dupavisitometer

PRU Tunisia: Parti Ennahda di jangka menang.



Ennahda, sebuah parti yang berteraskan Islam (antara pemimpinnya Rashid Al Ghanushi), berdasarkan kepada kiraan undi semasa, dijangka akan memenangi PRU Tunisia yang berlangsung ahad lepas (23/10/2011).

Ini adalah PRU "bebas" buat pertama kalinya selepas kejatuhan regin zainal abidin ali yang dijatuhkan oleh kuasa rakyat yang muak dengan kezaliman, tipu daya, provokasi, penindasan serta 'kebongkakkan' 1st ladynya (Leila Ben Ali). PRU ini dikatakan 'bebas' kerana PRU di zaman pemerintahan zalim zainal abidin ali dikawalselia oleh kementerian dalam negerinya (interior ministry) yang report direct pada zainal abidin ali.

Ennahda sepanjang tempoh kempen telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka membawa aspirasi yang sama dengan parti AKP, pimpinan Tayyip Erdogan yang memenangi PRU Turki yang June 2011 yang lalu yang telah memenangi PRU Turki untuk 3 penggal berturu-turut..

Tunisia mempunyai 4.1 juta pengundi berdaftar, dan mengikut rekod yang keluar mengundi, hampir 90% pengundi berdaftar keluar mengundi. keputusan penuh pilihanraya akan diumumkan pada selasa, 25/10/2011. Obama dan Hillary Clinton dalam response awal merayakan kejayaan sistem demokrasi Tunisia namun tidak memberikan sebarang komentar terhadap potensi kemenangan parti berteraskan Islam di dalam PRU tersebut.

parti sekular utama Tunisia, PDP telah mengumumkan kekalahannya secara rasmi melalui sidang akhbar ketuanya, Puan Maya Jribi. " Ianya amat jelas. kami telah disingkirkan. rakyat tunisia telah membuat pilihan". 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...