dupavisitometer

BINATANG BABI BUAS

Takziah kepada keluarga arwah adik Nurin Jazlin. Semoga dengan Limpah dan kurnia yang Maha Esa, Adik Nurin Jazlin akan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang dirahmati. Namun, majoriti rakyat negara ini, pasti merasakan marah dan emosional dengan apa yang telah dilakukan keatas arwah. Mengapa begitu kejam? Mengapa begitu sadis? Kalau pesalah ini mental, masalah mental apa yang teruk sangat, sampai tergamak jadi penzalim? Benarlah, ini bukan manusia, tapi binatang babi buas!!!

HILMI DAN SEBUAH INTERMESO

Konserto Terakhir - Abdullah Hussain - bagaimana kisahnya? Bagi sesiapa yang pernah dekat dengan kisah Hilmi dan konsert terakhirnya (dia tidak sempat jadi maestronya) pasti merasa pilu dengan liku-liku hidup Hilmi. Mula dengan tukang kebun, lari, belajar muzik, berguru muzik, akhirnya jadi meastro orkestra. Konserto terakhirnya juga membuatkan kita mahu Hilmi dengan orang ini, mahu dia buat itu, buat ini, memangdangkan penderitaan yang pernah dialaminya. Tapi, babak akhir merobah semuanya. Buat hati jadi sejuk. Darjat dan tidak putus asa,

MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Marhaban Ya-Ramadhan!
Marhaban Ya-Ramadhan!
Marhaban Ya-Ramadhan!
Waktu untuk berpuasa dan beribadah tiba sudah...

ERTI MERDEKA

Mana yang dulu? perayaan sebelum atau perayaan selepas. Fiesta merdeka ke 50, bila keraiannya? 30 hari sebelum 31 ogos atau 30 selepas 31 ogos? Aidilfitri mudah dijangka keraiannya, 30 hari selepas 1 syawal.
Samalah juga halnya, bila ditanya apakah yang paling penting, Merdeka..atau mengisi Merdeka?
Kata orang, mengisi dan mempertahankannya lebih susah dan mencabar. Jika begitu, apakah usaha menuntut merdeka itu lebih mudah? Apakah generasi yang mengisi merdeka lebih berani mati sebagaimana generasi datuk neneknya dulu? jika itu juga mencabar, maka apa gunanya membanding keduanya?
Program mencari Anak Gemilang Malaysia Astro adalah contoh nyata perbandingan yang tidak berguna ini. MAnakan kita boleh mengukur jasa orang. Jangan jadi bodoh, nak ukur dengan apa?

SERIUS

Bila aku ghairah gila nak buat blog, ada jangkaan yang aku araskan pada penyampaian blog aku itu nanti.Idea kena asli, bukan ciplak, bahasa kena melayu betul, bukan campur-campur, bukan slanga, dan bukan kata pendek, sebab aku amat menghormati Bahasa Melayu sebagaimana aku menghormati kewujudan Tanah Melayu dan Bangsa Melayu. Ketiga-tiga elemen ini pada aku duduk sama tinggi dan setara, tiada yang perlu didahulukan, tiada yang perlu lebih dipentingkan.
Ketiga-tiganya sama penting, ketiga-tiganya sama dihormati.Bahasa Melayu bahasa ibunda, Tanah Melayu tanah ibunda, Bangsa Melayu bangsa saudara, ya..kita yang bersaudara.
Bila sudah ada blog,ada masalah lain pula. Kawan-kawan kata, aku tak macam aku, percakapan dan tulisan aku, berbeda. Bila dibaca, kedengarannya aku ini manusia serius, rigid dan kaku. Apa yang terluah hanya kekecewaan pada bangsa, persekitaran dan praktis-praktis sosio-ekonomo-politiko semasa yang sumbang.

KERISAUAN PADA BANGSA

Aku punya seorang teman, yang sentiasa risau dan kecewa dengan kelaku bangsanya. Dia selalu mengharapkan bangsanya jadi istimewa kerana mereka adalah pewaris segala warisan bangsanya.
Dia sering mencari jawapan, kenapa dan mengapa bangsanya yang dulu begitu begini, sudah menjadi macam itu macam ini. Begitu begini bangsanya sudah menjadi sejarah yang tidak terulang, dan macam itu macam ininya pula sudah jadi barah tak terjampi pawang. Bangsanya hampir tertewas.
Dia juga sering kecewa, dengan kelaku para bangsawan bangsanya, yang pada fikirannya menyeleweng, buta dan tewas dengan nafsu yang nafsi, yang korup, yang kroni,yang tamak, yang haloba, yang melepas pucuk, yang menabur pujuk, yang bertalamkan dua muka dan lebih parah sudah jauh dengan ISLAM.
Kerisauannya pada kedudukan bahasa, peluang peniaga muda dan tua, dana dusta, warisan budaya lupa, peluang pendidikan yang tidak imbang, pengagihan dana dan projek yang tercium tidak kenanya. Dia juga kadang-kadang mempersoal tentang kedudukan strategik negerinya yang jauh dari jangkauan bangsanya.
Malang sekali temanku ini telahpun menemui Rabbul-Izati dalam keadaan yang aman dan damai(Sebab dia hamba-Nya yang ta'at barangkali), seminggu sebelum ajalnya, sempat dia berpesan melalui SMS.
"Demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang berbuat kebaikan,berpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar"
Bukankah semua ini yang bangsaku perlukan?

