dupavisitometer

kembara dubai: sharjah persekitarannya


(sharjah gold souq - kiri kanan kedai emas)


salam. bertemu lagi dalam catatan kembara dubai. untuk wilayah arab bersatu emirates (united arab of emirates) wilayah paling popular adalah dubai. dubai sejak 1997 telah terkenal dengan status modernizationnya. dubai adalah tumpuan para-para expat UAE kerana dengan burj khalifah, al-ras gold market, yas island, dan juga gedung-gedung membeli belahnya yang majestic.

dubai juga menjadi tempat persinggahan international celebrities, dan pada 25 oct ini, tiket untuk menyaksikan konsert metallica juga sudah habis dijual.

namun, selain dubai, sharjah juga menjadi tumpuan para-para expat yang berpendapatan rendah (immigrans) yang rata-ratanya datang dari india, pakistan dan bangladesh. jika di sharjah, hampir kesemua pemandu teksinya berasal dari pakistan. dan teksi-teksi ini akan beroperasi 24 jam dengan sistem syif. pada mulanya pelik juga, sebab ada ke pelanggan lagi selepas pukul 12 malam di dubai-UAE? jawapannya ada, sebab kebanyakkan gedung membeli-belah di dubai tutup pukul 2 pagi. fuh, pak arab ni memang suka shopping sakan nampaknya.

dan, makanan dan kos sara hidup di sharjah & dubai ini boleh dikirakan sebagai tinggi juga. sistem cukai ala-ala GST dikenakan sebanyak 10%. tinggi bukan? kita 6% sudah terasa tinggi. disini, memang dikenakan 10% untuk semua barangan. dan sharjah kini cuacanya makin menyejuk dan insha'allah akan berterusan sampai ke bulan march 2012.

cuma, yang tak berubah adalah kerinduanku kepada Adel dan bondanya. juga kepada mak di kampung. juga pada abah dan mak di subang. rindu pada hazeem, abahnya roslan, cik no, ima dan jiah dan semua pak-pak sedara dan famili di kampung. tapi, itulah adatnya kalau berjauhan. cuma hanya boleh bersabar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...