Hanya sedikit orang yang tahu akan perkembangan awal revolusi demokrasi di Tunisia. Itu pun selepas PM nya dihambat keluar, menjadikan Tunisia dipetakan dalam arus politik antarabangsa, sebagai pembukaan 2011. hanya selepas PM dan keluarga terdekatnya dihambat keluar oleh rakyat, yang diteras dan digemblengkan oleh anak muda yang berpelajaran, berorganisasi dan berkongsi rasa yang satu, yang sedar bahawa mereka perlu, dalam skala yang besar mendesak agar sesuatu dilakukan terhadap kecacatan teruk dalam pentadbiran Zainal Abidin, mantan PM tunisia.
Dan, kita hanya dikejutkan oleh berita dua hari oleh media perdana kita, sesuatu yang tipikal. kini, gerakan demokrasi rakyat mencengkam seluruh benua timur tengah, dan Albania kini bergelut dengan kesedaran yang sama.
dengan MO yang sama, sentimen simpati dan pembakaran diri oleh pemuda atau golongan yang punya segala peluang untuk berjaya tetapi dinafikan.
Dalam sisi lain, seperti yang di 'highlight' dalam filem The Other Guys, orang yang mengubah dunia bukanlah terdiri dari orang-orang yang riuh-rendah dalam segala macam media dan polisi, tetapi ianya ianya dilakukan oleh orang biasa, dengan kerja-kerja biasa, dengan pendapatan-pendapatan yang biasa tetapi punya kesedaran yang luar biasa dalam jaminan hak dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan harta negara.
Tunisia telah membuktikan, orang biasalah yang melakukan apa yang dikatakan orang sesuatu yang mengubah dunia, cuma memerlukan sedikit kesedaran.
No comments:
Post a Comment