1997. tahun aku spm. pangkat 1, pangkat 2, pangkat 3 dan sap. banyak mitos spm 'pangkat' ni. pangkat 1, masa depan cerah, laluan hidup sentiasa diterangi cahaya tanpa onak duri. perghh...hyperbola betul. BM kena kredit. 6A1 itu terbaik.
malam nak umum spm, aku masih sibuk kerja. kerja kat kamdar taman kanak-kanak, Ipoh. jadi 'store boy'. seksa keja tu. angkat karpet, angkat kain, angkat besi tapak kain, kira stock, bukak stock, kumpul stock, oii...gila ah time tu. kadang-kadang jadi packer, kadang-kadang jadi tukang gulung karpet. aku masih berterima kasih pada makcik kampung manjoi yang beli karpet, yang bagi aku RM 5 sebab upah angkut karpet dari gedung ke kereta dia. besar sangat nilai RM 5 pada aku masa tu.balik keje je, shoot balik kuala, sebab esok nak ambil result spm dengan abang.
aku dah agak aku dapat pangkat satu, abang aku pun sama. bukan sebab aku pandai ke bodoh, konfiden ke tidak, tapi memang 'rasa' tu memang ada, cuma agregat berapa itu yang susah sikit nak teka. akhirnya, result keluar, nama dipanggil, dan yes, aku pangkat satu. aku dengan abang berlari ke public phone dewan makan clifford. telefon mak, cakap dua-dua anak kembar dia nih alhamdulillah, pangkat 1. terharu sangat bila dengar mak diam, hanya deruan nafas menahan keharuan sahaja yang kedengaran. memang nak menghabiskan form 4 dan form 5 itu banyak cabaran untuk sepasang anak kembar dari keluarga sederhana yang hanya punya kasih sayang untuk mendepani zaman (fuhh..)
spm itu aku rasakan seperti semalam, walau beribu batu sudah aku berlalu pergi. dari seluar saiz 28 sampai seluar saiz 38. yeah...
No comments:
Post a Comment