dupavisitometer

Body Of Lies: The Essence Of Hani Salaam.


Ferris sudah blend dengan masyarakat middle east. Ferris adalah ground agen CIA untuk menghambat sel-sel terrorist kononnya ala-ala al-Qaeda yang dipimpin oleh seorang arab Jordan yang bernama As-Saleem, yang begitu berkemampuan dan efektif untuk melakukan siri-siri pengeboman berani mati disekitar Eropa (United Kingdom dan Amsterdam).
Namun, As-Saleem ini begitu licik dan CIA, melalui Ferris terdesak untuk mendapatkan inside man dalam sel terrorist As-Saleem. Ferris, yang fasih berbahasa arab dan blend dengan culture kehidupan orang-orang arab dan parsi (kekasihnya, aisha adalah keturunan parsi) merasakan as-Saleem sudah terlalu hampir untuk mengebom United States yang mana akan meletakkan United states sekali lagi dalam keadaan huru-hara dan membatalkan tindakan United States menjarah Iraq.
Dalam keadaan sangat terdesak itu, Ferris punya satu jalan. dia perlu menyembah The King of Jordanian Intelligent, Hani Salaam.
keperibadian hani salam dalam Body of Lies begitu memikat. Boleh dikatakan 90% keseronokan , suspens dan intelektual Body of Lies terletak pada watak Hani Salaam.
Bak kata Hani Salaam dalam filem ini, 'watch and learn...watch and learn'.

The Ugly Truth


The Ugly Truth.
apakah dia kesempurnaan sifat seseorang yang perlu difikirkan oleh kita supaya kasih sayang yang bakal dicurahkannya untuk insan yang dikatakan 'soulmate' itu akan benar-benar sempurna?
seseorang yang kita idam-idamkan, mengikut kesempurnaan ukuran kita, adakah benar-benar wujud? dan mampukah kita memilikinya?
Atau, sebenarnya kita bukan mencari kesempurnaan, bahkan kita sebenarnya mencari seseorang serba tidak sempurna untuk kita sempurnakan persoalan hati dan perasaannya yang mana dia jugalah yang menyempurnakan persoalan hati dan perasaan kita?
Yang mana dialah juga yang kita panggil jodoh?
Manalah aku tau.

Orang Yang Bijaksana Ada Berpesan

Orang yang bijaksana ada berpesan
perbezaan antara lelaki dan perempuan
selalunya tentang hati dan perasaan
dan disitulah juga titik pertemuan

District 9: Terasing Di Bumi Sendiri


Dalam banyak-banyak negara, alien memilih Johannesburg (JoBerg) untuk landing. kenapa afrika selatan, negara yang serba kekurangan dipilih, masih aku persoalkan sampai kini.
penceritaan hubungan citizen of the world dengan alien yang serupa unggas dinaratifkan dengan penuh gaya dan bijak. hubungan kompleks ini berlangsung selama 20 tahun.
district 9 mula berkembang apabila wikus, seorang anak kroni MNU yang menjaga hal-ehwal kebajikan hubungan manusia - alien selama 20 tahun ini diangkat sebagai wakil tertinggi MNU untuk memindahkan komuniti alien ke penempatan baru.
segala-galanya bermula apabila wikus yang lurus bendul secara tidak sengaja terasing dari masyarakat MNU itu sendiri dan diburu dek kerana sesuatu yang lebih bernilai kepada MNU. Wikus telah menjalani DNA Bio re-engineering dan terperangkap diantara dunia manusia alien.
cerita ini mengangkat pemisahan kelas sosial yang disebabkan oleh matlamat busuk penguasa. kerana itulah Joberg dipilih, supaya isu penting dalam district 9 dapat dinilaikan.
cerita ini saling tak tumpah macam avatar, cuma sedikit berat dan anti-hero.

Them: At The Brink Of Extinction

kebelakangan ini, tidak dapat tidak, kita mesti kagum dengan maklumat yang boleh kita dapat dari internet. macam-macam ada. walaupun jenis maklumat itu cenderung kepada apa yang kita hendakkan, namun kita mesti mengakui capaian kita kepada maklumat tersebut seribu kaliganda mudah dari 5 tahun yang dulu.
Dan, 2 hari lepas, di dataran merdeka, internet dan capaian internet sudah di tambahbaik. janganlah bertepuk dulu, tunggulah hingga benar-benar ia di tambahbaik.
Internet bermakna maklumat tanpa suling. ia adalah pedang dua mata. bisa menghiris musuh, dan bisa juga menghiris sama dalam ke tuan punya pedang.
mungkin, mereka sudah terlalu hampir dengan kehancuran, lebih hampir dari apa yang mereka fikirkan.

