dupavisitometer

Siapa Yang Langkah Kanan?

Kita perlu sedar akan suhu politik Malaysia sekarang. Politik adalah komponen kepada kuasa, dan kuasa adalah pintu gerbang kepada duit dan penyalahgunaan duit, dan apabila tiba pada hukum hakam duit,manusia selalunya mudah terpedaya, tergoda dan lupa. Lupa pada halal haram, Lupa yang dibagi makan anak bini itu hasilnya daripada mana? dan paling berbahaya, tamak. Bukan cakap orang lain, aku pun sama. cuma aku tiada akses. Mereka ada. Siapa? Orang-orang politik. Jadi, 2008 menyaksikan komponen kuasa ini sudah longgar, dan terlucut dari gengaman yang selama ini kemas mencengkam. Selagi berkuasa, i'm the law, katanya. apabila komponen kuasa telah beransur-ansur terlepas, maka secara langsung, duit pun terlepas juga. Yang tinggal sekarang, hanyalah yang 'high maintainance'. Terengganu, Sabah dan Sarawak. Agaknya mereka punya fikiran begini:- Untuk kekal berkuasa, kita perlu sokongan. Kalau kita yakin dengan pembacaan tahap mentaliti rakyat terbanyak,yang setia dengan media-media kita, yang lapar dengan dakyah-dakyah halus kita, maka seharusnya dengan mencuit dan bimbangkan mereka dengan isu-isu maha sensitif, maka kita pasti kembali menguasai majoriti. Kita sudahpun mempunyai pengundi-pengundi saluran satu, dan orang-orang yang yakin pada ketuanan kita. Ada sesiapa yang kita terlupa? Ya, Parti hijau. Mereka kebelakangan ini, pada isu-isu tertentu tidak mengikut tari gendang kita. Lagu kita lagu ekstrem. Kenapa mereka tidak juga campur jadi ekstrem? Adakah kerana sudah terlalu lama kita potretkan mereka ekstrem sehingga kita tiada strategi balas jika mereka mempotretkan diri mereka sebagai sebuah parti yang moderat? Setiap langkah mereka dimulakan dengan Bismillah dan mula dengan langkah kanan. Kita? Dancing-dancing pun kita mula dengan langkah kiri?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...