aku dah dengar cerita pasal dua kontraktor india dan pakistan ni dah lama. cerita ini klasik dan selalunya jadi pembuka bicara dalam mana-mana casual meeting yang aku pernah join.
ceritanya lebih kurang begini:-
ada dua sahabat yang terlibat dalam business pembinaan dan kontraktor. seorang dari India, dan seorang lagi dari pakistan. kedua-keduanya memulakan business melalui cara yang sama, iaitu dengan membida projek-projek kerajaan.
setelah berpisah hampir 10 tahun, mereka bertemu kembali di sebuah konferens di dubai. usai bertemu khabar dan bertukar-tukar cerita, kedua-duanya berjanji untuk saling ziarah menziarahi.
lalu, kontraktor pakistan ini pun dijemput terlebih dahulu kontraktor india ke kediamannya, di sebuah kampung terpecil di sebuah wilayah di India. sebaik sahaja si pakistan ini menjejak kaki di lapangan terbang, si india sudah menunggu dengan helikopter augustanya. 'mari, rumah aku jauh...kita kena naik heli aku ni' jawab si india sebab dia tengok si pakistan ini dah terpinga-pinga.
apabila sampai ke destinasi, si pakistan ini terkejut melihat kekayaan si india ini. sebuah rumah agam yang tersergam indah, dekorasi yang mengagumkan serta dengan koleksi kereta kereta mewah yang berjumlah 8 biji semuanya. apabila si india ini melayannya sehingga waktu makan tengahari, si pakistan ini perasan yang pelayan-pelayan di rumah ini tidak kurang dari 80 orang. mewah betul hidup sahabatnya ini sekarang.
dan, selaku seorang businessman dalam industri yang sama, si paksitan ini teringin sangat mengetahui bagaimanakah caranya sahabatnya ini boleh memperoleh kekayaan sebanyak ini dalam tempoh lebih kurang 10 tahun.
akhirnya, apabila saat itu sampai, dia pun bertanya. 'bagaimanakah business you ni boleh maju sampai ke tahap ini?'
si india terdiam...dan berfikir sejenak.
kemudian dia bangun.
akhirnya dia kembali dengan sebuah binokular (teropong) di tangan.
'ini...cuba engkau lihat ke arah selatan' si india mengarahkan si pakistan.
si pakistan pun meneropong. jauh...tapi masih tak nampak apa-apa. 'tak nampak apa pun' katanya.
'cuba you zoom kan lagi binokular tu...' jawab si india.
selepas zooming, barulah kelihatan sayup-sayup pada pandangan si pakistan, sebuah jambatan konkrit sepanjang 20 meter sedang di baik pulih.
'i nampak jambatan under construction' kata si pakistan.
sambil tersenyum, si india menjawab ' jambatan kerajaan itulah punca dan rahsia apa yang i miliki hari ini...'
dan dia menyambung...
'jambatan itu adalah kontrak kerajaan aku yang pertama 10 tahun yang dulu...dan ia masih tak siap-siap SAMPAI SEKARANG....'
tahulah si pakistan sekarang dari mana datangnya kekayaan si india.
lawatan itu tamat di situ, dan si india berjanji akan melawat si pakistan minggu hadapan..dan bagaimanakah pula kehidupan sahabatnya di pakistan?
cerita akan bersambung....