aku tak tau macamana reaksi dan 'bekal' pakej pemulihan semangat yang dibawa balik oleh perwakilan perhimpunan agung umno (PAU) minggu lepas. mungkin dah ada counter-strike dari segi point point dan hujah hujah mantap untuk kasi KO kaw kaw buat PAS, PKR dan parti rasis DAP.
kalau ditengokkan dari segi pekik dan lolongan pimpinannya, memang A++.
bukan sahaja point untuk menunddukan dakyah pembangkang, dibekalkan juga point untuk memulihkan semangat dan setiakawan serta tunduk dan taat setia pada parti pilihan Allah ini. kalau tangisan dan dayu bait bait lagu warisan nordin kardi pun masih tak mampu mengebalkan umno dari sabotaj dan kebencian ahli ahlinya sendiri, sukar untuk mengukur dan mencari apa lagi yang mampu.
dan, walaupun aku sedikit geli dengan nyanyian bait bait lagu warisan, yang tiba tiba bertukar menjadi mood sedih dan mengharukan di dewan perwakilan, aku terkesan juga dengan lagu itu.
bukan apa, lagu itu sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan cermin muhasabah diri umno, dari dijadikan senjata untuk mengingatkan melayu yang lain.
apapun, cepatlah cepatlah pru13 bertandang, biar kita sama sama tahu langit yang kat atas itu tinggi ke rendah.
No comments:
Post a Comment