sepanyol kini dikenali dengan 'sepanyol yang panic' a.k.a 'spanic'. Sepanyol telah terperangkap dengan krisis hutang yang merengguh kemapanan salah sebuah 4 gedung duitnya yang terbesar, 'bankia'. industri domestik kini terperangkap dengan kadar faedah pinjaman yang mencanak naik, dan rakyat dibelenggu dengan masalah pengangguran yang melata. pendek kata, rakyat tidak berbelanja, dan kerajaan habis duit membayar hutang.
bagaimanakah gedung duit 'bankia' boleh terperosok dalam krisis hutang ini dan seterusnya menggugarkan ketahanan ekonomi domestik spanic? yang kemapanan ekonominya adalah nombor 4 dibelakang perancis, german dan itali?
ianya bermula dengan perasaan tamak dan salah perkiraan. gedung duit sepanyol, terutamanya bankia telah terperangkap dengan pembiyaan pembelian rumah-rumah musim panas yang mewah di valencia dan murcia untuk period 2000-2009 yang sangat 'boom'.
namun, kejatuhan ekonomi global drastik 2008 mengakibatkan banyak orang kehilangan pekerjaan - dan selalunya hilang juga pemilikan rumah, termasuklah rumah-rumah mewah ini. pendek cerita, banklah pihak terakhir yang menanggung hutang tak terkutip ini, sehingga walaupun menurunkan harga rumah mewah itu sehingga 50% pun tidak mampu menarik pembeli dan sekaligus mengurangkan hutang bankia.
demi meneruskan pengoperasiannya yang besar dan berselirat di segenap sepanyol, bankia secara rasmi telah memohon 'bailout' sebanyak 19 billion euro dari kerajaan sepanyol, yang dipersetujui, namun akhirnya mengakibat kerajaan sepanyol sendiri terjerumus dalam perangkap hutang domestik yang dalam, sehingga menyebabkan kerajaan sepanyol terpaksa membekukan dirinya dan tidak lagi berkemampuan untuk melancarkan pakej-pakej stimulus untuk merangsang ekonomi domestik. sebab itulah menteri kewangannya, cristobal montoro menyatakan bahawa saat ini 'adalah mustahil bagi spain untuk mem-bailout dirinya' dan kini masuk dalam kumpulan yang memerlukan bantuan kewangan daripada kesatuan eropah.
jika sepanyol di terima, ini bermakna sepanyol akan menambah senarai negeri-negeri yang memerlukan bail-out kesatuan europa, selain daripada greece, portugal dan ireland, dimana kerajaan greece sudah pun memberikan bayangan bahawa akan keluar dari kedaulatan kesatuan EU.
bukan rahsia kerajaan baru awal greece telah meletakkan cadangan agar keluar dari kesatuan eropa dan membangun ekonominya sendiri. Oleh sebab itu. piliharaya 17 june yang akan datang adalah sangat signifikan untuk menentukan samada Greece kekal sebagai sebuah ahli kesatuan Eropa atau tidak. Jika tidak, maka Greece akan kembali kepada matawang asal dan kedaulatan awalnya sebelum 'join' kesatuan Eropah. dan jika ini terjadi, pastilah ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada kesatuan ini.
Ura-ura greece akan keluar EU ini bukan sahaja menggegarkan arena politik EU, malahan mencetuskan panik dikalangan penduduk yang serta-merta dengan bertindak melindung nilai aset dan simpanan mereka dengan cara mengeluarkan simpanan matawang euro mereka secara besar-besaran yang disepah-sepahkan ke merata negara-negara EU atau dikenali dengan 'Grexit'. pengeluaran secara besar-besaran ini ternyata akan memberikan kesan kepada simpanan bank-bank domestik Greece. dinyatakan, sehingga May 2012, jumlah pengeluaran 'Grexit' ini mencecah 700 juta Euro telah dikeluarkan dari bumi Greece.
kini, masharakat dan elitis ekonomi dunia masih memikirkan kaedah penyelesaian yang terbaik, namun ianya terlalu kompeks untuk ditanggung oleh EU sendiri. dengan keadaan united states sendiri masih tercungap-cungap, dan china yang akhir-akhir ini menunjukkan data-data ekonomi yang sangat perlahan dan kini sangat defensif dengan domestik marketnya, maka dimanakah lagi alternatif untuk EU melepaskan diri dari beban hutang yang mencengkam?
bacaan tambahan:
spanic, grexit and euro flying money - cnn
europe unveils bank bailout plan - cnn
spain in euro zone crisis cross-hairs - cnn
china services growth weakens as jpmorgan cuts: economy - bloomberg
china prepares for 'grexit' - cnn
bad news piles up for china economy - bloomberg
No comments:
Post a Comment