dupavisitometer

Kes ADUN Sri Muda: 'Tolong jangan guna wang rakyat'

Kes ADUN Sri Muda: ‘Tolong jangan guna wang rakyat’ - 07/02/2011 5:21pm
KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Pemuda Gerakan meminta Kerajaan Negeri Selangor agar tidak menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini.
Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, kos guaman tidak seharusnya ditanggung oleh rakyat di negeri-negeri yang diperintah parti pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik.
"Kes berkenaan melibatkan tindakan peribadi seseorang individu dan bukannya membabitkan tindakan rasmi sebuah kerajaan negeri.
"Walaupun Suhaimi adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia tidak bermakna parti pembangkang boleh menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman untuk sebarang kes peribadi melibatkan anggotanya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan media terhadap kenyataan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor pada 4 Februari lepas bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda itu. – Bernama
Nota Ras Raka:-
Elok sangat cadangan kat atas nie. Eloklah dipanjangkan pada parti-parti komponen dan semua kerajaan, bukan kerajaan selanogr sahaja. kalau boleh, mana yang terlepas tu boleh lah suruh Audit Negara check sekali. rasanya belum terlambat untuk PKFZ, sebab nak bina PKFZ tu pun pakai duit rakyat jugak wakakakakaka….


DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the use of the individual or entity to which it is addressed and may contain information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work product. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, dissemination, distribution, or copying of this communication is strictly prohibited. If you have received this communication in error, notify us immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or (ii) delete this message immediately if this is an electronic communication. The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any of the companies within the Group. Thank you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...