dupavisitometer

KeSELAMBAUan Dan KeberGANTANGan Kita

  1. Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Setiap denyut nafas kedua-dua bukit kini jadi perhatian. Kelangsungan barisan-barisan politik yang bertanding akan ditentukan nasibnya oleh daftar-daftar pemilih SPR.
  2. Berbeza dengan Batang Ai, apalah hendak dikirakan sangat jika Sarawak amat maju dan makmur dibawah kelolaan Taib Mahmud, dan tidak memerlukan kepada sebarang perubahan. Manusia selalu mengatakan inginkan perubahan, namun hakikatnya, manusia sebenarnya tidak selesa dengan perubahan.
  3. Hadiah tempat pertama sudah pastilah Bukit Gantang. Apa pun keputusannya, dikatakan datang bersama mesej. mesej yang amat diperlukan oleh parti-parti yang bertanding. Mesej samada mereka ditolak oleh masyarakat terbanyak atau diterima. mana yang ditolak, pasti sukar untuk membuktikan keyakinan, mana yang diterima pasti menjadi semakin kuat.
  4. Namun, akhirnya, pilihanraya hanya tinggal pilihanraya. kebiasaan hidup kita hanya kalau begitu, begitulah ia. Tiada yang istimewa, dan tidak memberi kesan sangat. Sebab ini bukan permainan kita, ini permainan orang politik. Orang politik ini opportunis, atau orang yang cekap mengambil peluang. Mana peluang yang dilambakkan, disitulah ia berhimpun, bersorak, dan bersorai. tiada yang pelik dan ganjil mengenai mereka ini.
  5. Cuma yang tinggal pada kita hanyalah 'suara' untuk mereka tafsirkan. Kita tidak menuntut perubahan, yang menuntut perubahan itu, kalau tidak silap hanya orang-orang politik. Yang sebelah sana kata kena berubah sebab dah lama, dah 50 tahun diberi peluang. Yang sebelah sini kata berubah agar diterima semula dan diberi keyakinan semula untuk memerintah. Bukahkah ianya nampak berbeza, tetapi serupa?
  6. Kita hanya memilih untuk bersuara sebagai memberi ingatan kuasa memilih mereka di puncak kuasa itu siapa. tidak lebih dari itu, dan percayalah tidak kurang daripada itu. Yang selebihnya adalah omongan-omongan kosong.

3 comments:

besi said...

ramalan para2 penyelidik banyak yang mengatakan bahawa keputusan akan menjadi 2-1.....
menjadi soalnya siapa yg dpat 2 dan siapa dapat 1...........
para pengundi akan menentukannya

Anonymous said...

2 utk pkr dan 1 utk bn

Anonymous said...

Bagus ... dh ada 'point2' mcm mahaguru ... mahaguru ape cerit ??? jadi mahagaru laa lepas nie ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...