dupavisitometer

Muay Thai Chaiya


Muay Thai Chaiya- Selain dari aksi Tomoi Chaiya yang berkeletup-keletup mematahkan tangan, kaki, dan tengkuk lawan, filem yang ditayangkan di Thailand 30 Ogos lalu menawarkan sesuatu yang lain. Filem ini meletakkan tomoi atas apapun alirannya, sebagai satu industri, industri hiburan, sukan dan disisi gelap, perjudian dan dunia jenayah bawah tanah.

Kata pengkritik, gerak Tomoi Chaiya yang dipersembahkan dalam filem ini bukan yang asli, seperti mana dalam filem Pahayut, kerana ada gerak-gerak asli lebih ganas dan lebih mencederakan. Gerak kaki Tomoi Chaiya juga jauh lebih kompleks dan mengelirukan berbanding apa yang ditonjolkan dalam filem ini.

Hai, rasanya apa yang ditunjuk dalam filem tu dah cukup ganas, cukup padu dan cukup mengkagum, rupa-rupanya tak cukup lagi.

Cerita ini lebih baik dari Ong-Bak, sebab ada pertarungan dalam gelanggang (by Law) dan pertarungan luar gelanggang (street Law). Gelanggang gelap selalunya diperhati dan disunting sebagai kaki-kaki pukul untuk kumpulan-kumpulan samseng. Disinilah persahabatan tiga sahabat Piak,Pao dan Samor teruji.

Dalam persimpangan yang maha kusut hingga tidak terjumpa jalan pulang.

"Tuan Tol" Dan "Lintah" - Anwar Ridhwan (AR)

Entah kenapa, sisipan Cerpen (Cerita Pendek) Berita Harian, siaran Ahad (9/12/07) menyiarkan dua cerpen karya Anwar Ridhwan, “Tuan Tol” dan “Lintah”. Satu di ruangan sastera dan satu lagi di suratkhabar sisipan. Bagi yang kurang kenal dengan tulisan-tulisan Anwar Ridhwan, cukuplah kalau kita sekadar mengenal “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman”. Satu novelette pilu seorang “Tok Selampit” yang hidupnya ketagih untuk bercerita yang akhirnya ditolak oleh masyarakat kerana “Tok Selampit” sudah ditinggalkan zaman, tewas dengan suasana baru dan kedahagaan hiburan bentuk baru. Dan apabila dua cerpen sinikal dengan pangkahan-pangkahan halus, refleksi untuk situasi politik-sosial terkini, cerita pendekya kali ini terasa segar dan tidak melebih-lebih. Tidak sarat dengan maklumat, tidak celaru dengan mainan emosi watak yang kadang-kadang banyak bermonolog dari bercerita. Ceritanya ringkas, kehidupan kita sehari-hari yang kadang-kadang terfikir juga aku, ceritanya kalau tidak dari AR sendiri, barangkali ini rakan-rakan terhampir atau masyarakatnya yang terhampir. Cari dan simpanlah keratan cerpen itu, untuk sebagai bukti kebobrokan kita dalam hal rasuah dan perkauman ini rupa-rupanya bukan salah sesiapa, tapi kepincangan kita untuk menghargai erti tanggungjawab dan kebenaran. Tanggungjawab kita sebagai seorang Melayu dan erti sebenar-benar erti kita sebagai seorang warganegara Malaysia.
Apabila HAMKA menulis novelet tersohor Indonesia, "Tenggelamnya Kapal Van Der Wjik", ramai pemuda-pemuda Indonesia waktu itu, samada melalui tulisan mahupun bertanya dengan tuan punya tubuh dengan soalan ini:- "Kisah yang tuan ceritakan ini, seakan-akan nasib yang menimpa saya..." "Barangkali kisah tuan ini, kisah tuan sendiri..." Memang secara naturalnya, seorang penulis tidak dapat tidak menulis melalui pengalaman, samada pengalaman dirinya sendiri mahupun pengalaman orang lain yang dianyam bersama-sama apa yang 3 perkara kita persetujui, iaitu bakat, kreativiti dan imaginasi. Inilah bendanya. Sama juga seperti karya-karya tersohor sasterawan negara kita, Shahnon Ahmad, Arenawati, A.samad said, Muhammad Haji Salleh, Pak Sako, Abdullah Hussain, puisi-puisi Usman Awang dan yang lain-lain, samada yang diperaku dengan gelaran dan anugerah ataupun hanya mendapat sanjungan rakyat.(Aku) Maka, dengan meneliti karya-karya besar dan klasik ini, kita bagaikan dapat meggambarkan realiti dan fantasi fragmen zaman yang dipersembahkan. semacam kita yang pula yang turut sama dalam cerita itu sebagai mata atau pencerita ketiga. Zamannya tidak jauh, kurang lebih 50 tahun yang dulu, dan isunya tetap sama, dalam skala kecil, kisah konflik individu-masyarakat ataupun dalam skala besar, konflik masyarakat-individu.Bunyinya saja yang sama, pengolahannya berbeza-beza dan lazat, berkadaran dengan 3 perkara yang kita persetujui tadi. Cubalah, dan rasakan keperitan, kemarahan, kepiluan, kegembiraan, dan keseimbangan modal insan, dalam watak-watak utama karya-karya besar-agung-klasik ini. Yang pasti, karya besar ini tiada tanding-taranya. Kalau kita lupa, dan aku selalu aku war-warkan ini...kalau boleh, barang sesiapa pun jua orang melayu diluar sana...bawakan aku satu, ataupun berpuluh-puluh puisi tentang cinta dan kekasih yang lebih tinggi penggunaan bahasanya, lebih terpacul nilai dramatiknya, lebih halus 'jiwa' kemelayuannya daripada puisi "Kekasih" oleh Usman Awang.

