entah kenapa, gaya penceritaan "The House Of Saddam" amat mirip dengan "Godfather". Bagi peminat-peminat "Godfather", sekali pandang pasti terkesan. Dan kedua-duanya punya persamaan, iaitu paranoia yang mendalam dalam mengekalkan kuasa.
Untuk kedudukan tertinggi seperti Saddam Hussein, memang sukar untuk mempercayai sesiapa pun. jadi, menjadi seorang paranoia adalah pilihan terbaik.
Saddam, dengan bantuan pakar strateginya Adnan Hamdani telah menggulingkan presiden sebelumnya, Ahamed Hassan al-Bakr kerana bagi Saddam Al-Bakr sudah terpengaruh dengan idea penyatuan dunia arab, yang mana bagi saddam adalah batu penghalangnya ke puncak kuasa. Al-Bakr diberi dua pilihan, samada terbuang secara hina ataupun mengundur diri secara terhormat. al-Bakr memilih untuk berundur secara terhormat.
Walaupun mendapat tentangan partinya sendiri, Saddam akhirnya diisytiharkan sebagai presiden Iraq. Tanpa menunggu lama, Saddam mengumpulkan kesatuan dengan ketakutan, dengan menjalankan 'execution' kepada orang-orang yang tidak menyokongnya.
Saddam juga telah membunuh sahabat dan pakar strategisnya sendiri Adnan Hamdani.
'Now, my enemy will fear me more when they now i'm willing to sacrifice my brother'.
-Saddam Hussein-
Saddam juga paranoid dengan pengkhianat.
'I know a traitor before he know hmself'.-Saddam Hussein-
Cerita ini berakhir apabila Saddam di tangkap dalam sebuah lubang tikus di tanah kelahirannya, Tikrit.
No comments:
Post a Comment