MENCERCA MELAYU

Gurindam Dengan Angan-Angan Bangkitlah, Bangkit! Mengapa tidur lama sangat Dimana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita! Bangkitlah, bangkit! Timah dimasak sudahlah hangat Mengapa dibiar bangsa lain mengambil bijih kita? Bangkitlah, bangkit! Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat? Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita? Bijih dan getah! Bijih dan getah! Inilah jalan kekayaan yang tentu Hasil negeri kita yang besar Bijih dan Getah! Bijih dan Getah! Dari sebab itu Bangkitlah! Janganlah asyik dengan berjoget Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit! Hartanya beribu bermiliun ringgit Segeralah tuan jangan lengah Segera berbudi kepada tanah Kerana tanah baik budinya Lambat-laun usaha dan penat kita dibalasnya. Omar Mustafa (Utusan Melayu, 18 Januari 1913) Perhatikan sajak diatas. Perhatikan tarikh dan tahunnya. Perhatikan kritikannya. Perhatikan isu-isunya. Perhatikan realitinya. Lagi 6 tahun, sajak ini berusia 100 tahun. Adakah perubahan dari segi kritikan, isu dan realiti sajak diatas dengan apa yang kita (baca: Orang melayu) lalu sekarang? Sajak ini, jelas, selari dan tidak berlapis. Diksi dan maksud yang disampaikan hanya satu. Tiada penafian, Cuma seruan untuk perubahan, berdasarkan persekitaran, terutamanya tahap ekonomi kita pada tahun 1913. Kesedaran Omar Mustafa sudah pasti lebih awal, Cuma penzahirannya sahaja pada tahun 1913. Mari kita bandingkan persekitaran masyarakat kita, pada tahun 1913 dan kini, 2007:- Kita masih tidur dan kita sudah pun bangkit, malangnya, bertongkat. kita masih membiarkan orang lain membuat untung untuk kita, dan kita masih melepaskan ‘bijih’ yang sudah hangat, dan kita masih biarkan bangsa lain bertanam-tanaman untuk kita dengan harapan mereka akan membalas budi baik kita. Ya, kita masih berjoget, Cuma kini joget kita lebih maju, Loke Yew Chow Kit masih juga yang paling kaya, Cuma sekarang sudah berganti Robert Kuok, dan ya, harta kedua-duanya masih bermiliun ringgit, dimana jika digabung pendapatan semua kontraktor kelas F bumiputera yang ada kini, dan dibanding dengan kekayaan Robert kuok, nescaya Robert Kuoklah yang lebih kaya. Puisi ini sudah 94 tahun. Jika dalam tempoh ini, kita masih lagi gagal mengatasi kritikan, isu dan realitinya, maka puisi ini bukan lagi kritikan dan ingatan, malah ia sebenarnya adalah cercaan yang dituju kepada kita secara tepat. Tahun 2020 nanti, jika kita gagal juga, maka jangan kita berlebih-lebih sangat terkejutnya, sebab kita sudah gagal dengan seruan untuk perubahan dan kemajuan 94 tahun yang lalu. Dimana kelemahan kita? Apa kurangnya kita? Apa yang kita buat betul, dan apa yang kita buat salah? Tiadakah orang mengkaji tindak-tanduk kita? Barangkali jawapannya begini; Kita lemah dalam kesatuan, selain dari kesatuan keluarga dan keturunan. Kita tidak pernah kurang satu apapun, malahan kita lebih, Cuma kita sahaja yang yakin kita ini kurang. Dalam konsep membangun dalam kesatuan, apa yang kita buat betul untuk keuntungan diri kita adalah salah untuk keuntungan kesatuan. Cuma selama ini, segala keuntungan yang kita kaut, mengapa kesatuan tidak ada tempiasnya? Ada orang mengkaji tindak-tanduk kita, sudah ditelanjangkan kekuatan dan kelemahan kita. Cuma, ada kita peduli kajian-kajian itu? Ada kita cuba membaca dan mengkaji? Mana mungkin, Malaysia purata pun membaca 8 helai setahun, kita entah berapa helai. Jika tidak membaca, bagaimana caranya menyeberang ke jambatan ilmu? Untuk mengenal diri,bangsa, dan maha penting, agama kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...