sehari dua ini, presiden mca terpaksa memancarkan dirinya sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'. ini doktrin politikal purba. sejak zaman penjajah, inilah doktrin politik yang paling subur, teguh dan efektif untuk mengawal minda penduduk multi-etnik macam tanah melayu ini.
kita dipisah-pisahkan dengan prejudis agama, bangsa, taraf ekonomi dan status sosial dengan maksud menanam sekali 'ketakutan-ketakutan' untuk menerima nilai sejagat dan kerjasama utuh yang merentas nilai-nilai agama, bangsa, ekonomi dan sosial.
kita dipecah-pecah supaya merasakan sekiranya kita mempunyai fikiran berdaulat dan bebas, kita itu selalunya lemah. kecuali kita bergantung kepada 'tuan' dan agen-agen blok-blok pecahan ini, dengan dogma dan candu tiruan bahawasanya mereka sahajalah yang mampu menangani konflik yang 'tercetus'.
tujuannya, supaya kita terus 'percaya' mereka sahajalah juara isu superiorti bangsa, mereka sahajalah yang mahir ekonomi, mereka sahajalah yang alim dalam beragama, dan mereka sahajalah yang ada 'penawar' dalam isu nanah dan lendir masharakat.
namun realiti gelapnya, merekalah yang memunggah keuntungan nampak dan keuntungan tak nampak apabila krisis 'prejudice - sensitivity' ini berlarutan. dan, dalam banyak peristiwa, mereka jugalah yang memulakan krisis dan mengakhirinya, dengan harapan di akhir krisis, 'ketakutan' itu kekal dan makin melebar.
semakin lebar dan dalam 'ketakutan' itu tertanam, semakin teguh mereka. semakin untung mereka.
kita tengoklah nanti, akan ada banyak pihak akan terperangkap, terkeliru, melampaui batas dan ke hulu ke hilir dan mendengus dan menyalak macam babi gila.
dan inilah peluang kita.
peluang untuk tengok orang-orang bodoh berlumba-lumba masuk suratkhabar cari populariti.
No comments:
Post a Comment