dupavisitometer

siap siaga

oleh kerana tarikh menjalankan pilihanraya adalah hak mutlak perdana menteri, maka semua parti yang bertanding kena sentiasa siap siaga, kerana tarikh itu hanya dalam kepala perdana menteri.

keistimewaan ini, sekali pandang semacam satu kelebihan kepada perdana menteri dan parti yang diterajuinya. dua kali pandang, macam kelebihan kepada parti lawan. apa yang dimaksudkan dengan itu?

sebab ini filem ada unsur-unsur perjuangan underdog. orang suka cerita perjuangan underdog. sebab ada element of surprise. mungkin sebab kekurangan maklumat, pihak-pihak 'underdog' ini akan berkerja lebih, dan berusaha dengan lebih gigih. macam orang suka dengan filem  perjuangan rocky, waterboy, the gladiator dan the replacement.

bilakah tarikh pilihanraya tidak penting, yang penting siap siaga. 

semua parti yang bertanding satu lawan satu, di ucapkan selamat berjaya.

walau apa pun terjadi, rakyat harus menang. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...