dupavisitometer

bob lokman, jais dan pas

dalam perkembangan terbaru, bob lokman kena tangkap jais sebab beri ceramah tanpa lesen. ya, di selangor bukan sahaja kena ada lesen kereta, lesen berceramah pun kena ada juga.

yang pelik, ianya berlaku di selangor, dan jais nampaknya 'melawan arus' dan berhaluan kiri dengan kerajaan selangor. jika sebelum ini ramai orang menganggap apabila PR memerentah selangor, urusan ceramah ini akan menjadi lebih mudah, nampaknya tersasar. 

sebelum ini, khalid samad juga telah dikenakan tindakan oleh jais atas sebab yang sama.

betul untuk ceramah kena ada lesen. supaya isi ceramah itu nanti tidak seleweng dan sesat. namun, bob berada dalam majlis pas sebagai penceramah jemputan. dan, pas adalah parti komponen yang memerentah selangor. seharusnya penangkapan ini tidak teknikal dan belas ehsan dan budi bicara mungkin merupakan jalan terbaik sebelum jais 'memberkas' bob lokman.

sekarang, bob lokman, pas dan jais sudah terheret ke lubuk publisiti murahan yang mana imej profesionalisma dan ketelusan jais menegakkan undang-undang yang menjadi taruhan. bob seorang selebriti. dia teksi tunai. sayang, jalan perdamaian seharusnya menjadi pilihan untuk menamatkan polemik ini.

akhirnya, pas, bob dan jais sama-sama rugi kerana membenarkan bahawasanya melayu-islam ini memang suka bergaduh dan berantakan sesama sendiri. perlukah kita pada satu lagi konflik sedangkan kita sudah ada konflik umno-pas dan umno-anwar yang berpanjangan?

lagi sedih, orang ini sekali lagi terlibat dalam urusan kacau ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...