Jujur Dan Ikhlas

Jujur dan Ikhlas. Dua patah kata maksud dan katalaku yang murni. Jujur dan ikhlas tidak boleh dibuktikan dengan perbuatan, dan bukan sewenang-wenangnya diluah dengan kata-kata. Ianya sampai dengan niat dan dengan dengan niat itu ditafsir pula oleh pihak-pihak yang terkesan dengan niat itu. Kalau tafsirannya kurang jelas, maka niat yang jujur dan ikhlas itu ditafsir pula sebagai benda dan perilaku yang lain dan dalam keadaan yang ekstrem, negatif. Perbuatan jujur dan ikhlas adalah rahsia. Rahsia kepada sipembuat dan rahsia kepada sipenerima niat. Dalam politik, jujur dan ikhlas ini disisi gelap. Sebab memang secara semulajadinya, politik itu bersifat oportunis, dan antogonis. Memang pantang dalam politik, niat yang ikhlas itu benar-benar ikhlas, dan niat jujur itu adalah sebenar-benar jujur. Barangsiapa yang mengakui ini dalam kancah politik (dan lebih malang kalau ianya seorang politikus), maka ia tanpa sedar telah mebuka kelemahannya untuk sesuatu yang provokatif dan manipulatif. Dan ianya bukan latiff. Bukan latiff Borgiba. Itu dalam politik, dalam hidup dan percintaan, ianya jauh lebih kompleks. Niat jujur dan ikhlas, jika tidak sampai, emosi terjejas dan fikiran akan korup dengan prasangka.

Kata-kata Tentang Kuasa

Cuba kita baca perihal-perihal kuasa dari perspektif penulis-penulis/filusuf-filusuf agong dunia. Sebab kita negara-bangsa yang separuh kapitalis-separuh berpusat, pemikiran ini nampaknya sesuai. Bila baca petikan kata ini, cuba-cubalah padankan yang mana paling tepat untuk menggambarkan pemerintahan-politik kita kini. Silalah nikmati... Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. * Lord Acton Power is not only what you have but what the enemy thinks you have. * Saul Alinsky I was allowed to ring the bell for five minutes until everyone was in assembly. It was the beginning of power. * Jeffrey Archer We thought, because we had power, we had wisdom. * Stephen Vincent Benét Power doesn't have to show off. Power is confident, self-assuring, self-starting and self-stopping, self-warming and self-justifying. When you have it, you know it. * Ralph Ellison Power is not something that can be assumed or discarded at will like underwear. * John Kenneth Galbraith Our sense of power is more vivid when we break a man's spirit than when we win his heart. * Eric Hoffer Those in possession of absolute power can not only prophesy and make their prophecies come true, but they can also lie and make their lies come true. * Eric Hoffer I hope our wisdom will grow with our power, and teach us, that the less we use our power the greater it will be. * Thomas Jefferson Power is the great aphrodisiac. * Henry Kissinger You only have power over people so long as you don't take everything away from them. But when you've robbed a man of everything he's no longer in your power--he's free again. * Alexander Solzhenitsyn Power can be taken, but not given. The process of the taking is empowerment in itself. * Gloria Steinem

