dupavisitometer

Politik Moral: Jangan Sampai menelanjang Diri Sendiri

Derhaka? Moral. Gambar ‘panas’? Moral. Moral bisa saja menjadi senjata paling ampuh untuk menjatuhkan lawan dalam politik. Keberkesanannya tidak hanya terhad dalam komposisi domestic, namun juga begitu efektif di persada internasional. dan perlu juga diingat, bukan puluhan tahun kebelakangan ini, namun sudah beribu tahun. Empayar Rome dulu pun sudah ada kejatuhan politik disebabkan salah-benar tentang isu moral. Cuma, apa yang menarik di Tanah melayu ini ialah skandal seks. Sudah berapa ramai yang tersungkur dek nafsu serakah sendiri. Yang boleh keluar hidup-hidup hanya Anwar Ibrahim. Itu pun dek kerana persepsi pemerintah itu lain dengan persepsi umum. Juga mahkamah. Cuma, politik moral ini perlu dimainkan dengan berhati-hati . Sensitiviti masyarakat sudah berbeza. Mungkin mereka boleh menafikan, tetapi siapa yang benar-benar dapat menduga. Jangan sampai yang cuba menelanjangkan orang itu rupa-rupanya sedang menelanjangkan diri sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

dok sebok tengok kemaluan org lain ... pada masa yg sama org ramai duk heboh berkata pasal kemaluan dia yang bercabang tiga ... hahahahhahaha


-apanama

besi said...

moral penting untuk jadi pemimpin
berani buat berani tanggung...

Unknown said...

Moral dengan akhlak ada beza. Moral baik buruk, masyarakat yang nilai. Akhlak, baik-buruk ditulis oleh malaikat dan di audit di Padang Mahsyar.

jadi, kena pikir baik-baik.
Ahli politik ke sapa ke, Mana yang Islam saja nak ingatkan.

Allah tak kenal politik ke tak politik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...