The House Of Saddam


entah kenapa, gaya penceritaan "The House Of Saddam" amat mirip dengan "Godfather". Bagi peminat-peminat "Godfather", sekali pandang pasti terkesan. Dan kedua-duanya punya persamaan, iaitu paranoia yang mendalam dalam mengekalkan kuasa.
Untuk kedudukan tertinggi seperti Saddam Hussein, memang sukar untuk mempercayai sesiapa pun. jadi, menjadi seorang paranoia adalah pilihan terbaik.
Saddam, dengan bantuan pakar strateginya Adnan Hamdani telah menggulingkan presiden sebelumnya, Ahamed Hassan al-Bakr kerana bagi Saddam Al-Bakr sudah terpengaruh dengan idea penyatuan dunia arab, yang mana bagi saddam adalah batu penghalangnya ke puncak kuasa. Al-Bakr diberi dua pilihan, samada terbuang secara hina ataupun mengundur diri secara terhormat. al-Bakr memilih untuk berundur secara terhormat.
Walaupun mendapat tentangan partinya sendiri, Saddam akhirnya diisytiharkan sebagai presiden Iraq. Tanpa menunggu lama, Saddam mengumpulkan kesatuan dengan ketakutan, dengan menjalankan 'execution' kepada orang-orang yang tidak menyokongnya.
Saddam juga telah membunuh sahabat dan pakar strategisnya sendiri Adnan Hamdani.
'Now, my enemy will fear me more when they now i'm willing to sacrifice my brother'.
-Saddam Hussein-
Saddam juga paranoid dengan pengkhianat.
'I know a traitor before he know hmself'.-Saddam Hussein-
Cerita ini berakhir apabila Saddam di tangkap dalam sebuah lubang tikus di tanah kelahirannya, Tikrit.

Benjamin Button: Muda Yang Tua, Tua Yang Muda


The Curious Case Of Benjamin Button.
Bio-drama ini mengisahkan perjalanan hidup, perspektif dan memori-memori tajam terpilih berjamin button. Kehidupan Benjamin adalah sama naik-turun dengan manusia-manusia lain dalam dunia ini, kecuali kehidupannya adalah dalam bentuk fizikal yang berkembang dengan kadaran songsang daripada manusia biasa.
Semakin umurnya meningkat, semakin tubuhnya meremaja.
Kejadian ini pastinya meletakkan benjamin dalam sisi kehidupan yang berlainan dengan penerimaan masyarakat. dengan menonton bejamin button, minda akan turut bertindak secara parallel, sama konsep yang pernah ditawarkan dalam 'Godfather 2'.
life definitely measured by moments.

Fanboys: What Is Normal?


Hutch, Windows, Bottler dan Linus adalah sahabat yang mana terperangkap dalam alam realiti dan imaginasi star wars. seluruh kehidupan mereka berkaitan dengan star wars dan sedaya upaya merealitikan star wars dalam kehidupan sehari-hari.
Sekali pandang, mereka bukannya hidup dalam kehidupan yang normal. namun, siapakah masyarakat untuk menilai kehidupan yang mereka pilih. Sekurang-kurangnya mereka memilih apa yang mereka mahu, sedangkan kebanyakkan orang masih kabur dengan apa yang mereka mahu.
kerana mereka adalah fanboys. dan, dalam dunia ini, mereka bukan bersendirian. ada juga trekkie, ada marvell dan fanbos-fanboys yang lain.
melakukan sesuatu yang kita benar-benar mahu dan berseronok melakukannya adalah satu kombinasi yang paling jarang ada dalam dunia ini.
Kita bukan fanboys. kita P.Ramlee, Eman Manan, Rahim Razali dan Ahmad Yatim.

Lets Lightly Talk About Politics.

Politik. suasananya sentiasa panas. kritikannya pedas. teori bernas. bicaranya, tidak pernah puas. itulah politik. asal kejadiannya demokrasi. majoriti mengalahkan monoriti, waima minoriti itu punya kebolehan untuk kepimpinan yang lebih teserlah.

Dalam politikal ala komunis, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut diam. dalam politikal demokrasi, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut boleh cakap, boleh diam. ada tangan, boleh pangkah satu, boleh pangkah dua, atau tak pangkah langsung. dalam demokrasi, itu tidak pernah menjadi hal yang membimbangkan.

Politic is a game of numbers.

However, most of us forget, politic is also a game of money, greed, fear and perception.

The same mechanism applies to love and it’s subsequent.

Most of the horrible and terrible war or conflict started and ignite by love, and greed of power. There must be a lucrative gain hidden deeply inside everything and anything that has to do with love and politic, directly or indirectly connected, where everybody seems very much interested to get a pinch.

love and political act, at any stage could present the hilarious comedy of all time, as love and politics were not run by a bunch of geniuses; yet it’s only run by a bunch of common and average individual, like us.