Meneliti Hidup

Mari kita luangkan masa kita yang entah berapa harganya ini(Katanya tidak ternilai), untuk meneliti hidup kita seketika. Apa yang telah dijalani, diperoleh, dingini, disesali, dimungkiri, dan lain-lain lagi.
Mungkin kita mahu:
1. Agama kita duduk ditempat yang tertinggi, lahiriah baik, batiniah baik.
2. Bercakap lebih benar dan lebih berani, dengan harapan melalui kebenaran itu, kitar hidup kita lebih jelas, ikhlas dan jujur.
3. Mencapai apa yang kita ingini, kalau pun bukan kehendak, biarlah hanya cukup sekadar keperluan kita sahaja.
4. Keadilan dan kesaksamaan itu sentiasa berdamping dengan kita, supaya dengannya kita, mahupun saudara-saudara kita tidak tertindas dan kehidupan kita tenang.
5. Bantuan itu sentiasa ada, samada wang ataupun bukan wang, sebab bantu-membantu itu tanggungjawab kita, kalau tidak sebagai HambaNYA, tapi sebagai warganegara dan warga dunia yang baik.
Dan, apakah realitinya?

Kalau kita dapat mencapai kesemua diatas, kita sudah utopia, kita sudah hadhari, kita sudah "World-Class", kita sudah romantik, kita sudah Hablul-minna-nas dan apa-apa lagi yang terpuncak.

Sekarang, mari kita teliti lagi, apakah langklah-langkah kita untuk ke arah itu? sudahkah kita mulakan?
For review, we enjoy our so-called petrol subsidize under the price of USD 67 per barrel. Crude Oil market closed at USD 97 per barrel yesterday. With no clear decision from govt, we likely must be prepared to adjust our lifestyle to this changes.
Do we prepare? Do we satisfied? Do this fit with our income?
and now, turn to your heart, speaks not only the truth but truth and shame the devil.

Terdetik Dalam Hati.

Baru-baru ini aku bertemu saudara-saudara lama. 10 tahun lamanya tak jumpa. Macam-macam berita, khabar, perangai dan kelaku. Yang dulu ganas, sekarang dah tak ganas, yang dulu bingai, sekarang dah pandai, yang dulu huru-hara, sekarang sudah berdisiplin. Yang dulu seorang menempuh dunia, kini dah jadi nakhoda keluarga. Yang dulu pelawak dan gila-gila, kekal lawak dan gila-gila. 'funny man will be funny forever"

10 November Dan Bersih

Seperti yang diduga, 10 Nov banyak mengundang cerita. Laman-laman web/Blog kegemaran ras raka 90% bercerita tentang "Bersih". Dan perdebatan tentang kewajaran tingkahlaku pemerintah, penguasa dan penganjur berterusan tanpa titik henti. Provokasi, salah lapor, berani, berjaya, dan macam-macam lagi. Mari kita fikir jauh sikit, jangan jauh sangat, cukup sampai suasana sejurus selepas pilihanraya, apabila TV3 / RTM umumkan pecahan 3/2 Parlimen jatuh ke Pemenang baru. Apakah rupanya pentadbiran ke-esokkan harinya? harga petrol barukah kita? Kira langsaikah PTPTN kita?Apakah nada penjawat-penjawat awam kita masih sama seperti sebelumnya, iaitu setia dengan pemerintah? berbondong-bondongkah parti yang itu masuk parti yang ini? Apakah rupanya? Apakah perasaannya? Mungkin kita boleh tanya sisa-sisa rakyat CUBA yang masih hidup yang boleh bercerita suasananya pada hari gerakan revolusi Fidel Castro dan kawan-kawannya. Menyaksikan perarakan dan ucaptama penuh bisa tentang kepercayaan bahawa keadilan rakyat sudah tertegak. Bagaimana ya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...