dupavisitometer

Cuepacs mahu kerajaan wujudkan gaji minimum penjawat awam: 07/02/2011 6:14pm

Cuepacs mahu kerajaan wujudkan gaji minimum penjawat awam: 07/02/2011 6:14pm

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Cuepacs hari ini meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok. "Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum),” katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan. - Bernama
Nota Ras Raka:-

Inilah fakta yang paling betoi dalam banyak-banyak fakta. fakta kos kehidupan tinggi, betoi. gaji dibawah garis kemiskinan, betoi.
Ada satu lagi fakta, iaitu kalau kerajaan setuju maknanya hari mengundi dah nak dekat, betoi.

Bila dah naik gaji, harap produktiviti pun naiklah jugak. surat – surat permohonan jangan lambat sangat. jangan surat sokongan je cepat kuar.
Wakakakaka…

DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the use of the individual or entity to which it is addressed and may contain information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work product. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, dissemination, distribution, or copying of this communication is strictly prohibited. If you have received this communication in error, notify us immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or (ii) delete this message immediately if this is an electronic communication. The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any of the companies within the Group. Thank you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...