If they were genius, they should become a rocket scientist or better by now. As they were a common and average people like us, they tend to do the same mistake we actually do from time to time.

there were nothing great about them, so do we

Bangkok: Lambang Kegagalan Demokrasi Asia

Bangkok bersiap sedia hadapi demonstrasi terbesar Ahad ini (bhonline 11mac2010)

Secara harfiahnya, pergolakan politik domestik Bangkok, Thailand punya persamaan dengan jalan cerita Bangkok Dangerous. pembunuh upahan, dengan sasaran strategik, tanpa banyak soal, melakukan 'pembunuhan politik' dan merosakkan kedamaian atau 'truce' dengan menggunakan khidmat risikan dan kepandaian tempatan.
Kumpulan pendesak 'pressure group' Kuning (abhisit) dan merah (Thaksin) punya fleksibiliti dan capaian maklumat yang pantas sehingga mereka boleh mengumpul demonstrator-demonstrator untuk menjayakan tuntutan. mereka pernah mengepung lapangan terbang antarabangsa mereka sendiri.
Dan, demonstrasi adalah sesuatu yang diraikan oleh Bangkok.
Namun, sebenarnya Thailand adalah lambang kegagalan gagasan demokrasi di Asia. demokrasi yang sepatutnya mewujudkan kerajaan yang stabil, yang boleh dijadikan platform pengembangan ekonomi dan sumber manusia.
bacaan lanjut:

THAILAND: AN ANNOYING NEIGHBOR: (Newsweek 21/02/2005)

Ribut Alam Dan Manusia

2 minggu lepas, alam menggegarkan bumi Chile. Banyak teori pasal gempa bumi. yang paling menarik, di Acheh dulu, gegaran menolak 4 darjah paksi bumi. dan, di Chile menolakserongkan lagi 4 darjah paksinya. kalau teori ini betul, bumi sudah terserong 8 darjah. bukan sedikit kesannya pada alam. dan apatah lagi manusia dan aisunam.
2 minggu lepas juga, landskap politik malaysia bergegar juga. Banyak ahli-ahli PKR dan Yb-Ybnya keluar, dan menjadi Yb bebas. ada juga yang masuk UMNO. baguslah untuk UMNO. Sokongan kepimpinan PKR nampaknya sedikit demi sedikit sudah kembali kepada UMNO.
sesuatu yang tidak boleh kita nafikan, UMNO adalah medan latihan melahirkan kepimpinan Malaysia yang berkualiti, dari segi pentadbiran, sosio dan ekonomi. Untuk menjadi pimpinan adaptif dan efektif, kepimpinan dan seni kepimpinan perlu dilakukan dalam skala besar.
Ini kerana, hanya dengan landskap kepimpinan yang besar sahaja pemimpin akan bertemu masalah-masalah besar, kompleks, rumit, runcing dan pedih yang menuntut satu penyelesaian atau keputusan yang benar-benar rasional, tidak emosi, berintegriti dan tajam.
Kata bill gates, internet itu tidak jahat. orang-orang yang menggunakan internet itulah yang memilih untuk menjadikan internet itu baik atau jahat. Donald trump juga kata kontrak yang baik akan menjadi 'very bad' kontrak jika businessman di belakang kontrak itu jahat, dan begitulah juga kontrak yang kurang baik akan menjadi 'very good' kontrak jika businessman di belakang kontrak itu baik.
Jika pandangan itu diambilkira, makanya sukalah kita dengar patah-patah kata inggeris yang diciptakan kahs ini;
"no political party can define and drive national wellness, rather than the politician itself"

Menyelesaikan Masalah Yang Benar-Benar Masalah

Dalam disiplin ilmu pengurusan, antara tahap kritikal adalah perancangan. perancangan merupakan fasa yang memakan banyak masa kerana ia memakan banyak analisis. analisis kos, modal dan masa. dan, kita merancang untuk menyelesaikan masalah. kita tidak merancang untuk suka-suka. tiada siapa dalam dunia ini merancang untuk suka-suka.
dalam menyelesaikan masalah, yang perlu dicari adalah punca sebenar masalah. jika punca diselesaikan, akan ada masalah berbangkit dan masalah berat.
disitulah kualitinya seorang pemimpin.

Kalau Lompat Kijang Banyaklah Benda Yang Tertinggal

Dalam pertandingan olahraga acara lompat jauh dan lompat kijang, si pelompat selalunya tidak membawa apa-apa. hanya sekeping nombor dikepil di dada sebagai pengenalan. Jika atlit membawa lebih daripada nombor itu, nescaya yang terjinjing sama itu akan tertinggal, jatuh, dan kekal dalam lipatan sejarah penglibatannya dalam lompat kijang dan lompat jauh.
Yang sekeping itu adalah nombor pengenalannya yang jati. apabila ia usai melompat, kita masih kenal juga dengan pengenalan dirinya itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...