salam.
kalau baca surat khabar Sharjah, Dubai [Khaleej Times], banyak sungguh iklan pasal 'persinggahan' megastar hollywood dan USA-Brit di dubai.
minggu lepas, eva longoria singgah di dubai mall untuk opening 'bloomingdales' dubai mall dengan tema 'new york, new york'. eva dan bfnya juga sempat dinner dengan putera mahkota dubai di burj khalifa.
dan, untuk oktober, britney spears akan datang menjenguk dubai bersama-sama uncle paul mccartney yang baru sahaja berkahwin sempena konserto F1 dubai yang akan berlangsung pada 14 november 2011. Kim kardashians juga dilaporkan akan singgah di dubai.
tidak ketinggalan,kumpulan otai lama metalicca akan singgah di yas island, abu dhabi untuk rangka konsert mereka. damn, metallica ni. tiket pun murah je, dalam AED 295. wakakakaka.
tapi, apa nak buat..aku datang sini bukan untuk berhibur-hibur, tapi untuk Ahmad Adel Al-kalbaani dan bondanya, serta untuk Puan Halila Bt. Md. Desa. Dubai kota keriangan, namun hatiku masih tinggal di bukit subang, untuk Ahmad Adel peluk dan cium. Babah sayang kamu, Adel.
No comments:
Post a Comment