dupavisitometer

Ribut Alam Dan Manusia

2 minggu lepas, alam menggegarkan bumi Chile. Banyak teori pasal gempa bumi. yang paling menarik, di Acheh dulu, gegaran menolak 4 darjah paksi bumi. dan, di Chile menolakserongkan lagi 4 darjah paksinya. kalau teori ini betul, bumi sudah terserong 8 darjah. bukan sedikit kesannya pada alam. dan apatah lagi manusia dan aisunam.
2 minggu lepas juga, landskap politik malaysia bergegar juga. Banyak ahli-ahli PKR dan Yb-Ybnya keluar, dan menjadi Yb bebas. ada juga yang masuk UMNO. baguslah untuk UMNO. Sokongan kepimpinan PKR nampaknya sedikit demi sedikit sudah kembali kepada UMNO.
sesuatu yang tidak boleh kita nafikan, UMNO adalah medan latihan melahirkan kepimpinan Malaysia yang berkualiti, dari segi pentadbiran, sosio dan ekonomi. Untuk menjadi pimpinan adaptif dan efektif, kepimpinan dan seni kepimpinan perlu dilakukan dalam skala besar.
Ini kerana, hanya dengan landskap kepimpinan yang besar sahaja pemimpin akan bertemu masalah-masalah besar, kompleks, rumit, runcing dan pedih yang menuntut satu penyelesaian atau keputusan yang benar-benar rasional, tidak emosi, berintegriti dan tajam.
Kata bill gates, internet itu tidak jahat. orang-orang yang menggunakan internet itulah yang memilih untuk menjadikan internet itu baik atau jahat. Donald trump juga kata kontrak yang baik akan menjadi 'very bad' kontrak jika businessman di belakang kontrak itu jahat, dan begitulah juga kontrak yang kurang baik akan menjadi 'very good' kontrak jika businessman di belakang kontrak itu baik.
Jika pandangan itu diambilkira, makanya sukalah kita dengar patah-patah kata inggeris yang diciptakan kahs ini;
"no political party can define and drive national wellness, rather than the politician itself"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...