dupavisitometer

Ramadhan Yang Misterius

Ramadhan, adalah bulan yang misterius. di dalamnya ada perintah menahan makan minum, yang sebenarnya makan minum itu hanyalah alat, sedangkan yang benar-benar ditundukkan adalah nafsu dan keinginan buruk. keinginan membazir, dan berlebihan-lebihan dalam keperluan, contohnya.
Dan Ramadhan juga adalah bulan turunnya Al-Quran Kitabullah, yang penuh rahsia dan pedoman, sebagai cahaya penunjuk jalan umat sepanjang zaman.
Dan, di dalam Ramadhan juga terselit malam yang sebaik-baik malam, iaitu Lailatul-Qadar, malam yang dirahsiakan, kerana ganjaran amal ibadah dan kebaikan di dalam Lailatul-Qadar itu tidak terhitung.
Dan, Ramadhan juga mempunyai erti tersendiri bagi warganya yang berpeluang dan mencari peluang untuk meningkatkan diri. dan itu kekal menjadi rahsia agung, hanya boleh dirasai oleh orang-orang yang merasa.
dan, Ramadhan kali ini, kurasakan berbeza. dalam pahit ianya manis, dan dalam manisnya ada pahit. semoga dengan manisnya aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur, dan dengan pahitnya aku menjadi hamba-Nya yang bersabar.
Sesungguhnya, segala urusan ukhrawi dan duniawi ku, sebelum dan sesudahnya, hanya kerana-Mu Rabbul-Karim. Malikkul Haq. Malikkul Qiyamah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...