setakat ini.
No comments:
Post a Comment